Showing posts with label rakan teman. Show all posts
Showing posts with label rakan teman. Show all posts

ke-gendang-an



tepian memori kita lambai
tepian tingkap kita bungkuskan
segala gumpal memori untuk kita semadikan
satu hati nanti

terjatuh kita menunggu
dalam jatuh, luka berdarah masih mengalir
setianya sabar itu sampai tiada suara mampu pecah
pecah kesunyian untuk apa?
untuk memberontak.

itu lah kita
kita manusia yang suka memberontak
sekali bunyi tut, dua kali bunyi tut tut.
kita tak pernah gendang pukul 2 kali,
untuk dapat bunyi yang panjang
masakan sama sabar yang kemam dengan sabar yang berontak

selagi dua menara belum pupus,
selagi awan menghela nafas oksigen 
selagi bulan masih jadi purnama dan sabit dan separa
selagi itu setia jadi sabar

sebelum mati dalam pelukan, paksa diri untuk berubah



ajukan sini



ambil dua tangan bererti sepuluh jari,
tuding pada aku

tak cukup?

ambil du kaki tambah tangan
bererti dua puluh jari.
masih perlaku benda yang sama,
masih tak cukup atau belum cukup?

acukan tepat pada tubuh ku
nyata nya memang aku yang salah

jangan salahkan masa yang berlalu
jangan salahkan perasaan yang berdentum
jangan salahkan akal dikir yang singkat
jangan salahkan hati yang musykil

aku terkesima
kau sanggup perlaku
dalam senyap, kau pergi.

tanpa kata maaf.
tanpa tutur sopan ucapan
tanpa selamat tinggal
dan yang penting
seperti tiada apa berlaku

kasihan dirinya yang kenting
tak bertemu lagi genting
masih menanti kemunting
dan bunga mekar untuk disunting

sabar ye kawan?























norma hitam




dunia sekarang hitam
dogma mula menguasai segenap pelusuk
bukan sekadar norma biasa
tapi luar biasa

dan dia masih leka, lenya dibawa arus
sampai orang sebelah kutuk pun dia tak perasan
terlalu sangat melihat atas. sampai satu pun peristiwa penting dilupa
sampai tak teringatkan perkara mustahak
yang diluahkan hanya kahak

lahanat

ianya hancing
ianya bacin
belum pun dekat 3 meter sudah lekat baunya
macam cecair likat
tapi seronok sang pujangga yang mengibar bendera

'musibat, kau tewas kali ini. daerah ini, jajahan aku'

dia terdiam bisu
baru mengira tingginya langit dan rendahnya bumi
walau aur dengan tebing mampu utuhkan sahabat
tak semestinya 'alah bisa tegal biasa' mampu kukuhkan persahabatan

kita belum tewas
kerana aku masih ada kamu.
dan kau masih ada Dia.
maha Pencipta.




semalam aku silap



semalam aku silap,
terjahan dalam hati rajuknya sampai hari ini
jasad yang di import tak sama dengan dibeli

semalam aku silap,
burung yang kita sangka jadi teman bicara
semalam mampu menjadi garuda paling bengis antara singa

semalam aku silap,
hati yang belum diterajui, diusik dengan canda ganas
tiada berubah, tiada terubat, semuanya sudah lepas

semalam aku silap,
hantar kedai hati untuk merawat pun belum tentu doktor setuju
melihat keegoan di samping lemas tapi belum kemas sebab buntu

semalam aku silap,
berpesan tanda ingatan, tiada wujud lagi.
teringat pada seseorang pun masih dipersalah lagi.

seorang perempuan matang berkata lantang,
'berfikir dahulu sebelum buat. pakai otak anjing. kau memang bodoh'

bisikan lembut, 
ditepis professional,
cara matang.
kenapa berlari andaikata ianya mahu diselesaikan penuh?

otak anjing ini yang bodoh
tuding jari pada otak anjing ini
dan beritahu semua orang, kau tak silap. tapi aku yang silap.
semalam.



sebelum ia



sebelum ia berlaku
sudah diri berfikir tentang kebaikan dan keburukan
sebelum ia berlaku
sudah aku fikir pro dan con nya
sebelum ia berlaku
sudah aku fikir masa lampau

semasa ia berlaku,
hati dalam yang mampu jerit
'cukup, jangan tambah lagi luka di hati'

cukup, jangan dusta lagi
cukup, jangan khianat lagi
cukup, jangan permain lagi
cukup, jangan syakwalsangka lagi

selepas ia berlaku,
biar aku bawa diri untuk lenturkan sempurna
selepas ia berlaku,
biarkan diri sendiri menjadi kawan terhebat
selepas ia berlaku,
aku melihat masa hadapan

walaupun kabur, pria yang sentiasa menjadi penanggung sanggup berdepan musibah.
mungkin ada hikmah.
mungkin.


#155



gerhana yang kita cari bukan dalam genggaman
gerhana itu panas
malapetaka yang kita cari sentiasa digenggam
sesalan kita dapat, malapetaka berdiam diri
sebab itu, malang tak berbau

tak mudah untuk kita
dalam persahabatan, menangis ketawa
terbongkar satu rahsia, tak semuanya dapat dibongkar
dalam masa tercalit,
terbukti. ramai pengikut.
termasuk dalam diam.

namun, dalam seksa kita masih senyum.



sewaktu belakang




dalam tiga langkahan, kita menoleh kiri dan kana
mimpi yang dirungkai, tak sama dengan jajahan hati
hari ini jadi penentu sejarah
hari ini jadi hari siulan
dan hari ini masih dalam sejarah
kita yang memandang dalam ribuang pelangi
pasti tertarik dalam satu pelangi yang datang
ianya pada waktu petang

walau langkahan ku sebelum ini dikhuatiri
walau pijakan aku selama ini dimusykili
walau senyuman aku sejurus ini diragukan
selepas ini aku yakinkan kau
dengan pulangan berbaloi.
semuanya dalam genggaman,
izinkan dan tempatkan satu ruang untuk aku diami
dalam masa yang sama untuk aku mengilai
dalam terbang, kita berimaginasi

masuk dalam satu pintu,
kita dendangkan lagu damai. di situ hanya masing-masing. hanya kita.

skrol


Legasi BM111, batch 4 UiTM Johor Bahru kami teruskan sampai ke genggaman skrol. tahniah kawan - kawan!

suara klasik

suara klasik,
setiap kali mulutnya berucap kata itu
hati ku berlalu pergi, patah semula teman untuk kali ini

suara klasik,
memang terlalu merdu dalam keliling malam
sanggup menunggu sejuk, dalam dingin masih menunggu jawapan

suara klasik,
enak didengar, rangup dihalwa
bertemu suara klasik bersama retro, segala terhajat
sampai angkasa

suara klasik,
yang telah selamatkan kita semua,
dalam terus hanyut, kita bangkit subur dari tanah

suara klasik,
jatuh bangun kita, retronya suara itu masih belum jemu didengar
dari hati ke trakea keluar mulut, barisan petah bertutur
keluar klasiknya

suara klasik,
kita teruskan penentangan
namun merdunya suara klasik menepis kebarangkalian

suara klasik,
agenda dari zaman hitam sampai millenium
suara itu masih neutral dan positif 

suara klasik,
kemahuan dalam diam dari dahulu sampai bising
segalanya bagi mereka dunia pemberi makna

suara klasik datang dari peribadi
yang kekal anggun.

ingat tak dulu-dulu?

ingat tak dulu-dulu?

masa ni Chipmunk pakai cermin mata macam Simon
Ben masih bertapa atas katil
Shaharul tetap malas belajar tu yang dapat ANC
sama macam budak anime, Amni 
Syafiq yang gua tak boleh nak cakap perangai peliknya
Komeng yang masa ni kerajaan masih terima
Daus yang tetap sempoi
si Stim yang membasking malam-malam
campur lagi perangai pelik si Ewan
masa basking guna baldi Sani
Pian yang paling tua antara kita
si Blue asyik tengok video nasyid
Azfar si cina yang mementingkan duit
manakala Udeen mementingkan gula-gula
Ijat yang rajin kejut subuh
Wafi yang perangainya masih budak kecil
sama budak katil atasnya si Myrul
dengan Affan si kaki kebulur makan tepi katil
Mafia yang suka baling-baling handphone bila bergaduh
Mahdzar yang kita saksikan cintanya bertukar ganti
Itey yang hitam lagi manis
Fuad si gila joget K-popnya
Hafiz Aziz yang sentiasa hensem dan machonya

tapi itu dulu-dulu lah. sekarang dah berubah.
semua jadi budak baik, terbaik.


belum sempat

belum sempat,
kita juangkan sampai habis penamatnya sudar tertulis sini
kita membuat, kita mencorak, kita mewarnakan
dan lebih penting kita yang koyakkan setiap helaian itu

belum sempat,
untuk aku pasakkan sukma ku dalam kalbumu
biar sampai kau merasa soalnya bila dan siapa aku rawat
masih belum terlambat

belum sempat pun untuk kita huraikan soalnya siapa
sampai bila kita jadi begitu dan akhirnya ke mana jiwa itu
lepas satu jadi, datang satu lagi kan?

belum sempat,
kita bertaubat datang lepas satu, satu keliling itu.
misteri itu namanya masih misteri.
belum sempat kita hukum, tragedi itu jadi ngeri.

parah dan bara yang kita genggam
masih belum sempat untuk kita jadikan abu,
kau sudah pergi dulu.

esok masih belum sempat
lusa masih belum sempat
apatah lagi hari ini, masih belum sempat.


penjajahan janji

"aku pegang janji aku" - Alang Budiman

bukan sebarang ayat yang dicakap, sampai bertahun lama janji itu dikota
mungkin caranya berbeza, bahagianya berbeza,
kawalan amarah perasaannya diluar batasan,
dan aku menyimpan amarah sampai tenat migrain ke sakit kepala

8 jam berlalu lepas, 8 jam berlalu sekarang dan 8 jam akan datang,
bukan terhandal, bukan menilik, cuma senyum walau belum pun melangkah
itu yang paling dekat sebenarnya
dan yang paling jauh adalah menoleh belakang
benar semuanya sampai tersenyum titisan itu

melihat lakonan pentas dalam filem pun air mata ini menitis
apatah lagi melalui dalam perkara batasnya pendirian
kemakmuran belum menjamin kebahagiaan hidup
begitu juga kesenangan belum mematikan langkah mencari senyum

kan aku dah kata,
'aku pegang janji aku, aku tunggu'
caranya pasti berlainan
cumanya maksud 'chori - chori chupke - chupke'
memberi satu amaran dalam bentuk kebaikan

hidup bukan dalam filem,
hari ini kita 21tahun 1 hari, esok kita 21tahun 2 hari dan seterusnya
dalam lakonan filem,
hari ini kita 21tahun 1 hari, esok kita 30tahun 1 hari
mana hilang 9 tahun penjalanan?
sebenarnya lama penjajahan kita waktu itu, bukan?
kenapa disingkatkan sampai tiada kejutan?

kita berlakon dalam arena yang mengawal adalah Tuhan
terima takdir, dan teruskan penjajahan

kita belum warta

setiap hari soalan sama
bercakap ini, berpusing ini, semua tak kena
dalam perasaan ada satu hitam janggal
memang kekal sampai tidak bernoktah

bukan paduan suara menjadi galeri
tiada seindah kehidupan aku impikan dalam potret
semua keyakinan dah dilunturkan
oleh peluntur mulut kamu
jalanan berduri, berbuah duri
sampai keluar hanyirnya duri dalam kiasan
'bertamu di kalbu bersama sang jengking'

mana kan sama berhantar dan tidak kehantar
lukisan itu belum lagi padam
tapi dah diconteng kesilapan dan kekhilafan
menghembus nafas lega pun belum tentu
dapat muat turun kemaafan
sebelum kehabisan Ramadhan, eloklah bertapa dalam kayangan
penuh keampunan permohonan

adakala hari itu,
permohonan ku ditolak taksub dengan bambino
bukan merungut, bukan mencarut,
tapi setitis bahasa inggeris tidak dibalas dengan lagi
gunung yang menggagah, belum tentu dapat diduga 
apa lagi mata kail panjang sejengkal untuk laut dalam

tempat kita diwarta,
jika belum masanya nama tiba, kita cuba lagi.

jahanam

semalam keletihan, bangun pagi keriangan
hari - hari puasa dalam Ramadhan buat hati segar bugar
bukan apa, cuma bersemangat dalam keadaan
terduduk dalam bilik air,
berfikir sejenak,
rupanya hati aku masih belum tenteram.
terkenang, tentera berdarah datang memanah busur api hati
patut lah hati ini tidak tenang sampai beberapa episod

membuka kitab balik lama, teringat detik - detik kenangan
sepanjang jalan taman impian kita daki,
sampai satu tahap, satu fasa aku kecewakan kau dengan perbuatan
jeritan kau, sakitnya aku dengar
aku rasa kesakitan itu.
sebenarnya banyak aku nak beritahu, tapi semuanya aku simpan

cahaya berlalu depan,
mata aku tak silau.
keyakinan untuk meneruskan berjalan
masih berterusan walau sakit berdedai
hingga hujung nyawa, meritokrasi nyawa akan sejahtera
bergerak dalam bahtera peperangan

'sudah lumrahnya insan tak lepas kesilapan
maafkan dosa ku,
lupakan detik hitam.
sejarah yang berlalu, jadikan pengajaran.'

bait lirik itu memberi seribu makna
dalam pendarahan, aku pertahankan kesetiaan
jangan jahanamkan impian

mata kerdip

mata yang membikin ketawa bukan bererti dia senyum
mulut yang petah bersuara bukan bererti menggembirakan hati
hidung yang berbau deria wangi tak selamanya terhidu
telinga mendengar enaknya kata - kata bukan semuanya kata manis

tangan membuka segala tingkah laku
diikuti kaki nombor dua
walau tubuh badan fizikalnya berjalan
namun hati masih raja nombor utama penggerak badan
akal bertanya kenapa kita tak ke sini?
kenapa pula kita ke situ?
semuanya atas dasar lulusnya hati

dada memberontak, bukan sebab salah hati
akal pun boleh diletak lima peratus salahnya
sepenuhnya salah kepada gabungan diri.
sendiri

beban kuda itu masih tertanggung dosa tuannya
mata kerdip lambang untuk menangis
sampai hati kan?






























Shima Anuar, mari bersatu?

persepsi diri ada maksud sendiri

perkataan ikhlas tidak perlu dicakap
perkataan ikhlas tidak perlu ditunjuk
terpukau kerana ke-ikhlas-an dia
terjoget atas pelangi setelah hujan berhenti
satu, cerita dibuka langkah dimeterai
mantera dibaca bukan jampi penuh serapah,
ucapan memuliakan Tuhan dan bismillah

dahaga air, lapar makanan, pergi cari sampai kenyang
bermula cantik, bermula ayu, kenapa tidak sampai akhir?
hasrat sampahaku tidak pernah ia berakhir
cepat benar perubahan kau tonjolkan
mana pupus cahaya
mana pergi timba
mana hilang
 syurgawi
jauh langkah jiwa susuri
kau langkah kaki pilih jalan penuh duri

sumpah,
serapah kadang menjadi
mantera,
selalu baca kasi badi
alasan,
itu sebenarnya kau bagi
aku,
pada insan yang hina ini

pernah ku lontarkan pelan kita masa hadapan
pernah ku bawa kamu menjelajah hidup susah
pernah ku bawa kamu berjalan perlahan supaya serasi
pernah semuanya sampai kau bosan
aku sendiri pasti, hidup aku hina
aku dah pasti pada kau, tiada istimewa dalam aku
pernah ku petik bunga mawar sepahkan satu-satu. matinya bunga bila dicabut sama seperti mata.

tidak pernah aku duduk di bawah pelita
perjuangan yang belum selesai, aku menunggu
kelihatan bodoh
kelihatan dungu
kelihatan terejal
sebab lahanatnya
sebab sialnya datang
sebab alasan kau yang simpan
menjadi lafaz tuturan sedih, ungkapan dajal kau kotakkan

penulisan ini bukan menagih rindu, malah dendam tersimpan
lukisan kau jernihkan, sampai terpapat muka terjojol
kejujuran kau simpan, rona mata disusun rapi
semuanya diatur rapi disimpan molek rahsia
malangnya usia seumur jagung, rahsia mudah dibongkar
sepandai-pandai tupai melompat, tanah juga jatuhnya
sebodoh-bodoh aku jauh, ceritanya dalam tangan juga

pernah kau suarakan semua
rupanya dusta

tunduk sujud, duduk menadah tangan,
kembali
aku redha pada ketentuan Illahi
Allah menulis masa depan kita.



semalam bodoh sampai hari ini

  • Semalam,
    Baru aku celik mata
    Baru aku celik hati
    Baru aku celik jiwa

    Semalam,
    Baru aku nampak pelakon
    Bermain watak depan mata
    Bukan, depan sahaja
    Dalam hati juga

    Semalam,
    Penghinaan itu, cemuhan itu,
    Tohmahan itu, dah diganti dengan
    Kemuliaan.
    'Air mata jadi pemata' betul kata Iklim

    Semalam,
    Selamat tinggal kesengsaraan,
    Selamat tinggal penderitaan,
    Selamat datang hari ini
    Selamat datang hari senyum.

    Semalam,
    Isnin sampai ahad,
    Bertemu isnin semula.
    Hendak berterus terang, mulianya hati belum tenteram,
    Tiada makanan nak disuap,
    Tiada sup nak dihirup
    Dah dikemam, semua dah selamat dikebumi

    Semalam,
    Manusia datang jadi seseorang
    Tapi saya tak peduli,
    Janji hati keriangan.
    Bulu mata itu palsu, aku tahu kau tak silau lihat harta.

    Semalam,
    Manusia dijadikan tidak sempurna
    Manusia dilahirkan berakal fikir
    Manusia boleh memilih banyak jalan
    Simpang kanan kiri semua ada kelebihan
    Pengenalan itu, elakkan rampasan

    Semalam,
    Kita berjalan dalam lorong gelap
    Tangan berpegangan,
    Kembali terjalin, tepi laut.
    Udara nyaman, sebalik pasir terlakar tapak kaki sebelah tapak sulaiman
    Minda menyisih mata terbeliak bawang,
    Masa mengenal jangan fikir ego seorang.

    Semalam,
    Kita jadi jahil.
    Hari ini,
    Kita sedar ianya kerugian
    Kesempatan tidak mengenal keikhlasan.

sebentar

  • Sebentar,
    Mulut yang manis
    Tak perlu minta dikeluarkan suara
    Pasti gula terasa di telinga
    Bukan setakat gula, kicap manis pun terjuir.

    Sebentar,
    Jasad yang bernyawa tapi hampir mati
    Terdampar di situ
    Kenapa bila ditanya?
    Rupanya masih menunggu saat jawapan
    Saat ini.

    Sebentar,
    Himpunan persoalan satu dijawab,
    Sikit kan? Masih buat tersenyum
    Gemersah kerlipan mata,
    Adanya kerdipan jujur.

    Sebentar,
    Kenapa tak tanya mereka sudi
    Kenapa tak tanya apa yang dibuku
    Kenapa tak tanya siapa terpaku
    Kenapa tak tanya nama pak pacak
    Dan semudah itu, jawapannya petikan jari,
    Maharani.

    Sebentar,
    Terdengar lagu Drama-Cerita Dia
    'Bila ku tunggu jawapanmu masihkah aku ada di hatimu. Saat ini'
    Hanya pungguk yang sanggup jadi 'pak'
    Menunggu tepi lelah,
    Bermati pacak khemah, bawah mentari
    Perempuan lalu di hadapan, sedikit belas untuk lap peluh pun tiada rasa.

    Sebentar,
    Kau ingat lagi,
    Seindah lafaz, secanggah kata, seperguru dengar, seperkasa tulisan,
    Semuanya tak tertanding satu ayat,
    Ke awangan tinggi hendak dicuit, bawah setaraf langsung tidak diramas.

    Sebentar lagi,
    Bengang bila dilancang,
    Selagi kuning masih bertukar hijau.
    Usah bermimpi baju atas paras lengan,
    Saat luka kecil beri besar kesan.

    Perilaku pertahankan kata, tulisan pertunjukkan cinta, kerdipan mata minta didukung. Sampai seberang sana.
    Rangkul aku sampai kita bersebelahan jiwa.

kuda beban

Dengan satu sajak, aku gulung benteng yang mengepung. Dengan sebaris madah, aku sepikan semua riuh. Ku hapus semua gelojoh buat suaraku meluncur mewah.
Mikrofon depan mulut
Suara tak terpacul keluar
Diam
Bisu
Tak mengapa

Kalah dan gagal suatu kosa-kata membawa maksud berbeza.
Kalah kita jatuh
Gagal kita pedih

Semua langkah dah dikunci, semua pintu dah ditutup
Apakah aku memuncak kegilaan?

Jantanmu sekarang di mana?
Kelmarin bicara kau yang menggaung benua
Didihkan sendiri api yang kau bara
Larilah jika boleh
Hendak ku lihat jantan sikapmu
Selepas segala tumbuk telah ku alih.

Dunia, kau sombong.
Aku tidak mahu keluar dari diriku,
Kemudian rupaku selalu biru begitu
Atau ada tanda melumuri kalbu
Atau juga yang kau jadikan bahan hatiku

Kita panggil segala cita yang bertebaran
Dipercik cahaya pada ombak merenjis dada
Selesainya datang selepas hanya permulaan langkah berkata.
Kita berhadapan dengan kenyataan membongkar iman
Benarkah keberanian kita cukup merebut janji segunung atau kekurangan kita hanya cukup untuk bermenung. Kita belum sampai penghujung jalan yang hijau. Boleh kita berpaling atau bertemu selisih
Kepuasan kerana hancur atau bangun kerana teguh.

Satu nikmat hidup memulai dari satu pengenalan
Kerana tiap kita kuda beban yang terus berkeliaran liar.

bebal boleh senyum

orang kata, berpijak di bumi nyata 
adalah jalan kaki dengan kaki ayam
dua puluh tujuh yang sentiasa murung
semalam kau ceria.
semalam kau gembira
tapi perasaan itu tercarik,
pijak tubuh aku, masih belum boleh gembira
terajang guna lutut, masih belum
pancing aku dari awan ke atas
pun masih belum igauan itu
fikir fikir, banyak kali
teringat azam dahulu,
teringat coretan dahulu,
begini

" Shaharul Mohamed, nanti aku teman kau kat banner eh? "

pejam celik, dah lima semester berlepas.
biarpun sekali ini,
biarpun ia terakhir, alhamdulillah.
dapat jugak aku teman kau kat banner
aku berbangga dengan kau, kawan.
angkat tangan kanan,
baru aku sedar, aku berpijak di bumi nyata.
berfikir semula,

" bebal boleh berjaya kan? tapi usaha kena setaraf Gunung Fiji. kan? "