#23

hari ini kita berubah menjadi kaya
hari ini kita menang semua
hari ini banyak pendapatan masuk
hari ini bertuah dalam hidup

esok lusa kejayaan atas angin
esok lusa usah kejayaan itu tidak direstu
esok lusa jangan tamakkan kejayaan kita

ramai lagi di belakang yang susah sebagaimana kita mula dahulu


#22

manis itu lumrah hidup
kemanisan itu semua mahu rasa
manis hanya sementara, selai kita pandai menjaga khasiatnya
jika ditatap terlalu lama, manis itu akan hilang

#21

boleh beritahu aku kenapa aku tidak boleh dengan kau?
sedangkan sepurnama sedekad kita bersama
satu pepatah,
'lepaskanmu kerana terpaksa'

#20

setiap perkataan yang disebut
adakala menembirakan dan menyakitkan
mencari akal fikir sebelum melontar melalui mulut

#19

kaki sama dua tapi terajang lain-lain
kencing sama berdiri tapi basuh lain-lain
rambut sama hitam tahi lalat lain-lain

ternyata aku dan kau berbeza

#18

aku hanya cetak rompak, tapi kau asli
aku mudah di tiru tanpa sedari, kau perlukan hak cipta untuk meniru
aku masih menelan muntah

#17

terlampau banyak kesalahan aku
kesalahan lepas termasuk hari ini

aarrggghhhhhh!! jeritan melegakan sedikit sebanyak
jeritan kadang menenangkan fikir.

#16

aku tidak mampu berdiri dalam darah
aku tidak ingat bagaimana
aku lupa mengapa

aku tidak mampu untuk memadam perkara berlaku

#15

merancang kebahagiaan seseorang
dalam bunyi terpaksa
adalah perkara paling perit untuk dilaksanakan
tapi aku perlu.

#14

dan bila nanti kau akan menjadi miliknya abadi
satu yang ku nanti
ingin lihat kau bahagia

#13

hidup belum pasti,
langkah mati yang tak mampu berlari
saat tangan yang digenggam engkau lepaskan

duduk terkurung, bermurung cenderung senyap

#12

konversasi antara kita bukan mengulang kisah sedih
gambar dibakar,
hapus hanyut memoir

tapi ku melepaskan mu

#11

buat unggun api, cerita hantu
seram peluk, geram cium pipi

di situ bukan aku,
di situ bukan kau,
di situ kau isteri, teman baik dan kekasih.

#10

ada orang kata ianya buang masa
ada orang kata ianya menguji kesabaran
ada orang kata ianya menarik
ada orang kata ia perlu banyak kali
ada orang kata ianya pengalaman
ada orang kata ianya menyakitkan
ada orang kata ianya membahagiakan

pandai didik dan pupuk,
cinta itu macam-macam boleh berubah
mengikut kata pencinta berdua

#9

'ku mengharap kan Ramadhan kali ini penuh makna'
belum tentu kita dapat memasuk kapal terbang H1434 Ramadhan akan datang

#8

malam belum berlalu pergi
harap siang hari ini ada malam
sama seperti seterusnya

#7

kadang kita tak dapat tahu pun sebenarnya kawan yang kita rapat adalah orang yang kita cintai
kadang juga orang yang kita belum kenal adalah cinta kita
dan kadang juga, orang yang kita selalu rapat belum tentu mahu hati kita.

#6

'bila kau sayang seseorang, kau akan biarkan dia memilih dan terima apa jua pilihannya. tapi bila kau cinta atau suka seseorang kau akan selalu menunggunya dengan setia dan tulus'
- Hanya Aku Cinta Kau Seorang

#5

manis nya kau dan dia
dalam gambar memberi seribu makna
dua hati bersatu, letak dalam sangkar, jaga molek-molek
biar cinta kamu kekal

#4

seperti bermain dengan nombor,
kita belum jumpa titik terakhir. 
sama seperti hidup,
kita masih bernafas selagi sebelum pejam tak celik