bangkit

sekali jatuh, selamanya ker?
usah camtu
bangunlah wahai manusia
bangkitlah wahai kawan
sedarlah wahai peribadi

hidup ibarat roda
memang benar
roda petak pun ada
kalau roda petak mampu bergerak
kelajuan seperti roda bulat,
mesti roda petak kan disanjungi sekalian makhluk
acceleration penyebab bulat bergerak selaju kuasa kuda,
kerana itu ramai mencipta roda berbentuk bulat

maksudnya,
hari ini kita di atas.
esok lusa kita pula di atas
manusia sekarang suka bermula dari atas
atas kan senang
atas kan selesa
atas kan segar
atas kan sejuk
hahaha gelak melihat gelagat manusia

sedangkan yang berada di bawah menimba berjuta pengalaman untuk menaiki atas. pengalaman dalam manusia mengajar hati menjadi tegar.

andainya roda itu petak?
berapa lama kita hendak naik atas?
sakit!
perit!

sama seperti keadaan lepas
pengalaman mengajar kita
biar masa menentukan.
lihat kelak,siapa akan berjaya
tidak semesti di atas kekal fana di atas
dan yang bawah kekal mutlak di bawah
'hidup umpama roda bulat'

usah memberi alasan wahai peribadi
gagal sekali tak bermaksud selama kecundang
ini pengajaran buat peribadi sendiri
padah apabila leka sebentar
hanya kerana alpa satu dua saat sahaja
jatuh tergolek gedebuk
ke atas simen.
aduh sakit!
padan muka kau peribadi.

ada masa untuk meningkat.
usah risau.
terima kasih keputusan
kerana meningkatkan peribadi.
walau tidak seperti diharap,
bangga kerana hasil usaha sendiri
tidak meniru orang lain dan memberi tiruan
serta menipu diri untuk cemerlang

gelak lah sekarang.
gelak untuk menutup kusta!
hahahahahahahhahahahah




p/s : bangun lah peribadi aku!

No comments:

Post a Comment