bangkit

sekali jatuh, selamanya ker?
usah camtu
bangunlah wahai manusia
bangkitlah wahai kawan
sedarlah wahai peribadi

hidup ibarat roda
memang benar
roda petak pun ada
kalau roda petak mampu bergerak
kelajuan seperti roda bulat,
mesti roda petak kan disanjungi sekalian makhluk
acceleration penyebab bulat bergerak selaju kuasa kuda,
kerana itu ramai mencipta roda berbentuk bulat

maksudnya,
hari ini kita di atas.
esok lusa kita pula di atas
manusia sekarang suka bermula dari atas
atas kan senang
atas kan selesa
atas kan segar
atas kan sejuk
hahaha gelak melihat gelagat manusia

sedangkan yang berada di bawah menimba berjuta pengalaman untuk menaiki atas. pengalaman dalam manusia mengajar hati menjadi tegar.

andainya roda itu petak?
berapa lama kita hendak naik atas?
sakit!
perit!

sama seperti keadaan lepas
pengalaman mengajar kita
biar masa menentukan.
lihat kelak,siapa akan berjaya
tidak semesti di atas kekal fana di atas
dan yang bawah kekal mutlak di bawah
'hidup umpama roda bulat'

usah memberi alasan wahai peribadi
gagal sekali tak bermaksud selama kecundang
ini pengajaran buat peribadi sendiri
padah apabila leka sebentar
hanya kerana alpa satu dua saat sahaja
jatuh tergolek gedebuk
ke atas simen.
aduh sakit!
padan muka kau peribadi.

ada masa untuk meningkat.
usah risau.
terima kasih keputusan
kerana meningkatkan peribadi.
walau tidak seperti diharap,
bangga kerana hasil usaha sendiri
tidak meniru orang lain dan memberi tiruan
serta menipu diri untuk cemerlang

gelak lah sekarang.
gelak untuk menutup kusta!
hahahahahahahhahahahah




p/s : bangun lah peribadi aku!

biar aku

sulk!
merajuk!
sama dengan kan?
lelaki merajuk.
tipu kalau tak pernah.

perasaan aku.
hati aku.
siapa yang ambil kisah kan?
siapa yang peduli
tak mengapa
aku sedar aku siapa dalam hati kau
mudah je kau nak buat apa apa ke atas aku
aku nih kan boneka
aku nih kan patung
hahaha
apa kau rasa kalau sakit kau dah buat kan?

penipuan kau suatu masa memang buat percaya
tapi bila melihat depan mata
sakit tak terkata
kaku
terdiam
terpana
melihat kegembiraan kau

mungkin hati aku memang dicipta untuk disakiti
mungkin juga hati ini untuk dipijak
dipukul!
dicemuh!
dihentak!
buat lah apa saja.
aku bilang awal dahulu
aku kan boneka
memang untuk diperguna.

sebenarnya tiada niat untuk marah
aku cuba tinggikan ego aku
mengatakan aku tidak kisah semuanya
tapi hati aku bukan sekeras kuprum
lembut hingga hendak
menyapu si air mata pun ada
tak mengapa
sekurang kurangnya aku boleh merajuk

rajukan aku memang diam
jika dikeluarkan kata kata
sangat buas
takut hati aku untuk kecilkan hati orang lain
takut juga sebenarnya

orang kata,
'aku suka sangat jaga hati orang.sampai hati sendiri kau tak jaga.sampai bila?'

aku kata,
'aku gembira sebab dengan ini aku kenal segala hati budi tulus insan bernama manusia'

pepatah kata,
rambut sama hitam, hati lain lain
macam kain,
bermula sewarna
ditambah warna menjadi beribu warna
terpaku teruja aku akan warna yang di deklamasikan

merajuk aku, jangan kau tanya kenapa
hati aku bukan sekecil
sekeras
sehebat
sebesar hati insan manusia lain
hati aku lembut macam donat
mudah menangis

rajukan aku
muncung aku
memang panjang
ambil masa untuk rawat luka
tapi jangan risau
aku akan pastikan semuanya diselimut oleh senyuman palsu dari mulut aku

bicara tentang hak,
aku tiada hak untuk memerintah hati kau
apatah lagi menjadi raja dalam diri kau
aku insan biasa
aku insan yang senang ditipu.
gelak aku buat apa kau rindu
jasa aku buat apa kau ingat
baik aku lupakan saja segala
walaupun aku tak pernah lupa.
aku ingat segalanya

kesimpulannya,
'biar aku'


p/s : biar rajukan aku. biar aku sendiri

selalu

seperti biasa
macam biasa
ada satu perkara,
sering berlaku dalam aku
dalam aku ada kau
huh
bagaimana nak mula
aku lupa perkataan
lupa segala
haisshhh

begini,

" kau boleh komunikasi dengan manusia lain tapi aku dilarang. kau kata usah cemburu tapi itulah, hati manusia lelaki. aku mintak maaf."

rajukan aku memang diam
bukan suka menunjuk.
aku tutup dengan gelak tawa
muncung aku memang panjang sedepa
takkan aku nak ukur bagi kau tunjuk
kau sudah faham.
maaflah andai panggilan aku
letak tidak semena mena

terima kasih
aku tahu aku selalu
diperbodohi
kau memang hebat.
tidak disangkal lagi
maaf mood terumbang ambing untuk minggu ini.

p/s : doakan aku test mendatang



aku suka baizura kahar

faceblog pink


orang kata pink itu menawan
pink juga penyeri rasa
pink itu merah jambu
ada manusia sukakan pink
pink juga penarik perhatian
pink juga romantik.
benar kah?
haha pink dapat menyatukan semua
pink itu adalah faceblog.haha
jum join?





puas hati kau?

tergamak kau!
sampai hati kau!
sanggup kau!
hey insan FRaud.nape kau sering jadikan dia musuh kau?
apa die penah buat pada kau?
sampai kau benci sangat!

kau lupa satu perkara.
dia tidak pernah benci akan sesiapa
apesal kau iri hati sangat?
kau lupa
aku dengan dia pernah jadi kami
pernah bersatu
tapi kenapa kau?
iri hati benci khianat
tentang dia?
dia menyusahkan hidup kau ke?
dia kacau kau punya?

hinggakan kau buat sesuatu
yang membuat die pernah menangis
menangis besar kerana kau
hati hawa,
ego setinggi mana,
memang takkan lari dari menyapu si air mata

aku nak tanya kau satu,
puas hati kau dapat buat dia camtu?

kenapa kau lakukan pada dia?
kenapa tak lepaskan pada aku je?
kenapa dengan aku mulut kau madu
tapi sebenarnya ulat perosak!
pencacai!
bukan aku hendak meluah perasaan,
memaki hamun kau tak tentu pasal
aku bicara berdasarkan fakta yang aku terima
sampai hati kau!
kaum sejantina macam dia pun kau hendak jatuhkan jugak?

suatu malam,
aku dengar segalanya.
aku terdiam tak bicara apa2
hanya nafas aku berhembus berulang
setiap kata diluah
setiap ayat disusun
setiap suara aku dengar
diiringi sayup tangis
hingga merah mata
aku tanya kau lagi,
puas hati kau?!

apa dia pernah buat kat kau sampai kau sanggup balas dendam terhadap kaum sejenis kau?

kalau aku kurang hati seumpama kau,
sudah lama aku pukul kau
untung benar aku tidak sezalim itu
balas dendam aku bukan cara jahat
tapi cara halus
kau rasa satu ketika nanti

dengar!
niat aku bukan hendak
puaskan diri aku,
tapi hendak mengajar kau!
mengajar kau erti hidup
erti perasaan
jika disuruh katakan ya,
aku cakap, ya!
perangai kau membuat aku meluat
perangai sial kau akan buat kau binasa!

mintak maaf kerana bahasa aku kasar
mintak maaf kutukan aku terhadap kau.
mintak maaf segalanya
kau perempuan berperangai sial pernah aku jumpa
bermula baik senyuman,
ngilai tawa kau kadang buat aku tergelak,
anggun paras wajah,aku tak pandang langsung
sebab hanya dia tahu kat mana mata aku bila melihat perempuan.

jangan ditanya mengapa andai suatu ketika
kau dapat balasan halus
dalam diri,
dan ketika itu jugak,
kau pernah menganiayai dia
bukan aku hendak kau datang kepadanya
tunduk sujud depan kaki
keluarkan segala airmata
untuk meminta maaf,
tidak sama sekali.
tapi sedarlah,cerminlah diri sendiri
orang kata,

perahu terlajak boleh diundurkan
tapi kata terlajak? badan kau binasa.

perangai kau elok molek kan sikit
rupa paras kau semua dah ada
sampai kebanyakan lelaki terliur melihat kau
tapi satu aku pinta,
perangai kau.
ubah lah.jangan khianati sesiapa lagi.
puaskan nafsu kau dengan cara lain lah.
tak elok ganggu emosi orang

aku akui aku bukan sempurna
tapi aku menyampaikan apa yang patut
andai tersilap langkah,
maafkan aku.
aku hanya pelakon opera di pentas dunia

memang seronok apabila menjadi kurang hati
memang seronok apabila kenakan orang
memang seronok apabila nafsu kita puas
tapi perasaan hati orang kau perlu jaga juga
cermin diri kau wahai FRaud

senantiasa menang

luntur!
lebur!
hancur!
jatuh!
tapi hati kau tak pernah macam tu
satu aku nak ucapkan,
aku respek peribadi kau
kau buat seperti biasa sejak dahulu kala
sentiasa menang dengan pencabar kau yang satu itu.
haha
gelak aku bukan menganjing
tapi gelak sebab aku mnggunung pujian terhadap
KAU!

kadang2 aku terasa diperbodoh
dipermainkan
kenapa lah aku nih susah sangat hendak
kau berlembut dengan aku?
susah sangat ke kita hidup dalam keadaan aman?
perlu ke perbalahan sehigga meragut jiwa
aku tahu jiwa kau yang diragut takkan pernah luntur
sukarnya hati
sukarnya ego
andai kau di tempat ku?
pencabar berlainan jantina melakukan
perkara ini,
apa akan kau buat?

mampu kau bersabar?
mampu kau bertahan?
hendak ditinggalkan sahaja?
biarkan dia?
beri masa yang sebanyak?

aku pilih lembaran jalan untuk bersabar.
bukan minda telah set,
bukan sejenis begini,
tapi untuk melunturkan hati
manusia memang sukar

insan seperti kau,
aku sekali lagi respek.
aku kagum peribadi kau.
seperti lagu 'baldu biru'
sesuci seperti itu.
tidak kau teringat saat manis?
kenapa tak diterjemah dalam kisah kita?
perkataan celaru
tangis yang beribu
rindu mesti dihantui,
tapi tetap yang didamba adalah?
cinta.
walau malam terus kelabu,
kau dah tahu kan?
sembilu dah tusuk
dalam.
sakit.

sendiri

sekali sendiri selamanya ke?
tak pernah didengar
lembaran laluan dah dibuka untuk berjalan sendiri
tapi tak mampu apabila terpaksa
tak mampu juga kerana hati terukir nama insan yang membuka pintu hati
yang juga mengajar definisi sebuah cinta

hati mengandungi banyak perasaan
bukan mudah untuk dikawal.
bila resah kerana sendiri,
hati pertama akan meronta.
berdoa tak pernah putus,
hati tetap meronta
seperti satu kehilangan.

hendak berpatah arah,
langkah tapak kaki dah diteruskan
kerana sanggup menunggu
kerana setianya hati yang sendiri
ditunggu pungguk kerana rindukan bulan
sendiri untuk manusia,
tidak biasa
tapi berdua atau bertiga dan seterusnya,
itulah yang diperlukan manusia.

sendiri
bila seorang
hati rindu
setia menunggu, tapi dilayan seperti biasa
diamuk hati disinis.
sakit apabila parut bertambah
oleh kerana hati yang sendiri itu sanggup
setia.
menunggu.
walau lamanya,
walau benyaknya darah mengalir,
hati sendiri juga sanggup bertahan
untuk mendapatkan hati terlerai
punah lah harapan andai usaha yang dilakukan berakhir di tengah jalan
penungguan yang sia-sia.
memang benar itu pahit andai ditakdir memang begitu
tapi!
oleh kerana hati sendiri setia
walau sendiri,
hati sanggup menunggu
berkurun lama
nun jauh tidak dihirau
hati yang sendiri akan setia
untuk membalas jasa

kurang hati

hahahaha
'HEARTLESS'

poyo kan ayat tu?
tak perlu nk berlakon kalau kau bukan macam tu.
tak perlu nk buat2 kalau kau mmg bukan macam tu.
minda kau set paling dalam untuk jadi
'kurang hati'
haha

heboh 1 dunia
tp isinya kosong
frustrated!
desperate!
meroyan!
hey2 kalau tak mampu,
usah lah pura pura
lebih sakit kalau satu hari kau buat orang, kau akan terima semula.
memang kau kata kau 'kurang hati'
tapi perasaan manusia kau kena pikir gak
haha
memang kelakar lah

bukan niat aku hendak mengutuk.
tapi tak salah kau muhasabah diri kau kan?
tahun pertama hampir habis kau lalui,
lagi 2 tahun.
haha
mata aku perhati saja
apa tindakan kau.
selepas ini.
sejauh mana kemampuan kau untuk
kurang hati ini.


mindy perempuan terbaik! haha kick ass!

luahan makian pada telinga

pertama, aku nak ucapkan terima kasih
kau maki di facebook
tunjuk pada semua ayat hebat kau
aku baca

sebab

kawan bagitau
kerana nama aku terpampang di situ
berselirat ayat
'fuck u', 'cibai', 'babi'
dan segala ayat lucah

aku nak tanya kau wahai si perempuan,
'puas hati kau selepas memaki hamun aku?'
1 mesej dihantar,
aku ucap terima kasih

kalau ikut nafsu serakah,
ingin sahaja melihat dan memukulnya
tanpa ada belas kasihan.
tapi sayang,
hati aku mampu sabar.
maruah
harga diri insan bernama 'amirul hakim mohamad'
tercalar di facebook
malu hendak letak muka kat mana
tong sampah pun tak terima
pujuk hawa hati,
sabar lah.
sabar dan sabar.

satu malam, nombor tidak dikenali memanggil
diangkat, terdengar suara perempuan
maki caci hamun bercakap,
ikut hati, mahu saja di maki.
tapi apa dapat?
sabar dan dengar celotehan bicara dia
dikatakan,

'lepas nih, kalau ade perempuan maki hamun kau lagi, jangan terkejut lah sebab kau tak pernah respek member permpuan kau'

'aku tak kesah lah kalau dalam setahun, sehari je kau hargai aku'

'kenapa kau tidak marah ha?'

perbualan selama 8 minit,
memang menguji kesabaran,

aku sedar,
siapa diri sendiri.
terima kasih perempuan kluang



suka kat liyana fizi! haha