aku ada bunga ajaib


aku ada bunga ajaib
diberikan sang pari pari
untuk diri sendiri
tapi aku takut gunakan

aku ada bunga ajaib
dewi kata untuk aku
kenapa cuma aku mampu?
kerana kau ada bunga

aku ada bunga ajaib
aku cuba menghidu harum
ternyata tiada apa jumpa
semakin hati semakin hairan

aku ada bunga ajaib
fikir sama dengan lain
aku lupa suatu perkara
dewi pari yang beri

aku ada bunga ajaib
semua orang jakun melihat
mereka kata aku berkuasa
aku hamba jawab aku

aku ada bunga ajaib
dewi datang kata lagi
hajat diperkenan hanya aku
semua untuk aku seorang

aku ada bunga ajaib
panik dalam diri
semakin bertambah bertimbun persoalan
konspirasi diskriminasi untuk aku

aku ada bunga ajaib
hajat untuk aku suarakan
dimahukan semua sejahtera aman
sebab ketipuan dunia busuk

aku ada bunga ajaib
manusia berpusu - pusu datang
jumpa aku supaya membantu
hati tanya, kerana apa?

aku ada bunga ajaib
mereka meminta untuk guna
didedah cerita sedih belaka
memang dunia tidak adil

aku ada bunga ajaib
si polan datang lintas
curi bunga dari aku
malangnya si polan kaku

aku ada bunga ajaib
benar ianya untuk aku
tapi aku mahu keadilan
untuk semua manusia bumi

aku ada bunga ajaib
gunakan untuk stabil dunia
ekonomi politik sosial semua
untuk harmonikan jelata rakyat

aku ada bunga ajaib
untuk merubah sikap manusia
dari gigih kepada putus asa
supaya tiada perang lagi

aku ada bunga ajaib
mencurah air mata perempuan
meminta bantu si mangsa
terseksa hidup neraka dunia

aku ada bunga ajaib
menghunus pada awan berkata
saksama pada muka bumi
dengan keadilan setiap manusia

aku ada bunga ajaib
pari pari datang bertandang
mengapa aku tidak guna
manfaat kelebihan untuk fizikal

aku beri bunga ajaib
yang kau beri awalnya
"bahagia itu pada setiap pagi
yang tidak Tuhan biar kau mati"

biar aku sendiri


tiga hari berlalu terlalu pantas. tak sempat untuk aku siapkan segala perkakas. sudah aku perkasakan semuanya dalam tiga hari.namun ianya tetap berulang.
penat dan letih yang sama

dalam masa yang sama, sengaja aku tidak menambah nilai. biar gegak telinga aku mendengar. asalkan, apa aku hajati. sudah dikenal pasti. aku mahu sendiri. usah menuduh yang bukan bukan kerana aku bukan insan sejenis itu. sekali aku cakap aku tidak lupa, selamanya aku akan ingat.

kalau pun aku menyendiri
usah tuduh aku punya lain
usah ambil berat tentang aku
usah ambil buku baru untuk ditulis
biar aku
biar aku untuk mengambil nyawa seorang aku semula

lama kelamaan hati aku dapat terima
selama kehidupan aku, terlalu ramai hati manusia perlu aku kandangkan
aku beri makan setiap hari
dengan kata mudah, aku jaga.
selepas ini, jangan kata kandang, kunci pun tidak.
aku biar ianya terbuka.

segala yang melihat, mahu bersuara busuk pada aku
katakanlah
tapi usah bersuara busuk itu bercampur hitam, kotor dan geli.
walau busuk, aku mahu bercampur pewangi harum
erti ringkas, biarlah kata busuk itu dikepilkan bukti kukuh
elok benar kalau berfikir sebelum bicara.

aku pasti bukan aku seorang sahaja yang nampak
drastiknya aku ke arah itu
kerana untuk merubah paradigma.
sepanjang duapuluhtahun kehidupan aku, sudah dua kali perkara itu berlaku.
perkara apa?

ditinggalkan.

aku merenung sendiri,
berangan tentang ayat ini

"meninggalkan dan ditinggalkan, luka dan sakitnya tetap sama"

berfikir lama untuk itu,
jawapan aku, benar.
kerana aku punya dua perasaan yang berbelah bagi. tidak tahu mana untuk memilih dan buntu.

setelah disimpul rapi,
biarkan aku sendiri.
biar aku mencari rahsia hidup muka bumi ini sendiri
masa datang dan masa pergi
sampai nanti suatu hari,
aku akan rebah. nafas terhenti.
biar lah masa itu, aku seorang yang rasa sakit
biarlah aku seorang yang lalok untuk bertemu Tuhan
aku tidak mahu babitkan sesiapa.
terlalu kasihan untuk aku babitkan
biarkan aku sendiri
biar aku.

aku masih boleh mencari senyum itu. aku nampak cahaya itu. cuma tolong aku untuk beritahu, usah tolong papah dan angkat aku untuk ke sana. berdiri dalam kasut sendiri, aku seorang lelaki.
biar aku.


p/s : kegagalan sekarang adalah kejayaan tertunda masa kelak.

jauh dan terus jauh


hati aku penat
berfikir setiap hari negatif hasilnya
kiri kanan sentiasa sama
apa yang berubah
segenap wajah orang yang lalu di sekeliling aku

hari ini,
aku terasa sungguh gembira.
hendak aku teriak biar satu dunia tahu
biar satu kampus tahu
biar satu kolej tahu
dan biar kawan - kawan aku tahu

tapi bila berfikir semula
depan sebulat bola sepak aku berfikir
berhadapan buku Human Resource Management
aku berfikir
sampai aku tepu.
gembira apa aku hendak bicara?
membuak hati aku suruh keluarkan. tapi apa dia?
apa aku rasa?
kegembiraan itu kosong. malu lah muka kalau kosong aku mahu bicara.

aku mulakan gerak jari tangan aku
melakar kegembiraan ciptaan sendiri.
tapi bila berfikir semula,
aku hairan.
segala tarian jari
segala tarian hati lara
walau gemalai lembutnya
tetap buat aku tersedih
ternyata gembira aku hanya topeng untuk kesedihan itu

menangis aku nampak kosong
cumanya aku tidak jumpa punca
aku buntu
aku rasa segalanya sudah mati
diri aku benar masih bernyawa?

bangsat!
aku cuma manusia sial!
dan aku cuma tahu
beberapa saat lagi muncul lah perkara sialan itu depan mata. siapa hendak jawab untuk aku?
ternyata jawapan itu belum aku ketemu.
mati aku! mati! hati aku, bantu aku cakap pada akal untuk berfikir.

dan sebenarnya
aku persetan kan semua.
rupanya aku dalam kejauhan. terlalu jauh sampai mata kasar tidak dapat dilihat. bungkusan diri aku jauh lari dari nyata.

'aku takut berdekat yang mana pastinya tidak selamanya'