mersana


perkhabaran mersana
ayat siapa aku curi entah
wujud ke tak ayat tu.
tafsiran aku, ayat ini bermaksud
kekecawaan setelah apa yang diharapkan

seperti keadaan mengharapkan sesuatu yang bernilai. tapi tiada tindak balas terhadap kertas litmus yang sepatutnya bertukar warna, tapi sayang tiada perubahan hanya neutral walau pun asid dimasukkan ke dalam cylinder.

huh pernah sesorang merajuk dengan ku.
sama keadaan seperti mersana
tapi kini balasan terhadap peribadi aku lebih dasyat
bukan mainan khayalan nakal mainan minda
atau lamaran puitis dengan hasrat yang indah
tapi realiti keadaan mata tercelik bukan dipejam

suatu ketika sabtu ada harinya
bukan niat untuk mencampak. jauh sekali.
penat dalam diri ditolak ke tepi semata mata untuk melihat suatu persembahan
melalui dua mata amirul hakim yang menlihat,
tiada apa yang cacat cela.
yakin lah bahawa kamu berlima bole mendapat balasan markah yang sepatutnya
insyaAllah.

dalam tangisan aku mendoakan
keringat kemarahan di hati akan reda.
usah kan dipujuk, di rayu,
tiada apa yang mampu dapat merubah segalanya

benar pak cik ku!
benar!

sabar bila suria menjelma.akan terjadi suatu perkara paling dingin dalam diri seorang perempuan. aku diam membisu bila diperkata begitu.

ya. aku cuba.
perjalanan di hening pagi,
terngiang ngiang berfikir tentang aa yang diperkata pakcik.

benar perkara itu terjadi dan berlaku sehingga kini
apa yang mampu aku buat,
hanya jangan kenal erti putus asa.
itu sahaja.
biarlah diperkatakan begitu, sabar aku infiniti

doa yang tidak pernah putus,
jangan tunjuk apa kita buat.
riak akan berlaku dalam diri.
bila sampai masanya kelak, ceritakan segalanya.
luahkan semua. biar dia pekakkan telinga
bisukan mulut.
asalkan kita jujur melakukan sesuatu untuk diri diaS

lelaki! mana boleh nangis!
hah! bukan itu ego aku.
tiada tinggi sangat rendah.
aku sepatutnya merubah diri ke tahap lebih rendah
benar aku tidak pandai marah dan tegas
tapi ada masanya suatu ketika. bukan disuruh mahupun dipaksa.

aku seekor manusia.
dalam proses kehidupan.
ZA kata, 'walau celaka mana pun kehidupan, ia tetap kehidupan'
benar frasa itu.
aku lalui walau baru setahun jagung, sementah umur,
tapi bertimbun pengalaman belasan tahun aku lalui

semuanya dilengkapi oleh sebahagian hati

dikatanya ia sudah berakhir.
aku sedih.
aku tetap tidak akan putus asa. sampai ketika aku jumpa jalan bertemu dengannya semula.
satu aku pesan, doa usah putus.
insyaAllah akan dimakbulkan suatu hari nanti.

hendak bertatap mata, jauh sekali.
kemarahannya bukan sesaat dua untuk reda.
aku berserah semuanya
doa ku, agar kau berjaya seumur hidup
biarlah tentang diri aku yang semakin dihimpit cela
aku lalui dengan sendiri
aku mampu walau kaki tempang tangan tiada. dengan bantuanNYA aku mampu berdiri.

andai diriku kau mahu buang jauh dari hidupmu, aku rela. aku terima.
aku mengaku salahku.
aku mengaku ego ku.
maaf aku menangis ketika menaip.
mengeluarkan si air mata dan menyapunya ada ertinya.


p/s : bagaimana Kim Hyun Jun boleh mengeluarkan airmata untuk Choi Seung Hee. kerana apa? :(