acara akhir di sekolah

penat hari ini menyaksikan acara akhir sukan di ex-sekolah ku. nawaitu di hati bukan hendak lihat siapa olahragawan mahupun olahragawati, tetapi hadir atas alasan berjumpa teman lama termasuklah dimasuklah cikgu2 yang pernah bertungkus-lumus memerah keringat mencurahkan ilmu yang penuh di dada demi masa depan anaknya. haha panjangnye alasan ku.
selang sebaris perenggan baru koma > pn.Syukriyah, pn.Wardah, pn.Hamizah, pn.Hartini, pn.Noorsham, pn.Maslinda, pn.Hafizah Basiran, pn.Mahani dan ramai lagi. ini kerana cikgu2 atau teacher2 di situ sgt2 ku kenali dan mengenali ku seadanya. haha terasa rindu yang bertambunan tadi dapat dilepaskan dan memanjat kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana memberiku peluang atau chance bertemu/meet/berjumpa mereka. terpancar kegembiraan yang tidak dapat ku luahkan dengan kata2 mahupun menaip mesej. huh
selang sebaris perenggan baru koma > di kesempatan tadi juga, ku sempat juga bertemu kawan2 lama yang sudah lama tidak bertemu mereka. hendak ku sebut terlalu ramai, hendak ku tangisi tapi mengapa? hendak ku diamkan tak mampu kerna ku bukanlah seorang yang pendiam dan ape lagi lah aku merapek nih! haha.
perenggan akhir, yg penting ku ingati mereka dan tangan bersalaman hati memaafkan (tapi kenapa??) maksudku, yg penting di sini mereka masih mengingati ku dan ku mmg tidak pernah lupakan mereka. d=)


*kak yah : kau tak jumpa kak yah ke? kak yah rindu sgt sama kamu wahai tukang kebun!

arah lepas finish spm




perenggan baru koma > fasa 2 UPU dah dibukai membukai mengopen untuk para pelajar lepasan spm setaraf 2008. dengan adanya itu, ianya memudahkan dan mengeasykan korang untuk memohon aliran mana yang sesuai dengan korang. manusia kata, pilih jurusan mengikut result kita bukan minat? adakah ini betul? so, pilih sama ada result atau minat dan taip AFUNDILAH RESULT atau AFUNDILAH MINAT dan hantarkan ke SANA. apa aku merapek nih? haha. universiti adalah sebuah rumah selepas berpindah dari rumah menengah dan sini lah tempatnya. sebenarnya banyak lagi universiti di dunia ini.


*kak yah : universiti ada tempat karaoke? pusat beli belah? tmpat bayar zakat? jahit baju melayu tak? aku nak tempah baju raya untuk taun nih!

imbau zaman persekolahan


5 ST (sains teknik) adalah kelas ku ketika menuntut di sebuah institusi persekolahan yg diberi nama SEK. MEN. KEB PASIR GUDANG 2. terletak di daerah pasir gudang negeri Johor Darul Ta'zim. lebih kurang 5 tahun diriku bertapa di situ demi untuk diperolehi 11a1 dalam SPM (sijil penentu masa depan). ini kerana ku mengambil diambil terambil subjek sebanyak 11. huh walaupun tidak sebanyak NUR AMALINA CHE BAKRI (akak angkat diangkat ku even tak kenal), 17a1 namun ku tetap berusaha untuk menggapai citaku & impian yang tertinggal di bintang. kata orang letak harapan setinggi gunung bukan di langit kerana bagiku, jangan kan hendak ke iss, nak ke langit pun susah. biar di gunung kerana takkan lari gunung dikejar dan gunung daik bercabang tiga,daki slow2 akan tiba juga. haha bukan senang nak senang,bukan susah nak susah kata orang, tapi kata saya pepatah itu betul. haha
selang sebaris koma perenggan dua. sebenarnya di sekolah lebih seronok berbanding tempat lain. betul ke? aku tak rasa pun. schoool ialah kata nama diri kedua bagi sekolah merangkumi banyak opsyen. bermula dengan tadika (pra sekolah) sehingga sekolah menengah dan ke atas lagi. huh lari tajuk seh. berbalik kepada kelas 5 ST (sains teknik), nama sains teknik diambil sempena aliran yang diambil oleh kronie2 kelas tersebut. apabila dibahagi kepada dua arah, seramai 13 orang memilih aliran teknikal dan selebihnya mengikut aliran sains sukan. dishortkn name, terlahirlah 5ST di sekolah tersebut. seramai 26 manusia/human being/orang yang tinggal di kawasan itu. sesikit 18 kaum perempuan merangkumi bangsa melayu, cina dan india serta lain2 dan sebanyak 8 orang teruna dalam itu kelas. puteri di kelas kami dikasi nama Pn. Rosmizah Ali. tiada apa yang dapat ku rungkai lagi kerna sudah terang lagi bersuluh dia dah kahwin! haha
perenggan akhir, aku nak kenalkan kronie2 5 ST kat korang. amek nih! haha
berdiri > ana,sera,eyna,dayah,fad,iema,anisa,munira,linda,fely,chera,syida
barisan 2 > mien,chia,ying,akim,mathew,kucai,agogo,pizul,akash,mono,jesica,glaysa
duduk > yasir,pn.Rosmizah,kerunisa


*kak yah : aku da lame tamat sekolah tak heran pun tapi de jugak la rasa rindu di hati dengan pemunat peminat aku.