sekali jatuh, selamanya ker? usah camtu bangunlah wahai manusia bangkitlah wahai kawan sedarlah wahai peribadi
hidup ibarat roda memang benar roda petak pun ada kalau roda petak mampu bergerak kelajuan seperti roda bulat, mesti roda petak kan disanjungi sekalian makhluk acceleration penyebab bulat bergerak selaju kuasa kuda, kerana itu ramai mencipta roda berbentuk bulat
maksudnya, hari ini kita di atas. esok lusa kita pula di atas manusia sekarang suka bermula dari atas atas kan senang atas kan selesa atas kan segar atas kan sejuk hahaha gelak melihat gelagat manusia
sedangkan yang berada di bawah menimba berjuta pengalaman untuk menaiki atas. pengalaman dalam manusia mengajar hati menjadi tegar.
andainya roda itu petak? berapa lama kita hendak naik atas? sakit! perit!
sama seperti keadaan lepas pengalaman mengajar kita biar masa menentukan. lihat kelak,siapa akan berjaya tidak semesti di atas kekal fana di atas dan yang bawah kekal mutlak di bawah 'hidup umpama roda bulat'
usah memberi alasan wahai peribadi gagal sekali tak bermaksud selama kecundang ini pengajaran buat peribadi sendiri padah apabila leka sebentar hanya kerana alpa satu dua saat sahaja jatuh tergolek gedebuk ke atas simen. aduh sakit! padan muka kau peribadi.
ada masa untuk meningkat. usah risau. terima kasih keputusan kerana meningkatkan peribadi. walau tidak seperti diharap, bangga kerana hasil usaha sendiri tidak meniru orang lain dan memberi tiruan serta menipu diri untuk cemerlang
gelak lah sekarang. gelak untuk menutup kusta! hahahahahahahhahahahah
sulk! merajuk! sama dengan kan? lelaki merajuk. tipu kalau tak pernah.
perasaan aku. hati aku. siapa yang ambil kisah kan? siapa yang peduli tak mengapa aku sedar aku siapa dalam hati kau mudah je kau nak buat apa apa ke atas aku aku nih kan boneka aku nih kan patung hahaha apa kau rasa kalau sakit kau dah buat kan?
penipuan kau suatu masa memang buat percaya tapi bila melihat depan mata sakit tak terkata kaku terdiam terpana melihat kegembiraan kau
mungkin hati aku memang dicipta untuk disakiti mungkin juga hati ini untuk dipijak dipukul! dicemuh! dihentak! buat lah apa saja. aku bilang awal dahulu aku kan boneka memang untuk diperguna.
sebenarnya tiada niat untuk marah aku cuba tinggikan ego aku mengatakan aku tidak kisah semuanya tapi hati aku bukan sekeras kuprum lembut hingga hendak menyapu si air mata pun ada tak mengapa sekurang kurangnya aku boleh merajuk
rajukan aku memang diam jika dikeluarkan kata kata sangat buas takut hati aku untuk kecilkan hati orang lain takut juga sebenarnya
orang kata, 'aku suka sangat jaga hati orang.sampai hati sendiri kau tak jaga.sampai bila?'
aku kata, 'aku gembira sebab dengan ini aku kenal segala hati budi tulus insan bernama manusia'
pepatah kata, rambut sama hitam, hati lain lain macam kain, bermula sewarna ditambah warna menjadi beribu warna terpaku teruja aku akan warna yang di deklamasikan
merajuk aku, jangan kau tanya kenapa hati aku bukan sekecil sekeras sehebat sebesar hati insan manusia lain hati aku lembut macam donat mudah menangis
rajukan aku muncung aku memang panjang ambil masa untuk rawat luka tapi jangan risau aku akan pastikan semuanya diselimut oleh senyuman palsu dari mulut aku
bicara tentang hak, aku tiada hak untuk memerintah hati kau apatah lagi menjadi raja dalam diri kau aku insan biasa aku insan yang senang ditipu. gelak aku buat apa kau rindu jasa aku buat apa kau ingat baik aku lupakan saja segala walaupun aku tak pernah lupa. aku ingat segalanya
seperti biasa macam biasa ada satu perkara, sering berlaku dalam aku dalam aku ada kau huh bagaimana nak mula aku lupa perkataan lupa segala haisshhh
begini,
" kau boleh komunikasi dengan manusia lain tapi aku dilarang. kau kata usah cemburu tapi itulah, hati manusia lelaki. aku mintak maaf."
rajukan aku memang diam bukan suka menunjuk. aku tutup dengan gelak tawa muncung aku memang panjang sedepa takkan aku nak ukur bagi kau tunjuk kau sudah faham. maaflah andai panggilan aku letak tidak semena mena
terima kasih aku tahu aku selalu diperbodohi kau memang hebat. tidak disangkal lagi maaf mood terumbang ambing untuk minggu ini.
orang kata pink itu menawan pink juga penyeri rasa pink itu merah jambu ada manusia sukakan pink pink juga penarik perhatian pink juga romantik. benar kah? haha pink dapat menyatukan semua pink itu adalah faceblog.haha jum join?
tergamak kau! sampai hati kau! sanggup kau! hey insan FRaud.nape kau sering jadikan dia musuh kau? apa die penah buat pada kau? sampai kau benci sangat!
kau lupa satu perkara. dia tidak pernah benci akan sesiapa apesal kau iri hati sangat? kau lupa aku dengan dia pernah jadi kami pernah bersatu tapi kenapa kau? iri hati benci khianat tentang dia? dia menyusahkan hidup kau ke? dia kacau kau punya?
hinggakan kau buat sesuatu yang membuat die pernah menangis menangis besar kerana kau hati hawa, ego setinggi mana, memang takkan lari dari menyapu si air mata
aku nak tanya kau satu, puas hati kau dapat buat dia camtu?
kenapa kau lakukan pada dia? kenapa tak lepaskan pada aku je? kenapa dengan aku mulut kau madu tapi sebenarnya ulat perosak! pencacai! bukan aku hendak meluah perasaan, memaki hamun kau tak tentu pasal aku bicara berdasarkan fakta yang aku terima sampai hati kau! kaum sejantina macam dia pun kau hendak jatuhkan jugak?
suatu malam, aku dengar segalanya. aku terdiam tak bicara apa2 hanya nafas aku berhembus berulang setiap kata diluah setiap ayat disusun setiap suara aku dengar diiringi sayup tangis hingga merah mata aku tanya kau lagi, puas hati kau?!
apa dia pernah buat kat kau sampai kau sanggup balas dendam terhadap kaum sejenis kau?
kalau aku kurang hati seumpama kau, sudah lama aku pukul kau untung benar aku tidak sezalim itu balas dendam aku bukan cara jahat tapi cara halus kau rasa satu ketika nanti
dengar! niat aku bukan hendak puaskan diri aku, tapi hendak mengajar kau! mengajar kau erti hidup erti perasaan jika disuruh katakan ya, aku cakap, ya! perangai kau membuat aku meluat perangai sial kau akan buat kau binasa!
mintak maaf kerana bahasa aku kasar mintak maaf kutukan aku terhadap kau. mintak maaf segalanya kau perempuan berperangai sial pernah aku jumpa bermula baik senyuman, ngilai tawa kau kadang buat aku tergelak, anggun paras wajah,aku tak pandang langsung sebab hanya dia tahu kat mana mata aku bila melihat perempuan.
jangan ditanya mengapa andai suatu ketika kau dapat balasan halus dalam diri, dan ketika itu jugak, kau pernah menganiayai dia bukan aku hendak kau datang kepadanya tunduk sujud depan kaki keluarkan segala airmata untuk meminta maaf, tidak sama sekali. tapi sedarlah,cerminlah diri sendiri orang kata,
perahu terlajak boleh diundurkan tapi kata terlajak? badan kau binasa.
perangai kau elok molek kan sikit rupa paras kau semua dah ada sampai kebanyakan lelaki terliur melihat kau tapi satu aku pinta, perangai kau. ubah lah.jangan khianati sesiapa lagi. puaskan nafsu kau dengan cara lain lah. tak elok ganggu emosi orang
aku akui aku bukan sempurna tapi aku menyampaikan apa yang patut andai tersilap langkah, maafkan aku. aku hanya pelakon opera di pentas dunia
memang seronok apabila menjadi kurang hati memang seronok apabila kenakan orang memang seronok apabila nafsu kita puas tapi perasaan hati orang kau perlu jaga juga cermin diri kau wahai FRaud
luntur! lebur! hancur! jatuh! tapi hati kau tak pernah macam tu satu aku nak ucapkan, aku respek peribadi kau kau buat seperti biasa sejak dahulu kala sentiasa menang dengan pencabar kau yang satu itu. haha gelak aku bukan menganjing tapi gelak sebab aku mnggunung pujian terhadap KAU!
kadang2 aku terasa diperbodoh dipermainkan kenapa lah aku nih susah sangat hendak kau berlembut dengan aku? susah sangat ke kita hidup dalam keadaan aman? perlu ke perbalahan sehigga meragut jiwa aku tahu jiwa kau yang diragut takkan pernah luntur sukarnya hati sukarnya ego andai kau di tempat ku? pencabar berlainan jantina melakukan perkara ini, apa akan kau buat?
mampu kau bersabar? mampu kau bertahan? hendak ditinggalkan sahaja? biarkan dia? beri masa yang sebanyak?
aku pilih lembaran jalan untuk bersabar. bukan minda telah set, bukan sejenis begini, tapi untuk melunturkan hati manusia memang sukar
insan seperti kau, aku sekali lagi respek. aku kagum peribadi kau. seperti lagu 'baldu biru' sesuci seperti itu. tidak kau teringat saat manis? kenapa tak diterjemah dalam kisah kita? perkataan celaru tangis yang beribu rindu mesti dihantui, tapi tetap yang didamba adalah? cinta. walau malam terus kelabu, kau dah tahu kan? sembilu dah tusuk dalam. sakit.
sekali sendiri selamanya ke? tak pernah didengar lembaran laluan dah dibuka untuk berjalan sendiri tapi tak mampu apabila terpaksa tak mampu juga kerana hati terukir nama insan yang membuka pintu hati yang juga mengajar definisi sebuah cinta
hati mengandungi banyak perasaan bukan mudah untuk dikawal. bila resah kerana sendiri, hati pertama akan meronta. berdoa tak pernah putus, hati tetap meronta seperti satu kehilangan.
hendak berpatah arah, langkah tapak kaki dah diteruskan kerana sanggup menunggu kerana setianya hati yang sendiri ditunggu pungguk kerana rindukan bulan sendiri untuk manusia, tidak biasa tapi berdua atau bertiga dan seterusnya, itulah yang diperlukan manusia.
sendiri bila seorang hati rindu setia menunggu, tapi dilayan seperti biasa diamuk hati disinis. sakit apabila parut bertambah oleh kerana hati yang sendiri itu sanggup setia. menunggu. walau lamanya, walau benyaknya darah mengalir, hati sendiri juga sanggup bertahan untuk mendapatkan hati terlerai punah lah harapan andai usaha yang dilakukan berakhir di tengah jalan penungguan yang sia-sia. memang benar itu pahit andai ditakdir memang begitu tapi! oleh kerana hati sendiri setia walau sendiri, hati sanggup menunggu berkurun lama nun jauh tidak dihirau hati yang sendiri akan setia untuk membalas jasa
poyo kan ayat tu? tak perlu nk berlakon kalau kau bukan macam tu. tak perlu nk buat2 kalau kau mmg bukan macam tu. minda kau set paling dalam untuk jadi 'kurang hati' haha
heboh 1 dunia tp isinya kosong frustrated! desperate! meroyan! hey2 kalau tak mampu, usah lah pura pura lebih sakit kalau satu hari kau buat orang, kau akan terima semula. memang kau kata kau 'kurang hati' tapi perasaan manusia kau kena pikir gak haha memang kelakar lah
bukan niat aku hendak mengutuk. tapi tak salah kau muhasabah diri kau kan? tahun pertama hampir habis kau lalui, lagi 2 tahun. haha mata aku perhati saja apa tindakan kau. selepas ini. sejauh mana kemampuan kau untuk kurang hati ini.
pertama, aku nak ucapkan terima kasih kau maki di facebook tunjuk pada semua ayat hebat kau aku baca
sebab
kawan bagitau kerana nama aku terpampang di situ berselirat ayat 'fuck u', 'cibai', 'babi' dan segala ayat lucah
aku nak tanya kau wahai si perempuan, 'puas hati kau selepas memaki hamun aku?' 1 mesej dihantar, aku ucap terima kasih
kalau ikut nafsu serakah, ingin sahaja melihat dan memukulnya tanpa ada belas kasihan. tapi sayang, hati aku mampu sabar. maruah harga diri insan bernama 'amirul hakim mohamad' tercalar di facebook malu hendak letak muka kat mana tong sampah pun tak terima pujuk hawa hati, sabar lah. sabar dan sabar.
satu malam, nombor tidak dikenali memanggil diangkat, terdengar suara perempuan maki caci hamun bercakap, ikut hati, mahu saja di maki. tapi apa dapat? sabar dan dengar celotehan bicara dia dikatakan,
'lepas nih, kalau ade perempuan maki hamun kau lagi, jangan terkejut lah sebab kau tak pernah respek member permpuan kau'
'aku tak kesah lah kalau dalam setahun, sehari je kau hargai aku'
'kenapa kau tidak marah ha?'
perbualan selama 8 minit, memang menguji kesabaran,
aku sedar, siapa diri sendiri. terima kasih perempuan kluang