usah tangisi kisah itu, Mahsuri jadi teladan


simpati pada dikau
amat.

itu mampu aku ucap.
kau perempuan terhebat. tapi lelaki itu. kau hancurkan niat murni itu
kerana cemburu menguasai diri, kau sanggup buat begitu?

aku sebagai lelaki terkejut dengan pengakuan si perempuan
sebab itu aku simpati
terasa dengan perlakuan si pangeran,aku sebenarnya malu. pernah aku bersikap seperti kau. tapi aku putar semula dunia menjadi sediakala. pemutaran kau bukan ke arah sediakala malah ke arah kebencian.
setelah mengenali beberapa ketika,
tercucuk duri di tangan, darah menitis hanya setitis,
kau sudah tidak tahan
kebencian kau keegoan kau menguasai mahmudah kau

tidak salam untuk cemburu tapi usah terlampau
kau tahu, kisah luar dan dalam dia, percaya hati dia untuk siapa
apa lagi perlu kau risau, wahai kaum Adam?
perempuan asalnya dari tulang rusuk kiri lelaki, sangat lemah.
itu dahulu kala.
tapi itu semua tidak bermakna selagi imam masih lelaki
usah lempar kekerasan untuk memerintah
usah curah fitnah bukan - bukan untuk peroleh apa kau mahu.

benar ego pada pangeran sangat teramat tinggi,
tapi cuba dikawal. ia pasti menggembirakan kau.
usaha kau selama ini, kau pasti tersenyum walau kau belum gapai apa kau mahu
tapi senyuman kau seolah - olah kau pasti akan dapat itu
sebab itu, usaha kau lakukan, kau sepatutnya berterima kasih.
itulah pengalaman dalam diri kau melalui persekitaran.
walau kau gagal dalam usaha, sekurang - kurangnya kau bangga dengan apa yang telah diusahakan. macam tanah, kalau kau biar, jadi semak samun kelak. tapi kalau kau cangkul, baja dan siram? sangat berbaloi untuk diri kau.

kasihan si perempuan. terpaksa menghadap semua ini dengan sendiri.
andai dahulu kau temaninya, pahitnya kau rasa
tapi kini?

bercakap lebih pun, aku bukan lah sebagus insan itu.
banyak kekurangan dalam aku
bukan menunjuk aku bagus
bukan menunjuk aku kuat
bukan menunjuk aku pandai
bukan menunjuk aku petah
tapi ape aku sebut, apa aku ucap
dan apa aku deklamasi semua berdasarkan duapuluhtahun mata aku celik atas bumi ciptaan Tuhan
pengalaman aku tidak sebanyak dan sehebat warga emas
tapi selagi ada peluang, aku kutip
aku rendahkan diri aku untuk jadi paling rendah
supaya aku dapat rasa lapisan masyarakat rendah rasa
pilihan aku begitu gamaknya
tiada kesenangan dengan mulut, tapi kesenangan dengan merasa nikmat

semoga kau tabah dalam menjalani hidup
bukan mudah untuk teruskan. tapi kau masih ada kawan - kawan
masih ada semua.
kau guna mereka sebaik mungkin
mengejar cita dari cinta lebih molek andai kau tahu penyelesaian permasalahan cinta.
jangan risau, aku pasti ada
sebagai kawan kau

kisah Mahsuri kau jadikan teladan.
andai kau perempuan, dalam watak Mahsuri ketika ini,
tak akan senyap pulau Johor ini sepanjang tujuh keturunan.
kau halalkan cara, halalkan segala perilaku dia
Mahsuri rela dibunuh setelah bertalu - talu difitnah
dengan syarat, keluarkan darah putih. tunjuk kan bukti kau sebenarnya bukan pesalah itu
dan paling penting, menegakkan keberanian melalui rona hati
dan sifat keperempuanan.


p/s : halalkan cara dengan mahmudah

raja mimpi buruk


mimpi yang kita peroleh tak selalu gembira
macam kita senyum segenap hari
bukan senyuman lebar itu menandakan hati di dalam lebar
burung di hati berdarah, malu meluahkan. perkara biasa

pernah aku mimpi,
aku kenal erti penyesalan.
sangat - sangat dan aku faham erti penyesalan itu. bukan semua sesalan aku buat, aku rancang. tapi kau mesti faham erti pengalaman. pengalaman kadang bukan disengajakan cumanya diambil sebagai mimpi.

aku menyesal dalam mimpi aku
kemaafan aku dendam yang terindah.
hari ini aku bermimpi tentang penyesalan, esok lusa menyesal masuk dalam mimpi aku lagi ke?
khuatir memikir, tiada cara selain hibernasi, melepaskan melalui titis - titis peluh dan selebihnya aku serahkan pada Maha Kuasa.
aku berhak hadapi kemurungan. mungkin sekecil perbuatan membuat kita menyesal.
perbuatan aku, bukan sekecil sehinggakan hati terguris luka
mengambil masa bukan sekejap
tapi dalam mimpi aku, ianya sekejap
cumanya itu hanya mimpi.
mungkin hari ini tiada kegembiraan untuk kita, tapi hari esok, siapa dapat lihat taji di kaki kita?
mungkin benar mimpi itu.
aku tidak rasuk dengan karut lagi. mimpi itu nyata buat aku sedar dan menyesal dalam aku
walau kasarnya sudah lenyap mimpi itu, tapi penyesalan aku hadapi
biarlah aku simpan dalam mimpi - mimpi yang lain.
merajai mimpi yang tidak indah,
itu aku
maafkan aku.

aku raja mimpi buruk pada kau.

aku raja mimpi buruk pada semua orang.
maafkan aku


p/s : hari yang kita rasa akan bahagia sebenarnya bukan

aku mahu hari itu sekali lagi





sekali lagi aku rindu kau.
teramat.
bukan senang untuk bertemu muka sekali lagi
dan sekali lagi kita betemu muka.

bandaraya johor bahru jadi saksi. UiTM kampus bandaraya johor bahru menjadi kenangan ketiduran. kawan - kawan junior juga rindu untuk berjumpa. setelah lebih kurang 3 hari, semua aku tolak tepi, sekali lagi komitmen untuk dikau maharani.

bukan mudah untuk memujuk
sekali lagi aku buat salah hari itu. maafkan aku.
ternyata kau memang maharani. setelah berlaku bersama khazani azmi, wanie mokhyi, izzatul ashila dan fana, ternyata kegembiraan dialami dalam diri aku
sekali lagi aku tolak segalanya ke tepi
ketiga kalinya menonton bersama, aku rindu saat itu




jika hadir aku menyakiti hati kau, maafkan aku.
itu kelemahan aku
aku harap kita lalui dengan gembira sepanjang hari itu
sekali lagi, aku berkongsi senyuman dengan kau.
terima kasih untuk segalanya kerana aku tak mampu hendak membalas nya.
sekali lagi aku cakap, untuk kemudian hari. insyaAllah.

berkongsi hati dengan maharani tidak pernah sakit.
walau sakit datang, itu kan lubang dugaan dan dengan cara pintar dapat melepasi nya
sekali lagi, waktu melambai kau ke seremban, sungguh tak ku sangka
sekali lagi berlaku.
cubaan menahan dan aku tidak mampu.



p/s : kenapa sekali lagi? aku rindu hendak sekali lagi dengan kau, maharani

sebelas jun duaribusebelas


perjalanan sabtu dirancang awal. mengikut tentatif, mereka datang awal sangat. haha perkokokan pukul sembilan pagi, tapi sampai pukul sepuluh pagi. biasalah itu. haha bandaraya Johor Bahru jadi saksi perlawatan kami berlima.



bermula ke Univesiti Teknologi Malaysia ( UTM ) dan kemudian bandar petak segi empat, menonton KL Gangster. 5 bintang aku beri. selepasnya, Lost Malaya. Zoo Johor. Masjid Sultan Abu Bakar. pulang ke pasir gudang.



kawan terhebat bukan mudah untuk dicari. macam kawan menangis, satu dalam sepuluh pun belum pasti kehadirannya. kawan pada aku, semua manusia inginkan. seperti mimpi datang, cumanya bukan realiti, kawan tetap hadir selalu bukan seperti mimpi yang kadang - kadang muncul.

kawan datang dalam pelbagai persona, justifikasi dan saiz. tapi mimpi datang cumanya khayalan dan tidak semuanya indah. seperti kawan, indahnya mereka datang, walau busuk pun, kita harus senyum kerana yang datang adalah pengalaman yang kita tidak sukar jumpa pada mata kasar.
pada aku. nyata mimpi permainan khayalan.

kawan, sahabat, teman dan rakan seperjuangan mempunyai maksud berbeza dan kita akan temui semuanya kelak. jangan lihat guna mata bulat, tapi pelajari segalanya dari mereka.
tidak sabar.


p/s : terima kasih dari kiri diana roslee, fatin afiqah, nadhrah ali & zulaiha rahim. :)

ipad 2 pun boleh di magik kan




teruja tak? haha kelakar!

rajin umpama semut


semut kadang jalan berseorang. bila jumpa rakan sekenal, kita melihat seperti semut melagakan pipi. mungkin dari mata kasar kita nampak itu, tapi apa mereka buat?

beri salam. pertama

keduanya, respek.
semut berwarna hitam, semuanya hitam.
tiada berpakaian aneh pun melainkan spesis aneh. menjunjung makanan ke mana sahaja. sangat rajin semut itu. makan untuk tumbesaran, tapi tiada perubahan pun pada semut itu.

siang dan malam. berjalan tanpa henti
berjuta langkah diambil pun masih mahu meneruskan perjalanan
sesuatu jalan yang kita tak pasti akan jumpa destinasi
jika taufan manusia mengganggu?
habis lah semut itu dan keadaan sekeliling

pepatah kata, ' ada gula ada semut '
semut bukan pilih gula sahaja. semua makanan terbiar, bangkai serangga pun semut ada.
betapa rajin dan kuat penghiduannya semut itu.

seperti kita manusia.
andai rajin seperti semut, kita pasti berjaya
walau destini kita tak dapat lihat,
kita pasti dapat merancang untuk melihat.
hari esok jangan dirancang, tapi rancang untuk tahun berikutnya.


p/s : halaju semut berjalan sama dengan masa bergerak. halaju manusia tidur sama dengan masa semut membina tiga buah rumah.

kasih anak pungut itu

' berambus kau dari sini!! ' , kata emak kepada anak itu.
walau pun emak itu tidak bertarung nyawa untuk melahirkan anak itu,
namun emak itu sentiasa membenci anak itu
bahkan dianggapnya anak itu anak pungut.

' tak sedar di untung! '
' anak sial! '

semua perkataan ganas berbaur bergabung termasuk penderaan ke atas anak itu, kerap kali dilakukan.
kasihan. tapi apa mampu aku buat. berdoa yang terbaik.
andai benar lelaki itu anak pungut, kalau di dera mungkin jadi hebat dan ganas
tetapi kalau perempuan? nauzubillah.
jauhkan segala ini dari kami Yang Maha Esa.

sanggup emak ayah sekarang mendera anak - anak yang bukan darah daging nya. tiada hati perut langsung! tiada keperimanusiaan langsung! ternyata mereka lebih binatang dari firaun. terima kasih Tuhan beri kita akal untuk berfikir. berfikir secara rasional, kau tak akan mendera anak yang dipanggil anak pungut itu.

kau mahu apa dari dia? dari anak yang tidak punya apa - apa. mereka lahir dari siapa pun tidak diketahui. bila buka mata, mereka lihat dunia. harapan mereka sambil teresak - esak menangis adalah dunia mencorakkan mereka. keliling mereka corakkan mereka.

pendapat aku,
anak pungut, yang dididik dibimbing elok, molek juga tingkah lakunya
dan sebaliknya, mereka mampu menambah teruk kegelapan sedia ada
menjadi degil bercampur ganas. kelak membalas untuk orang lain
kerana, anak kecil yang dipungut,
walau dilahirkan atas tilam bersalut emas sekali pun,
dilahirkan di reban ayam sekalipun,
asaknya tetap suci.
"yang mencorakkan adalah dunia yang menyambutnya"

sayangi anak pungut itu
didik mereka
beri bimbingan secukupnya. usah didera insan lemah, kelak kau akan dapat balasan setimpal.


p/s : setiap orang ada destini sendiri. kalau belum jumpa teruskan mencari.

takdirnya begitu

sekarang aku punya masa untuk balik rumah. jam kelihatan lima pagi. bukan mudah untuk melelapkan, memejamkan, berangan - angan lalu tertidur lekas. bukan sengaja untuk tidur lewat. perjanjian esok, aku tidak pasti bahawa aku mampu penuhi. ternyata aku ngantuk teramat sangat.

perjuangan rakan sebaya aku, sebagai kawan tidak mampu aku biarkan sahaja. bukan aku hendak sembunyikan segala, tapi itu dah takdir.
aku tahu, dalam seminggu berapa banyak kau merana. harapnya esok, aku mampu bangun untuk penuhi hajat.
tapi sungguh aku tak tipu.
aku ketiduran selepas subuh dan sukar untuk bangun pada masa itu. aku benar - benar mintak maaf.
cumanya sebelum tidur, aku cuma ada diri aku
cuma diri aku ini tiada gunanya.
kerana apa? kerana aku tidak bisa diharapkan.
maafkan aku.
aku berfikir sejenak, kalau aku tak bangun esok pagi, tentu aku dipersalah.
memang benar salah itu tuding pada aku.
aduh. mengeluh. kenapa mata, kenapa? tolong rakan, sudah selesai. kini masa untuk tidur.
lampu semuanya dah padam. hanya terdengar bunyi rakan - rakan sebilik berdengkur. ternyata mereka sudah lena dari awal lagi.
aku cuba pejam mata.
aku tahu apa akan jadi esok.
maafkan aku.



p/s : ia tertakdir begitu. pendek dan pantas

permulaan destini


permulaan pengambaraan semester lima bermula
bukan mudah untuk menjejak kaki. walau tiada daya, langkahan harus bermula dengan kaki kanan. ternyata segala keputusan berjalan lancar. cuma pemeritan keadaan bertukar dan suasana terasa lain macam. mungkin kerana tiada maharani menemani senantiasa. dan lain, mungkin rakan terpaksa dipindahkan ke aras atas. mungkin itu permasalahannya.

walau begitu, aku masih ada semua orang
semua orang masih mampu untuk membuat aku bernafas
aku terasa hidup semula walau mati sekejap
terima kasih semua orang.
tidak dapat aku nafikan, aku gembira.

kenangan lepas cuba untuk aku pura - pura lupa
bukan apa, nanti kesedihan menyelubungi. bukan mudah. permulaan hari aku, dicampur dengan timbunan kelas yang padat. sukacita hari pertama, tiada apa panjang untuk meneruskan.

subjek Human Resource Management ( HRM ), Creative & Critical Thinking ( CCT ), Investment ( FIN 329 ), Malaysian Economic ( ECOMAL ) dan Organizational Behaviour ( OB ) bukan mudah. InsyaAllah aku akan buat yang terbaik. usaha untuk mencapai kejayaan, selebihnya aku berserah pada Yang Esa.

terima kasih kerana memberi aku peluang untuk bernafas
memberi peluang untuk sambung pelajaran aku
terima kasih segalanya.





p/s : semoga malam aku memberi senyuman untuk hari esok.