kalau aku jadi perempuan itu


kalau aku jadi perempuan itu,
bila pertama kali aku ucap sayang,
aku akan sayang sampai bila - bila.

kalau aku jadi perempuan itu,
memang nampak buruk depan mata,
tapi aku minta penjelasan.

kalau aku jadi perempuan itu,
penjelasan yang diberi aku simpan
aku tulis dalam diari. supaya aku tidak lupa.

kalau aku jadi perempuan itu,
janji aku kata, akan aku kota
walau sukar depan mata aku.

kalau aku jadi perempuan itu,
aku akan belajar untuk kenal hati dia
untuk masa depan aku mungkin.

kalau aku jadi perempuan itu,
tidak aku samakan apa aku milik
dengan lelaki lain
kerana apa,aku sudah punya dia.

kalau aku jadi perempuan itu,
akan aku turunkan ego aku
supaya aku tidak marah - marah dengan dia.

kalau aku jadi perempuan itu,
aku akan cuba buat terbaik
untuk pertahankan hubungan dibina lamanya.

kalau aku jadi perempuan itu,
aku akan belajar sesuatu.
iaitu terima buruk baik dia seadanya

kalau aku jadi perempuan itu,
aku mahu sabar aku atasi sombong ini
ada panas baran yang patut aku ubah.

kalau aku jadi perempuan itu,
mustahil aku akan pergi
jauh ke bukit sebelah.

kalau aku jadi perempuan itu,
hitam yang aku lihat
akan aku cuba ubah menjadi hijau
dengan persetujuan bersama

kalau aku jadi perempuan itu,
bila bertelingkah, aku fikir semula.
kenapa perlu ada konflik antara kita?
bukan kah kita punya banyak jalan?

kalau aku jadi perempuan itu,
sekali tersenyum, pasti esok lusa masih senyum
kadang, hari ini senyum tapi esok muram

kalau aku jadi perempuan itu,
aku tidak merungut mengada - ngada
diminta belikan telur busuk itu

kalau aku jadi perempuan itu,
hari indah aku akan sentiasa tersenyum lebar
dan mimpi aku seindah biasa.

kalau aku jadi perempuan itu,
malu dan busuk dia, kita sama - sama jaga
kerana kami tidak sempurna.

kalau aku jadi perempuan itu,
muka menawan akan aku perjuangkan
untuk terus damba hati dia.

kalau aku jadi perempuan itu,
aku bersyukur dengan takdir terlakar
dan aku harus belajar untuk pengalaman itu.

kalau aku jadi perempuan itu,
aku akan cari di mana lubuk hitam
untuk aku letak putih aku.

kalau aku jadi perempuan itu,
rasa yang kau beri,
akan aku asingkan untuk dimuat dalam memori.

kalau aku jadi perempuan itu,
aku sedar diri aku cuma perempuan.
aku manusia penuh khilaf.
aku tidak sempurna
aku banyak cacat nya
aku cuma yakin, dengan adanya kau
tulang rusuk dari itu aku mampu sempurnakan kita berdua.

menerima seseorang dalam hidup bukan perkara mudah malah ia boleh jadi mustahil apabila memperoleh satu kejutan jangkaan.
menjaga dan mendidik hati kita untuk manusia yang sama punya celaka seperti kita.
proses hidup kita ada berjuta langkah untuk kaki pergi.

semua berkait kawan


kawan.
apa erti kawan?
dalam kamu dewan, dalam carian google, sahabat dan rakan pun disama ertikan dengan rakan.

kawan,
selama penjajahan aku
selama duapuluh tahun
selama aku berjalan
mencari kawan bernama teman
pelbagai jenis aku jumpa

ada kawan aku begini
ada kawan aku begitu
ada kawan dahulunya datang tiba - tiba
ada kawan pergi tidak kembali lagi
dan ada juga kawan tak dirancang

kawan,
semangat aku cepat pudar
terlalu cepat luntur
aku tahu hidup penuh cerewet
mimpi aku tidak selalu indah
aku memang tak reti
apa aku tahu,
pandai takkan datang berlari.

bayangkan, bila aku buka mata
apa aku dapat lihat,
hanya lah kegelapan.
gelap
hitam
mata aku buta ke?
aku raba mata aku
dua - dua celik.
tapi kenapa aku tak nampak?

satu persoalan aku aju,
kawan, mahukah kau membantu aku
walau aku dalam gelap?
tangan aku menjalar,
tapi tidak aku capai satu benda
aku cuba jerit
panggil kawan berulang kali
tapi jeritan aku perlahan
mampukah kau kawan
tolong aku

kawan, aku harap kau tidak berundur
ini bukan masanya.
untuk hadap semua ini
bukan bidang kuasa aku
benar!
aku tidak mampu tanpa
kau di sisi wahai kawan.

cuma aku mahu pesan,
busuk hati, iri hati
jangan kau simpan
holistik, sikap terbuka,
aku harap dari kawan.

benar, hidup kita memang cerewet
aku tahu sejak mula lagi



p/s : aku memang bodoh. tapi kawan aku pandai.

di belakang senyum



setiap saat berlalu, setiap detik melangkah. pagi bertemu siang. malam bertemu mimpi. setiap malam yang meratah perjalanan aku, adalah malam yang busuk bagi aku. setiap malam ada sahaja perkara pahit. kadang itu, perkara itu bukan salah aku tapi aku ya kan juga jadi kesalahanku.

rakan - rakan di sekeling kita, aku tahu semuanya bukan mudah untuk kita ramal. kadang itu, salahan ramalan kita membuat kau diratah kejam. mungkin ada sesetengah itu, ratahannya tidak kejam. hanya lembut - lembut sahaja.

ya!

aku bukan sebijak secerdik sepandai seangkatan dengan kau.
memang aku bodoh tapi tidak sebijak engkau.

setiap hari aku lalui,
tidak aku kisah pahit,
manis
tawar
bahkan berdarah.
aku lalu juga.
untuk aku ambil nafas pengalaman baru untuk aku isi dalam kamus hidup aku. apa aku pelajari, setiap berlaku punyai hikmah tersendiri.

hikmah dalam konsep kamus dewan bukan sesuatu yang kita dapat lihat secara langsung. hikmah datang dengan kita sendiri yang rasa kehadiran itu. memang dengan biru mata hitam kita rasa, tapi sakit untuk menunggu hikmah sampai, ada hati lain rasa?

mencari teman seangkatan
untuk risik jadi keluarga
bukan mudah untuk difikir
dibilang dengan jari
pun tidak habis
apa lagi kurang dalam itu?

penerangan yang kurang jelas kadang - kadang buat kita hampa. tapi siapa yang faham kehampaan itu andai keegoan milik sendiri selalu tebal dalam hati.

mungkin pagi ini aku sedang bermimpi.
bermimpi kan syurga hadapan mata.
tapi bila aku cuba jejak kaki,
terasa panas di tapak kaki.
aku nampak neraka di bawah.
bukan dongeng untuk bercerita, tapi yang jerit terpekik, adalah aku. perasaan ketika itu takut sangat.
aku jadi fobia.
mimpi aku kejam.
aku pukul diri aku.
aku lempang pipi aku.
tapi tidak mampu mengubah apa - apa.

aku lupa, aku ini insan biasa
tiada istimewa langsung dalam diri
mudah untuk dicampak, mudah untuk dipersenda.
melihat orang lain gembira, aku mahu ketawa.
tapi siapa insan hina ini untuk ketawa bersaing mereka?

sayu hati, mungkin aku sahaja rasa.
terima kasih.
walau aku tidak mampu ketawa,
aku masih mampu tersenyum.


p/s : di belakang setiap senyum, gelak dan ketawa. kita punyai 1001 cerita berbeza.

mudahnya kau


apa manusia tahu?
apa manusia mahu?
hanya kesenangan dan kekayaan. itu sahaja yang bermain di minda. bagaimana dengan aku yang miskin? bodoh? lagi hina? aku kan orang jahat. korang ingat aku tiada perasaan ke? ya! memang dari fizikal, buruk kau boleh nampak. pernah aku kata, aku bukan menunjuk kebaikan untuk keegoan diri.

mudahnya maruah dijatuhkan
secebis kata - kata pun cukup
tak perlu banyak
kerana apa, cermin diri belum lagi.
sudah pandang diri orang lain.
tak sampai sepuluh saat maruah boleh dijatuhkan. menyebabkan pergaduhan yang melaratkan. bukan melaratkan sahaja, malah memudaratkan juga. kasihani diri itu. aku bukan penagih simpati dan kasihan dari mana - mana.

sampai hati kau
sampai hati

kau mahu kegembiraan itu, tapi kau hanya tahu kegembiraan sendiri bukan kegembiraan bersama. kenapa tiba - tiba aku dipersalah? aku tak mahu tuding siapa - siapa. memang benar salah aku, tapi bertimbang rasa lah untuk aku. bukan aku sahaja, cumanya orang lain pun kau bersikap sedemikian.

pernah kau berjalan sendiri
tersepak batu
lalu kau tersadung,
terluncur atas jalan itu
siapa kau salahkan? batu?
kenapa batu jadi mangsa?
bukan ke akal fikir kau yang menggerakkan kaki ke arah batu itu

jangan aniaya orang sehingga tahap maksimum untuk kau kejar kebahagiaan kau seorang. bukan menyuruh untuk menjaga hati dan perasaan orang, tetapi faham sedikit sudah memadai.

pesanan aku,
siapa diri kita, lihat kawan kita.

permulaan aidilfitri kali ini


enam hari selepas mendengar perkataan itu, hari aidilfitri bagi aku tidak bermakna. terdiam dan kaku. itu sahaja yang bermain di fikiran. atas alasan apa dia begitu? kenapa mangsanya cuma aku? hendak marah, bukan lah cara terbaik. sejak malam duapuluhlima, aku cuba untuk tabahkan hati.

tapi sayangnya,

'hati aku belum cukup tabah untuk berdiri semula'

waktu terus pantas berlalu
masa cepat berlepas
apa yang datang, selalu pergi
apa akan datang, sudah berlalu
pantas sungguh semuanya
hampir tidak merasa nikmatnya
sebab apa?
sebab hati aku kurang
kurang hati untuk merasa nikmat hari itu

aidilfitri kali ini memang aku sudah pasti ianya terlampau muram dan suram untuk aku. tapi apa kan daya, terpaksa aku pura - pura untuk gembirakan hati ini. mereka kata kenapa, aku jawab lah dengan jawapan gelak melalui mulut aku. haha

aku sedar
setiap berlaku punya hikmah
aku tidak menyesal
bukan langsung. tipu benar.

raya aku, aidilfitri aku kali ini aku mulakan dengan menghirup udara luar. untuk apa? untuk menenangkan diri aku sendiri. untuk cuba melupakan apa berlaku walau bukan mudah.

teringat pesan sahabat, setiap apa berlaku, senyum sentiasa untuk dapatkan sesuatu kegembiraan ciptaan kita.

aku cuba lagi
untuk tabahkan hati
rendahkan diri
memohon maaf.
tapi atas nekadnya, tekadnya hati,
mahupun buasnya pujukan singa mampu makan hati itu.

aku berjalan dalam sepi,
terkenang tepi kamar sendiri
tapi hitam dan gelap aku lihat
aku tidak mampu berfikir
segala neuron yang bersambung semuanya putus
putus sebab tidak mampu berfikir
lantaran itu, hitam aku dapat lihat.

maafkan aku dalam segala sudut.
aku ulangi sekali lagi
'hati aku belum cukup tabah untuk berdiri semula'




p/s : muntah pahit dalam mulut