terima kasih kawan - kawan




sudah melakukan, lepas segalanya
walau nombor tiga, bersyukur tiada apa untuk aku fikir. kalah menang biasa lah.
apa yang aku fikir, kepuasan setiap penonton hadir bagi memberi sokongan.
aku sukakan lain dari yang lain

pertama kali persembahan dewan sebegitu rupa
walau nampak kelam kabut sedikit, aku mintka maaf. mungkin lepas ini boleh diperbaiki lagi.
'kalau pun aku mampu buat pertama kalinya dengan sempurna, itu bukan manusia'
aku mintak maaf segala kekurangan, aku buat apa termampu
berkat pertolongan rakan - rakan juga aku mampu untuk laksana
tanpa kawa - kawan, aku tidak mampu

semasa melakukan semua, aku cuba elakkan perkara dingin berlaku. minta maaf andai aku tersalah kata, tersalah beli semua. majlis kita, aku rosakkan perkakas.
bukan manusia ini jadi contoh ketua terbaik.

selepas kejadian, terima kasih atas hamburan beribu pujian.
bukan meninggi diri tapi cuba untuk ubah jadi yang lebih baik kelak.
sememang program kreatif dan kritikal berfikir ini mencabar. alhamdulillah segalanya aku tepis, aku kuis untuk elakkan semua. kita sama - sama berjaya melakukan semua.





kawan - kawan yang kita hendak bukan sekelip mata sampai
tapi kawan - kawan yang perangai kita meluat datang sekarang
usah ketuk minda dengan takuk lama
perangai mereka, biarkan sahaja
apa kita mampu
apa aku mampu
kita teruskan dengan begitu
jujur, aku tidak terasa dengan sesiapa
malah aku gembira kita sekumpulan begini
sedikit itu tidak apa
sekejap sahaja aku lupa, wahai kawan.
maaf lah tindak tanduk kita bukan semua dihargai.
aku yakin program ini sampai ke telinga pemikiran kita walau hayat enam puluh tahun
mudah - mudahan.
berseronok dengan kamu
bergembira dengan kamu
berduka dengan kamu
berceloteh dengan kamu
bermasam dengan kamu
sememang aku tidak pernah lupakan wahai kamu
kamu aku maksudkan adalah mereka
mereka kau maksudkan adalah kawan - kawan.
betul lah, untuk kawan - kawan, sekalung tahniah berbaur beribu terima kasih diiringi sejuta kemaafan
walau hati kita tidak seiring, didik hati kita untuk menerima segala suara
maaf ayat aku tidak berbunga untuk deklamasikan sajak ini.
hanya karutan puisi mampu aku dendangkan.



p/s : subjek kreatif & krital berfikir ini mengajar aku satu kemahiran. :)

2 jam kredit untuk kreatif & kritikal berfikir



zaman Jepun dahulu,
setiap manusia tiada ruang benafas
tiada ruang untuk memberontak
tiada ruang untuk bergelak ketawa macam hari ini
untuk ambil iktibar, kita lakonkan cara dahulu
bukan mudah hendak membuat semua jika buta. bukan mahu tunjuk aku celik, aku pun buta. tapi secara kasar, lihat dahulu permulaan baru kita tancapkan kelebihan.

aku mahu tunjuk satu sahaja.
kecil tapi beri kesan mendalam.
bukan apa, walau zarah kita buat, kosong macam mana rupa, tapi isinya dalam dan semua orang boleh rasa, berbaloi kan?
tidak sia - sia usaha kita.
bergelak ketawa bersama. lepaskan segala masalah dahulu.
jangan terpengaruh dengan minda untuk melakukan kreatif dan kritikal berfikir itu banyak masalah.

memang wujud masalah, perbalahan,
tapi aku cuba elakkan supaya apa kita nampak itu tidak menjadi masalah








zaman kesultanan melayu melaka, Jepun, seterusnya British dan akhirnya zaman moden.
empat perkara berlaku atas tanah melayu
aku ambil iktibar, kita buat secara ringkas tapi padat.
usah persalah teman, kita gelak bersama.

hey kawan, kerana gula getah tercampak dalam muka, kau tarik muka?
bukan niat untuk marah
kenapa mereka boleh terima.
bukan khusus untuk sesiapa, tapi semua.
kita dah hidup sekian lama sehingga bahagian lima,
usah pentingkan diri, jalan ke hadapan,
maju satu petak dari satu petak
dan jika kita berhenti di petak itu untuk bincang perkara remeh, maaf aku teruskan

tarik lah muka tarik lah hati
percayalah semuanya sebab aku mahu elakkan
elakkan perkara buruk berlaku
bukan ambil ringan, tetapi aku elakkan.
aku cuba.
aku bukan sekuat mana
terima kasih semua kawan.


p/s : CCT projek mengajar untuk menjadi kuat walau 2 jam kredit.

sekutu itu kuat berangan


hari demi hari
selangkah demi selangkah
depa demi sedepa
laju semakin laju. aku mencari pelbagai jawapan namun persoalan muncul. setiap kiri dan kanan, aku selak helaian itu, tiada apa aku dapat. tidak lupa depan belakang juga.

kata - kata hati
kata - kata pertuturan aku lindungi semua
agar tidak menikam hati.
manakan sama kata - kata budak si pemakai baju sekolah berseluar hijau berbanding baju kemeja bertali leher merah. jauh bukan?
nyatanya kutu itu memang kuat berangan.

bukannya apa. keserasian dalam diri antara kita dan manusia sekeliling bukan terletak pada suara kita. tapi suara orang suara manusia yang melihat.
memang benar segala negatif dicampak, tapi mesti adanya cas positif.
bukan banyak tapi sedikit sahaja. itu pun kau masih rabun?
pura - pura atau benar - benar?
nah! aku bagi kau lihat dengan mata kasar.
tak cukup, aku bagi lihat dengan mata hati.
katakan
luahkan
lepaskan
apa saja perasaan pada aku

setiap malam hari aku, aku jiwai dengan nada wangi ciptaan aku
aku buka mata, aku luaskan pekung
aku luaskan mata
walau kecewa suntuk masaku, nekad dan tekad untuk meraikannya tanpa bersalah. seperti unggun api yang kita idamkan, menyala semarak galah kita bersorak. begitulah kejayaan.
aku fikir tanpa hirauan
aku fikir tanpa bersalah.

dunia kini ibarat dosej gula
kiri kanan depan belakang semua ada
dan
nyatanya kutu itu memang kuat berangan.


p/s : 'aku minta sebulan dua ini beri aku kekuatan luar biasa untuk menyandang beban aku'

negatif layak untuk aku


campak batu dalam air.
satu bulatan semakin besar akan terhasil
ranap akhirnya tapi secara neutral, semakin menjadi besar semakin dilupakan lalu hilang bulatan itu

bukan itu untuk diperdebat

satu saat untuk aku kata,
aku minta maaf
maaf dari hati
sememang ini dewan diisi oleh majlis kita. maaf aku sibuk dalam segala hal. bila ada hikmah katanya, insyaAllah dengan izin Maha Esa. sibuk aku hari ini tidak bererti aku akan sibuk sekalian hal. ada hal tertentu untuk aku.

jam menunjukkan 4 pagi tapi mata masih sibuk melilau
kepala memikir apa akan berlaku seterusnya
luar biasa atau tidak perkara itu
aku tidak tahu - menahu kerana semakin kerap aku fikir, semakin kelam dan buntu pemikiran itu.
kerana yang datang bukan satu dua,
tetapi berbaris di belakang satu dua di awal itu.

sekali lagi, sebelah positif memang tiada dalam aku
cerita yang di canang oleh orang itu, harus kau dengar. kerana diri sendiri tidak mengerti sikap sendiri. orang melihat, orang perkata mungkin ada kebenaran. tapi jangan melampaui batas. sabar aku memang infiniti tapi biarlah.
dengan satu kata,

aku terima segala

masa bergerak tidak tinggalkan jejak. tapi pergerakan aku diperhatikan jejak di belakang. luar biasa semua ini. hendak monitor diri aku, silakan. kita lihat siapa mula dahulu, siapa ranap kemudian.

di GEGO, memang RANAP apabila fynn jamal memulakan itu
sungguh menggugat hati dengan persembahan
gelap, dia, kehadiranku langsung ditambah kumpulan statik.
walau fizikal aku jauh dari persimpangan, aku masih kerap berfikir.

berfikir apa akan berlaku esok
masa depan.
segalanya dalam perancangan.
maaf segala jejak, aku tinggalkan setiap titisan warna untuk aku ingat perkara berlaku.


p/s : satu hari, perkataan aku akan semakin dilupakan, dan dari sini, aku imbas segala memori sedikit demi sedikit.