#29

himpunan persoalan satu dijawab
sikit kan? masih buat mata tersenyum
aku masih berlari untuk soalan seterusnya

#28

berjalan sendiri lebih baik kerana dari situ
kita boleh berfikir banyak
biar kusutkan hati,
biar tiada peneman bernama manusia
kita kenal istilah selamatkan jiwa sendiri
yang sedang jatuh

#27

tidak semua rahsia boleh diberitahu
jika diberitahu pada seseorang, ia bukan lagi rahsia
janggal fikiran manusia

persepsi diri ada maksud sendiri

perkataan ikhlas tidak perlu dicakap
perkataan ikhlas tidak perlu ditunjuk
terpukau kerana ke-ikhlas-an dia
terjoget atas pelangi setelah hujan berhenti
satu, cerita dibuka langkah dimeterai
mantera dibaca bukan jampi penuh serapah,
ucapan memuliakan Tuhan dan bismillah

dahaga air, lapar makanan, pergi cari sampai kenyang
bermula cantik, bermula ayu, kenapa tidak sampai akhir?
hasrat sampahaku tidak pernah ia berakhir
cepat benar perubahan kau tonjolkan
mana pupus cahaya
mana pergi timba
mana hilang
 syurgawi
jauh langkah jiwa susuri
kau langkah kaki pilih jalan penuh duri

sumpah,
serapah kadang menjadi
mantera,
selalu baca kasi badi
alasan,
itu sebenarnya kau bagi
aku,
pada insan yang hina ini

pernah ku lontarkan pelan kita masa hadapan
pernah ku bawa kamu menjelajah hidup susah
pernah ku bawa kamu berjalan perlahan supaya serasi
pernah semuanya sampai kau bosan
aku sendiri pasti, hidup aku hina
aku dah pasti pada kau, tiada istimewa dalam aku
pernah ku petik bunga mawar sepahkan satu-satu. matinya bunga bila dicabut sama seperti mata.

tidak pernah aku duduk di bawah pelita
perjuangan yang belum selesai, aku menunggu
kelihatan bodoh
kelihatan dungu
kelihatan terejal
sebab lahanatnya
sebab sialnya datang
sebab alasan kau yang simpan
menjadi lafaz tuturan sedih, ungkapan dajal kau kotakkan

penulisan ini bukan menagih rindu, malah dendam tersimpan
lukisan kau jernihkan, sampai terpapat muka terjojol
kejujuran kau simpan, rona mata disusun rapi
semuanya diatur rapi disimpan molek rahsia
malangnya usia seumur jagung, rahsia mudah dibongkar
sepandai-pandai tupai melompat, tanah juga jatuhnya
sebodoh-bodoh aku jauh, ceritanya dalam tangan juga

pernah kau suarakan semua
rupanya dusta

tunduk sujud, duduk menadah tangan,
kembali
aku redha pada ketentuan Illahi
Allah menulis masa depan kita.



#26

saya bukan manusia sempurna
tapi saya teruskan belajar
sebelum saya menemukan kejayaan atas peluh

#25

bukan mudah untuk membeli hati manusia
bukan mudah untuk merubah hati manusia
bukan mudah menukar perasaan manusia
bukan mudah ambil daku ke hatimu

selagi jantung berdenyut,
tarik tangan yang sekufu.

#24

aku cuba menulis bila ada kelapangan
mulut yang menyimpan boleh didendamkan
sebab itu, mata aku sentiasa tersenyum

pernah tak, kau baca sambil tersenyum?

#23

hari ini kita berubah menjadi kaya
hari ini kita menang semua
hari ini banyak pendapatan masuk
hari ini bertuah dalam hidup

esok lusa kejayaan atas angin
esok lusa usah kejayaan itu tidak direstu
esok lusa jangan tamakkan kejayaan kita

ramai lagi di belakang yang susah sebagaimana kita mula dahulu


#22

manis itu lumrah hidup
kemanisan itu semua mahu rasa
manis hanya sementara, selai kita pandai menjaga khasiatnya
jika ditatap terlalu lama, manis itu akan hilang

#21

boleh beritahu aku kenapa aku tidak boleh dengan kau?
sedangkan sepurnama sedekad kita bersama
satu pepatah,
'lepaskanmu kerana terpaksa'

#20

setiap perkataan yang disebut
adakala menembirakan dan menyakitkan
mencari akal fikir sebelum melontar melalui mulut

#19

kaki sama dua tapi terajang lain-lain
kencing sama berdiri tapi basuh lain-lain
rambut sama hitam tahi lalat lain-lain

ternyata aku dan kau berbeza

#18

aku hanya cetak rompak, tapi kau asli
aku mudah di tiru tanpa sedari, kau perlukan hak cipta untuk meniru
aku masih menelan muntah

#17

terlampau banyak kesalahan aku
kesalahan lepas termasuk hari ini

aarrggghhhhhh!! jeritan melegakan sedikit sebanyak
jeritan kadang menenangkan fikir.

#16

aku tidak mampu berdiri dalam darah
aku tidak ingat bagaimana
aku lupa mengapa

aku tidak mampu untuk memadam perkara berlaku

#15

merancang kebahagiaan seseorang
dalam bunyi terpaksa
adalah perkara paling perit untuk dilaksanakan
tapi aku perlu.

#14

dan bila nanti kau akan menjadi miliknya abadi
satu yang ku nanti
ingin lihat kau bahagia

#13

hidup belum pasti,
langkah mati yang tak mampu berlari
saat tangan yang digenggam engkau lepaskan

duduk terkurung, bermurung cenderung senyap

#12

konversasi antara kita bukan mengulang kisah sedih
gambar dibakar,
hapus hanyut memoir

tapi ku melepaskan mu

#11

buat unggun api, cerita hantu
seram peluk, geram cium pipi

di situ bukan aku,
di situ bukan kau,
di situ kau isteri, teman baik dan kekasih.