Showing posts with label coretan hari. Show all posts
Showing posts with label coretan hari. Show all posts

cucian kosong



titik.
senyap.











sudah tertulis ketika-nya senyap.
hitam.
tandus.
mersana.


dan bangun, mulakan langkah baru selepas ini.
harap - harapnya, kijang.



ke-gendang-an



tepian memori kita lambai
tepian tingkap kita bungkuskan
segala gumpal memori untuk kita semadikan
satu hati nanti

terjatuh kita menunggu
dalam jatuh, luka berdarah masih mengalir
setianya sabar itu sampai tiada suara mampu pecah
pecah kesunyian untuk apa?
untuk memberontak.

itu lah kita
kita manusia yang suka memberontak
sekali bunyi tut, dua kali bunyi tut tut.
kita tak pernah gendang pukul 2 kali,
untuk dapat bunyi yang panjang
masakan sama sabar yang kemam dengan sabar yang berontak

selagi dua menara belum pupus,
selagi awan menghela nafas oksigen 
selagi bulan masih jadi purnama dan sabit dan separa
selagi itu setia jadi sabar

sebelum mati dalam pelukan, paksa diri untuk berubah



ajukan sini



ambil dua tangan bererti sepuluh jari,
tuding pada aku

tak cukup?

ambil du kaki tambah tangan
bererti dua puluh jari.
masih perlaku benda yang sama,
masih tak cukup atau belum cukup?

acukan tepat pada tubuh ku
nyata nya memang aku yang salah

jangan salahkan masa yang berlalu
jangan salahkan perasaan yang berdentum
jangan salahkan akal dikir yang singkat
jangan salahkan hati yang musykil

aku terkesima
kau sanggup perlaku
dalam senyap, kau pergi.

tanpa kata maaf.
tanpa tutur sopan ucapan
tanpa selamat tinggal
dan yang penting
seperti tiada apa berlaku

kasihan dirinya yang kenting
tak bertemu lagi genting
masih menanti kemunting
dan bunga mekar untuk disunting

sabar ye kawan?























biarkan sempurna



manusia ni unik kan?
kerana pelbagai ragam, aneka perangai dan angan - angan tinggi
uniknya penuh dalam tawa

setepek ia tertepek di muka sendiri
dan yang ku positifkan,
ianya karma. 
mungkin bukan pertama kali,
mungkin kedua, ketiga dan jajahan ke empat kali
dalam naluri positif, hanya biarkan.
biarkan.

senyuman yang mereka ukirkan kita jangan kritik
tak munasabah untuk kita sensitif
tak patut untuk kita cetakkan palsu

demi kepentingan,
aku masih lagi biarkan.

sampai bila?
rupanya lenyap sikit - sikit perasaan itu
di sebalik cahaya samar
ditutup jari sedetik, semakin sikit.

sejuk nafas bahagia aku
sejuk minda nyaman aku
melihat kalian kalian bertemu senyuman 
yang aku pasti senyuman itu kebahagiaan
dan aku jumpa
dan aku tumpang
walau tidak diundang
pulang tak berhantar, tandang tanpa jemputan.

hati ini bahagia melihat kalian senyum.
cerita itu milik mereka.
biarkan sempurna






















masa



acah - acah kita tak pandang
sebenarnya kita masih mencemburui masa itu

masa nusantara kita di puncak,
kita tak hargai kualiti yang tersedia.
biskut yang mulanya panjang, diterkam habis ditelan
sendawa sampai kenyang
sampai kata, 'sedap bukan main bukan calang - calang'

belum tanam pokok tapi tiada baja,
masa yang dahulu puncak, selalu cemburui kita.

tinggi - tinggi si pohon ara,
cemburunya masa tinggalkan kita.

diam.
masa itu sekarang bertukar jadi lampau

kita lompat macam mana pun, 
kail kita masih sejengkal belum sedepa,
kita tangis darah sekalipun,
masa itu telah ber- dewasa.

tiada apa boleh sangkal,
sekuat mana hati. masa yang berjalan seiring hati kita
kita senyum
mudah.










gagah



mimpi yang terkenang, belum membuat keputusan
mimpi yang terpapah, masih merajai kisah hati

kita belum kalah,
jangan semaikan baja kalah dalam tanah
subur tanah, esok tumbuh pokok,
kita mampu berteduh.

kita gagah kerana kita penjulang
kan?

bebas



usah buang masa yang emas,
usah kutip waktu yang kurap.

nanti kau terkurap busuk bacin
yang hancing kau tunjalkan. 

biar apa pun yang terjadi
aku tetap di sini, menghapus dilema yang terkilas
dalam pada masa sama, 
aku di sini walau tempat ku bukan di sini
aku mahu menghapus dengan enjutan paling erang

'kita semua perlu bebas'

halus



sedikit pertanyaan mampu mengguris hati
dan lantas membuat hati luka pedih
sedih pedih kan?

"sungguh aku tak bisa. sampai kapan pun tak bisa"

fahami seluruh bait ayat,
sampai dalam mana kefahaman itu, sama ada positif atau negatif
itu kau punya risiko untuk telan
ayat yang diseloroh sebelum ini
semuanya mempunyai maksud tersendiri

kail dalam sejengkal, diluahkan pun hanya sejengkal
akal yang menambah,
boleh ber-tingkat sejengkal jadi sedepa
mungkin

itu kalau dicarik yang positif.
kalau dicarik ianya negatif?
tak terdaya untuk beban itu ku tanggung kerana itu kan pada fikir kau

lantas nista hidup ku kau negatifkan
sampai dari mula hingga akhir

memang

tiada satu putih pun dalam diri ini
ku akui.


pemberontak


dari sudut seorang pemberontak
semua yang berlaku dunia kini semuanya salah
kanan dah prejudiskan benar 
kiri juga jadi pilihan si pemberontak

dari sudut seorang pemberontak
semua perkara pun jadi cacian.
semua hinaan pun jadi betul
kan?

dari sudut seorang pemberontak
tidak dipercayai yang dicuci itu sukar dibersih
berdiri ke atas dongakan realiti pun belum ditemui
dah ditegakkan ianya benar

dari sudut seorang pemberontak
jari yang dituding tak pernah patahnya kembali
walaupun benang basah cuba ditegakkan
kerasnya batu, sesukar itu dipecahkan

dari sudut seorang pemberontak
penyeri di istana pun dikata pencacai
srikandi yang mewangi laksana Dang Wangi pun dikata busuk sampah
peraturan yang halal pun dituding ianya haram
ingat khinzir?

dari sudut seorang pemberontak
tiada yang penting dalam dirinya
hanya hitam kelam menyerupai galaksi angkasa
sahaja memenuhi segenap hatinya
dia kan pemberontak

dari sudut seorang pemberontak
durjana makanannya, semua yang hitam dituduh betul
tiada yang dikhuatiri
bisikan berbalah. masih mereka yang menang

mereka kan pemberontak.

satu yang aku mahu gariskan dengan pujian lambung
mereka ini pemberontak. dan mereka berani.
tabik dan itu lah lejen.




mana pergi?




bila termasuk salah satu pintu cabaran,
kadang diri yang megah berdiri
pada mulanya dongak ke langit tanpa peduli tanah merintih
pada mulanya mendada berjalan mata berkelip
tangan mencapai
pintu berapi yang dibuka dah dimasuk
mana boleh berpatah balik. kan?

masa itu lah kita mencari

mana pergi tubuh yang tak pernah mengaku kalah
yang kuat ketika kegemilangan badang kuat tiada tara
yang air matanya tidak pernah turun ketika gagal
yang takkan perjudikan masa lalu dengan gagal sekarang
yang tak akan memberi alasan ketika buntu jalan

dan

yang hanya kenal senyuman di akhir usaha

mana hilang tubuh itu?


#WarungBuku 050113 Melaka

jika semua




Jika semua orang mengambil berat dan tiada siapa yang menangis
Jika semua orang disayangi dan tiada siapa yang berbohong
Jika semua orang dikongsi dan ditelan kebanggaan mereka
Kemudian kita akan melihat hari apabila tiada siapa meninggal dunia
Apabila tiada siapa yang meninggal dunia

Dan seperti yang kita berbaring di bawah bintang-bintang
Kami sedar betapa kecil kita
Jika mereka boleh suka seperti bayi
Bayangkan apa yang dunia boleh?



norma hitam




dunia sekarang hitam
dogma mula menguasai segenap pelusuk
bukan sekadar norma biasa
tapi luar biasa

dan dia masih leka, lenya dibawa arus
sampai orang sebelah kutuk pun dia tak perasan
terlalu sangat melihat atas. sampai satu pun peristiwa penting dilupa
sampai tak teringatkan perkara mustahak
yang diluahkan hanya kahak

lahanat

ianya hancing
ianya bacin
belum pun dekat 3 meter sudah lekat baunya
macam cecair likat
tapi seronok sang pujangga yang mengibar bendera

'musibat, kau tewas kali ini. daerah ini, jajahan aku'

dia terdiam bisu
baru mengira tingginya langit dan rendahnya bumi
walau aur dengan tebing mampu utuhkan sahabat
tak semestinya 'alah bisa tegal biasa' mampu kukuhkan persahabatan

kita belum tewas
kerana aku masih ada kamu.
dan kau masih ada Dia.
maha Pencipta.




resah mendung



dari pagi - pagi sampai petang - petang, 
golek - golek macam ayam golek
layan - layan lagu reggae
goyang - goyang kepala

hela nafas, tarik nafas
hembus satu kali, dua kali lepas
jerit ahhhhhhhhh!
sampai bergegar dinding
walaupun kepuasan itu sudah mencapai hadnya
namun belum mampu menggapai persada tenang seratus peratus.

kan?

dah dicuba berlari ke wilayah tanpa sempadan
dah dicuba ketawa tanpa suara
dah dicuba menangis tak berair mata

belum lagi.
belum panik,
belum jadi penanggung sepi
masih sedang resah.




situasi



dari provinsi sampai ke kristensi,
belum satu pun yang mampu pecah senak itu
lidah kita memang likat,
tapi belum pekat.

dari dahulu sampai batas hari ini,
sakit itu masih terasa dalam berkata.
semua mulut boleh manis berlagu,
tapi tak semua lagu merdu.

dan tidak semua lagu boleh masuk dalam kepala dengan mudah.

baru bertukar dari panjang, sampai pendek
biar senang, sampai tak tercekik
mudah untuk menulis.
sampai tak tersalah ejaan.
betulkan aku kalau salah. 
tolong tunjukkan aku kalau salah menambah

biar aku duduk dalam hiba untuk aku bangun semula.
dengan wajah ceria.
harap - harapnya.



semalam aku silap



semalam aku silap,
terjahan dalam hati rajuknya sampai hari ini
jasad yang di import tak sama dengan dibeli

semalam aku silap,
burung yang kita sangka jadi teman bicara
semalam mampu menjadi garuda paling bengis antara singa

semalam aku silap,
hati yang belum diterajui, diusik dengan canda ganas
tiada berubah, tiada terubat, semuanya sudah lepas

semalam aku silap,
hantar kedai hati untuk merawat pun belum tentu doktor setuju
melihat keegoan di samping lemas tapi belum kemas sebab buntu

semalam aku silap,
berpesan tanda ingatan, tiada wujud lagi.
teringat pada seseorang pun masih dipersalah lagi.

seorang perempuan matang berkata lantang,
'berfikir dahulu sebelum buat. pakai otak anjing. kau memang bodoh'

bisikan lembut, 
ditepis professional,
cara matang.
kenapa berlari andaikata ianya mahu diselesaikan penuh?

otak anjing ini yang bodoh
tuding jari pada otak anjing ini
dan beritahu semua orang, kau tak silap. tapi aku yang silap.
semalam.



sebelum ia



sebelum ia berlaku
sudah diri berfikir tentang kebaikan dan keburukan
sebelum ia berlaku
sudah aku fikir pro dan con nya
sebelum ia berlaku
sudah aku fikir masa lampau

semasa ia berlaku,
hati dalam yang mampu jerit
'cukup, jangan tambah lagi luka di hati'

cukup, jangan dusta lagi
cukup, jangan khianat lagi
cukup, jangan permain lagi
cukup, jangan syakwalsangka lagi

selepas ia berlaku,
biar aku bawa diri untuk lenturkan sempurna
selepas ia berlaku,
biarkan diri sendiri menjadi kawan terhebat
selepas ia berlaku,
aku melihat masa hadapan

walaupun kabur, pria yang sentiasa menjadi penanggung sanggup berdepan musibah.
mungkin ada hikmah.
mungkin.


dari venusia



'esok seperti semalaman yang tak berubah. kaulah tanda tanya. kau tiada titik noktah'

gaya ayu yang berjalan,
senyum ayu yang menikam
ketawa ayu yang pertama membunuh
larian ayu yang jengkel tapi lucu
dari dulu sampai hari ini, belum ada tercalit ayu

sebelum bermula detik pintu terbuka,
kau pernah beritahu yang kekosongan kau sudah cukup untuk menerangi hidup itu
tapi aku tafsirkan ianya sebalik.
dan ianya indah jika kekosongan terang
berganti gembira indah dalam gelap

kau tahu bukan bagaimana untuk senyumkan aku?
kau tahu bukan bagaimana untuk ketawakan aku?
senyum hanya dari kelopak
dan senyum itu bunga yang terhasil dari kelopak bukan?
ikut firasat hati,
izinkan aku gelapkan dunia kau sebentar?
untuk aku beri sesuatu yang bersama ku
yang mereka panggil 'cinta'

"tiada jarak pemisah lagi. tiada tabir sempadan budi aku terima dan jua memberi seikhlas hati. seribu tahun dan sejuta langkah seribu tahun bersinar cinta. kita bertemu di penghujung rindu" - Penghujung Rindu

kau tahu apa perbezaan kau dengan KLCC?
kau simpan cerita ini baik-baik. kerana cerita itu, hanya kita

satu cerita aku padamkan,
sampai lagi satu cerita, untuk aku sulamkan. sampai habis.

ini permulaan. ambil apa yang telah dipijak,
dan junjungnya atas kepala. 
biar mereka menghunus,
biar mereka mendengus
biar mereka mencaci
seperti dulu. ianya masih kita - kita.
sampai monyet boleh tersenyum riang, dan selagi katak masih melompat
ia belum tandus cintanya.
helaian senda, kita bermesra.
masih.


gracias srikandi. 






















sewaktu belakang




dalam tiga langkahan, kita menoleh kiri dan kana
mimpi yang dirungkai, tak sama dengan jajahan hati
hari ini jadi penentu sejarah
hari ini jadi hari siulan
dan hari ini masih dalam sejarah
kita yang memandang dalam ribuang pelangi
pasti tertarik dalam satu pelangi yang datang
ianya pada waktu petang

walau langkahan ku sebelum ini dikhuatiri
walau pijakan aku selama ini dimusykili
walau senyuman aku sejurus ini diragukan
selepas ini aku yakinkan kau
dengan pulangan berbaloi.
semuanya dalam genggaman,
izinkan dan tempatkan satu ruang untuk aku diami
dalam masa yang sama untuk aku mengilai
dalam terbang, kita berimaginasi

masuk dalam satu pintu,
kita dendangkan lagu damai. di situ hanya masing-masing. hanya kita.

tiada pernah

tiada pernah aku merasa gembira
bila tiada insan tersayang, insan yang menantiku sentiasa
di hari konvokesyen nanti.
ibu, damailah kau di sana. 
al-fatihah

cinta tiada penghujung


teman pengganti pun tidak teran,
nama sentiasa kupinggit satu
jika memang menjelma angin
lantas kau merasa sejuk itu.

'tiada seorang perempuan pun yang dapat menggantikan tingginya ibu dalam hati aku'

pengorbanan ibu dari satu hari embrio dalam rahim
sampai keluarnya tangis itu, sampai hari ini
nafas yang belum terhenti, sebelum satu aku jayakan
lapan kau idamkan, semuanya terhenti dalam perjuangan

ibu, perjuangan itu terlalu besar sampai semua titis air mata
semua tidak pernah luput untuk mengingatkan ibu
sampai satu tahap perbuatan keji,
akan dibalas dengan derita sampai 'ditelan batu belah batu bertangkup'

hari yang mulia, Jumaat bercampur Aidiladha
kau pergi dengan aman, tenang roh diangkat, 
sampai satu tahap, kaki yang tiada jejak atas daratan
gagahan hati untuk berdiri,
hati meronta, 'bonda tolong jangan pergi'
semuanya diredhakan.
dengar suara takbir berlaung, hati aku mendayu. semuanya kaku.
mati dalam senyap, hilang dalam bayu.

rasanya tak cukup sebuah episod untuk mencerita
pengalaman suka, duka, tangis, tawa bersama ibu,
seribu satu helai karangan pun belum matang untung menulis kesimpulan,
apatah lagi menulis isi tersirat sebelum tersurat

busuk hati, ayat keji, buang jauh - jauh jangan sampai dibenci
pesan bonda paling tinggi darjatnya aku genggam
budaya kita pegang, jangan dihilang
cantiknya ukir lukisan, kekalkan jangan marba-kan
sepih hati, usah bersedih sampai melalak.
lantunan bahasa kasar, biar dikiaskan sanskritnya.

kami keluarga biasa
kami bukan berada malah diraja
kami hidup berjuang
kami berteraskan sederhana
ibu tak pernah ajar kekayaan
ibu tak pernah ajar keberlagakan
ibu tak pernah ajar biadap
semuanya bersantun
semuanya berhemah
semuanya bertulisan
semuanya baik - baik sahaja

tiada titis air di pipi untuk aku alirkan
semuanya aku redha pemergian itu, 
anak yang takkan berhenti,
kini sedar dari mimpi, maafkan anakmu bonda
walau pun 'cukup' bonda jeritkan,
ianya masih jauh untuk menelan realiti

'ikut telunjuk bayang - bayang akhirnya diri terluka'
jeritan batin biarlah dikemam, balasan hipokrit keji diamkan
dalam satu masa hati terdetik, 
Tuhan Maha Adil. 

dirgahayu ibu tenang di sana.
ya Allah, kau tempatkanlah roh arwah ibuku, Habibah bt Thukiman
di kalangan orang beriman. insyaAllah.

semangat ibu, aku galas di bahu belakang, aku gagahkan untuk melangkah sekejam sejauh mampu.