kembali

johor bahru, aku nak pulang ke sana lagi boleh? johor bahru hanya tersenyum
sambil berkata datang lah wahai anak watan.

di sini tempat aku menimba ilmu.
di sini tempat aku mengenali pengalaman.
di sini juga aku bertemu kenalan
di sini aku dilimpahkan kenangan

walau tidak kurang duabelasbulan lagi untuk menamatkan pengajian, aku tetap menanti saat itu. saat ketika aku di johor bahru.
tiga minggu berlalu singkat.
tiga minggu berlalu sekejap. walau sekejap, bagai setahun lamanya aku rasakan. tiada keindahan yang hadir dalam diri aku. segalanya hilang dan tiada potret kenangan manis untuk diabadi.
mentang - mentang lah aku ini insan biasa.

sekembalinya nanti ke sana, niat aku menuntut ilmu kerana Maha Esa.
kedua dan seterusnya aku harapkan kebaikan keadaan segala kisah berlaku kelak.
selebihnya aku serahkan pada Tuhan.

semoga tiada lagi mimpi busuk menghantui ku
semoga tiada lagi kecelakaan aku alami.
semoga tiada niat jahat untuk aku lagi.
segalanya aku terima dan aku tidak berharap lagi andai pisang berbuah dua kali.

sejak hari itu, segala malam aku menjadi mimpi ngeri.
sangat kerap seperti akrab. selalu.
aku harap malam - malam selepas malam ini lebih bahagia di johor bahru
harapan juga malam aku tidak malap walau aku tiup lilin itu. moga - moga.
nak jadi lelaki besi, syarat pertama : kena bodoh. nombor dua : kena kuat. dan nombor tiga : kena tahan segala berlaku
ternyata aku baru terbentuk sebagai aloi.

keberangkatan ke johor bahru, aku harap tiada apa kurang. segala kejadian tempoh hari, aku letak tepi. aku simpan rapi - rapi. pernah kau lupa tahi yang dilempar lalu terkena di maruah diri kau? ternyata jawapannya tidak bukan? begitu juga aku.



johor bahru, aku harap suasana baru menyambutku
tiada apa ku harap selepas semuanya berlaku.
kalut aku
ribut aku
gelabah aku
risau aku
bahu aku memikul beban. tidak apa - apa lah, orang kata, " berat sama dipikul ringan sama dijinjing."
johor bahru, sambutlah aku dengan senyuman manis semanis manisan madu lebah.




p/s : bila kata - kata mati, berupaya bangun kembali. bila jiwa mati, ibaratnya mati keseluruhan.

tidak punya pesona lelaki

mata susah untuk tidur. mungkin banyak masa aku dihabiskan dengan tidur hari ini?
aku hanya habiskan masa di luar sahaja. ternyata kurang tidur.

waktu penenangan diri sebenarnya bukan mudah. berjalan keluar bersendirian. tiada berteman kawan. mungkin gembira tika keseorangan namun kesepian melanda. lebih dua jam beraksi sendiri, ternyata segalanya dapat aku luahkan. aku lepaskan.

aku jerit sekuat hati
aku baling batu sejauh mungkin
aku berlari sehingga keringat jatuh
aku bernafas tanpa kawalan nafsu
aku melonjak kemarahan
aku lepaskan segala perasaan tika beraksi sendiri

di halaman besar, di padang aku lepaskan segalanya. mungkin sukar untuk aku temui ketenangan tanpa lautan. aku tabahkan hati untuk beraksi di padang. mungkin itu lebih sempurna dari apa difikirkan. sejenak bersendirian. berfikir kejadian, terima kasih Ya Tuhan.
maafkan aku selama ini.
aku manusia hina.
tidak ada pesona lelaki melayu
tak hebat personaliti tak hebat peribadi
tak bermulut manis, tak berakal cendekiawan
aku baru sedar petang tadi
semua di atas itu aku



p/s : pejam mata untuk esok yang belum kelihatan. :)

BEN ASHAARI AJAK SERBU BLOG BARU



nak join cepat. sebelum pukul 12malam. haha :) klik sini

rindu tahap maksimum



sedang aku asyik berangan atas tilam, walaupun menunggu masa untuk tidur, aku teringat akan dikau wahai wanita. hati aku berdetak asyik berdetak bertanyakan
apa lah kau sedang buat di sana kan?
adakah kau merindui aku sama seperti aku?
peringatan semua itu terhadap kau semuanya ketika aku mengangankan diri kau.
rindunya tidak aku tanggung
lemah badan lemah otot lemah segalanya.
tersenyum tatkala kau pernah berada di hadapan mata kasar ku. melihat kau satu perkataan yang tak bisa aku ungkap. benar aku teramat merindui kau

CHOI SEUNG HEE

haha ketawa sinis. nama sebenar beliau Kim Tae Hee.
nak lihat gambar beliau yang membuat aku tak tertanggung rindu,
tekan sini.

manusia rindu, pegang telefon bimbit, mesej orang tersebut
orang lain pula, lihat renung tatap gambar itu selama mungkin
tapi aku berbeza, aku lihat video ini. :)



Baek Ji Young - Don't Forget (korean)

Uri seoro saranghaenneunde
Uri ije heeojineyo
Gateun haneul dareun gose isseodo
Budi nareul itji marayo
Chagaun barami sonkkeute seuchimyeon
Deullyeooneun geudae useumsori
Nae eolgul bichideon geudae dununi
Geuriwo oerowo ulgo tto ureoyo
Ipsuri gudeobeoryeoseo
Malhaji motaetdeon geu mal
Uri seoro saranghaenneunde
Uri ije heeojineyo
Gateun haneul dareun gose isseodo
Budi nareul itji marayo

Nunmuri ibeul garyeoseo
Malhaji motaetdeon geu mal
Uri seoro saranghaenneunde
Uri ije heeojineyo
Gateun haneul dareun gose isseodo
Budi nareul itji marayo

Hoksi algo innayo
Dwidoraseo gaseum jwigo geudael bonaejuneun geu saram
Geu sarami baro nayeyo
Geu sarameul saranghaejwoyo
Gateun haneul dareun gose isseodo
Eonjenganeun dorawajwoyo

Uri seoro saranghaenneunde
Uri ije heeojineyo
Gateun haneul dareun gose isseodo
Budi nareul itji marayo

Baek Ji Young - Don't Forget (english)


I know I should not have let you go
Realized too late that I love you so
And if you think it is not too much to ask
Please just keep me somewhere in your heart

The mere touch of the wind made my heart stir again
The way you laughed–just a distant memory
I once saw in your eyes myself gazing back
I cried and I cried till I just had no more tears

If only I still had the chance
I’d tell you all I long to say

If only I could turn back time

I’d tell you all I long to say

And if by chance you know I’d
Never meant to turn you away
Would you decide to come back to me?

Sorry that I was too slow to know
Sorry that I did not even show
And if you think it is not too much to ask
Think about me just from time to time

Please just keep me somewhere in your heart

p/s : ella jangan marah. haha



bukan hak kita menentu ukur

bermula semalam jantung terletak di kiri berdegup kencang. bila keputusan diumum, aku lega. mungkin aku tidak sehebat para penerima anugerah dekan sekalian, mungkin keputusan aku biasa - biasa. pada aku, apa yang dikeluarkan, itu rezeki. hasil usaha tapak tangan keringat peluh kau. kata orang, kalau kita berlari sejauh dua kilometer, kita akan berpeluh banyak.

lebih banyak usaha, lebih banyak apa hasil apa kita dapat. terima kasih Maha Esa.
aku bersyukur.

tiga minggu berlalu cukup perit pada aku
untuk mengharungi sebagai seorang manusia bernama amirulhakimmohamad sangat sukar.

di atas kerusi, aku capai bantal berbentuk segi empat tepat. aku baring di atas karpet sambil jari menekan untuk membuka televisyen. waktu petang ketika itu membuat kan aku khayal sejenak. berfikir untuk perlawanan di stadium, kawan - kawan dan komputer.

di kala angin meniup petang - petang, terlelap aku di hadapan kaca televisyen. ketiduran aku sejenak mungkin sekejap tapi keburukan aku lalui sepanjang tiga minggu di rumah.
setiap hari ada sahaja perkara berlaku. bukan menggembirakan tapi mengembalakan. sabar itu sebahagian dari iman. aku lalui segala satu persatu, hari demi hari.

sakit hati
remuk hati
redam hati
renyai hati
darah hati

aku tak tahan. memberontak!
kenapa semua berlaku pada aku?
kenapa nasib bukan sebelah aku?
Ya Allah ujian apa kau berikan pada aku?
pemilihan, kawan - kawan, kata - kata, keluarga, suara sumbang, keputusan,
semua itu menyakitkan hati aku.

dalam mimpi aku kata, aku tidak boleh memberontak.
aku siapa untuk tentukan segala ini.
mungkin ada hikmah
dalam hati aku kata, mungkin ada tapi hikmah yang aku tunggu berubah jadi dugaan
sebab itu aku ambil perilaku untuk hibernasi.
hibernasi aku untuk menyabarkan peribadi aku yang suka memberontak
sabar peribadi. sabar rohani.

bila aku sedar dari mimpi, tangan aku automatik mengurut dada. dalam hati aku terdetik
" cumanya itu adalah mimpi "
memuhasabah diri peribadi sendiri
walau terpaksa menyapu si air mata, aku gagah kan diri aku
segalanya aku hilang.

apa aku inginkan setelah hilang
Yang Maha Kuasa hadirkanlah keindahan dalam aku
kau berikan abadi setelah kenangan buruk aku alami
perilaku dosa, dusta berhubung
khayalan kau memperdayaku

tiada daya untuk aku tempuh
aku biarkan ianya hanyut berlaku dalam diri
hanyut dalam warna - warni dunia
pedihnya aku rasakan
jiwa meronta, orang lain pun dapat lihat
aku gagahkan untuk terus berdiri
nikmat, kebahagiaan, kegembiraan
kelalaian kau memperdayaku lagi
walaubagaimanapun, segala kisah berlaku
harus aku terima
selebihnya hanya berserah pada Yang Maha Kuasa
tiada apa yang aku harap
hanya keindahan abadi dapat ku temukan
yang tertulis itu adalah takdir Dia.
kita usaha habis daya.
selebihnya, "bukan hak kita menentu ukur."



tak ada hidup di depan yang mudah-mudah.
selepas jatuh, bangun, jatuh, bangun.
sampai ke mati.

p/s : choi seung hee, aku rindu kau. :)

walau jantung di kiri, ia sentiasa benar

persekitaran aku,
jujur bagai tiada makna apabila kita melafazkan.
menurut hati, jujur akan diterima akal apabila sampai tepat pada hati
bila hati menerima, memang baik.
tapi usah diikutkan hati kelak kita mati. mati bukan di liang lahad ditanam setelah dikapankan. bukan itu. mati maksud aku adalah jatuh.

bila berjumpa orang, kita tegur kenalan
tangan bersalaman, mungkin lama tak jumpa. perbualan rancak di awal nya tapi ketika mencapai pengakhiran segalanya berubah jatuh.

tersungkur.
kecewa.

jatuh kenapa?
tersungkur kenapa?
kecewa kenapa?

sebab jujur!

kadangkala di bumi ini, jujur sudah tiada makna lagi.
kadangkala jujur boleh menjatuhkan seseorang bernama sahabat
kadangkala jujur boleh membuat manusia kurang hati dengan kita
mengubah destini hati dari duka menjadi ceria bukan semudah mengikat tali kasut
sukarnya seperti menjawab soalan peperiksaan akhir tanpa belajar apa pun.
sangat sukar.

" kau terlalu jujur. tanpa jaga hati dia "

terus terang aku kata, usah hipokrit dengan diri sendiri
tidak perlu ubah segala. walau kita tidak sempurna sepenuhnya, kita lihat kondisi orang yang lebih aib dari kita. Nauzubillah.
seeloknya berdoa dengan Maha Esa berikan yang terbaik untuk manusia
usaha ke arah kebaikan
selebihnya kau serahkan pada Yang Kuasa

pemberitahuan aku
terus terang aku
jujur aku bukan berniat menyakiti hati
tapi untuk menyedarkan diri yang terlena. kau tidur dalam kelambu. nyamuk sukar mendekati lantaran itu, kau tidur tanpa di kejuti sesiapa.
bagi aku, biarlah aku tidur dikejutkan nyamuk. sekurang - kurangnya darah yang dah digigit aku ambil iktibar untuk buat yang lebih baik.

maaf dari hati kecil kerana mengasari manusia. bukan menggunakan objek tajam berlipat, tapi gunakan lidah tajam bertopengkan lidah. mungkin hati tak dapat terima kejujuran itu.

mimpi ketika tidur, jaga sebaik mungkin.
mungkin hari ini mimpi kita wangi, esok lusa mungkin busuk.
bila kau celik,
" Alhamdulillah. cumanya perkara busuk itu adalah mimpi. "


p/s : "masa akan tetap bergerak, dengan halaju yang sama. dan aku semakin gerun. "

mimpi busuk selalu berlaku, tapi mimpi wangi?

di petang yang dingin. tv aku bukak. butang merah aku picit, terpapar channel 801.
bosan.
aku ubah kepada 856 iaitu radio era.
berkumandang lagu terbaru shahir - luar biasa
aku tiru dan tampal secebis untuk korang tatap ye.

"Segala senyumanmu mengusikku
Oh mengapa
Tak terhidu
Kucupanmu berlagu merdu

Luar biasa
Landah senja suria padamu
Lalu menusukku
Luar biasa suara
Siksa membisu
Akhirnya membunuhmu"

mendalam betul lirik ini. terasa dalam hati. aku hayati penuh perasaan. baru nak sampai ke klimaks, guruh berdentum! haha
padan muka. lantas aku tutup tv dan tanggalkan plug. nasib baik hujan tak berapa lebat.
setelah reda segala, aku menekan butang pada pc dan cepat - cepat mencari lagu 'luar biasa' dan memuat turun dengan selamat.

petang itu, aku tidur di ruang tamu bertanggalkan baju. lirik itu masih terngiang - ngiang di luar bibir telinga ku. nak ku tutup tak terdaya.
dalam tidur petang ku, aku mimpikan kau.
aku cuma nak beritahu.

semalam, aku mimpikan kau.
sama seperti malam-malam sebelumnya.
dan, seperti biasa.

aku akan bangun dan kata.
"cumanya mimpi yang bukan nyata"



p/s : moga hari ini lebih sempurna dari semalam dan esok lebih mulia dari hari ini.

matahari berhenti senyum pada manusia


jatuh tak bererti diam, diam tak bererti senyap
senyap tak bererti kaku, kaku tak bererti mati.

hibernasi

berdiamkan diri di hadapan sekalian alam
setelah mulut bicara, akal memikir masa lampau
sungguh nakal anak ini
badan menjangkau besar, tapi berfikiran ke anak - anakan. yang itu tidak perlu dihuraikan

maaf Tuhan,
aku masih anak nakal.

kata orang, matahari tidak akan berhenti senyum selagi kiamat belum menjelang tiba.
benar.
matahari membantu seluruh alam dalam pernafasannya
tapi apa manusia beri pada matahari?

keganasan manusia kini begitu membara tidak lari berwajahkan binatang
rakusan hati kini tidak endah akan kesucian hati
kalau perasaan 'cinta' diberi kepada seluruh manusia,
mungkin tiada lagi keganasan
kerana cinta, manusia lebih bertimbang rasa
kerana cinta, manusia lebih berhati perut
kerana cinta, manusia lebih berdispilin
kerana cinta, manusia lebih baik dari sebelumnya
kerana cinta, manusia lebih mulia dari hina
kerana cinta, manusia lebih pandai dari bodoh
aku tak nafikan cinta penting dalam diri manusia

teramat penting.
benar.
bila manusia tiada perasaan 'cinta' dalam diri,
matahari akan berhenti tersenyum
kerakusan, keganasan merata tempat
tiada lagi keharmonian atas bumi
maka angin akan berhenti tiup setelah menurut perintah Tuannya

aku manusia biasa
maafkan aku Tuhan.
aku masih anak nakal seperti dahulu


realiti meranapkan impian tidur

semasa celik, semasa pejam dan semasa celik semula
aku ada impian
impian ketika tidur, berbeza jurang dengan impian ketika celik
tidur berlatar belakang alam fantasi
manakala celik aku harus berdepan realiti.
menempuh hari hari sukar memang rabak

benarkah dunia memupuk sial?
mungkin benar.

andai itu benar, aku pertaruhkan kita berangkat ke syurga.
dunia kini tidak adil.
dunia kini kejam
dunia kini berat sebelah.
tapi aku si kecil hina, tidak mampu menghina dunia.
pentadbiran dunia, manusia yang jaga. Maha Kuasa mencipta alam semesta untuk mencari ilmu penuh dan bekalan untuk Kelak di Akhirat
tapi dunia kini tetap salah.

menyalahkan dunia yang tiada salah, bukan dapat apa pun.
manusia yang mentadbir
mereka kan berkuasa.

aku kecil hina, mungkin tidak nampak walau si melihat memakai kaca mata berskala jumbo. bukan menghina pentadbiran kau, tapi pengurusan lambat. cekap ke begitu? jika manusia itu benar - benar layak, kurnia lah dia dengan tanggungjawab itu. bukan hendak meninggi diri, tapi terkilan kerana tanggungjawab itu tidak diberikan lantas tiada mengalir segala rasa untuk berbakti kepada kau. bukan sombong bodoh tapi pegang lah pada etika dan peraturan.

bukan mengungkit segalanya tapi realiti aku harungi.
aku tahu aku sedang terkena.
paling tidak, berilah aku peluang.
andai aku bukan pilihan kau, kenapa rakan segembira aku pun tidak dapat juga?
adakah kami di anak tiri kan?
jika aku tidak dipilih,
berilah kepada sahabatku.

tiada rezeki secara positif. terima kasih. aku terima dengan redha walau berat hati untuk mengangguk kepala tanda setuju. jantung di sebelah kiri sentiasa menggeleng - geleng melihat keputusan itu.

kata orang, ikut hati mati. ikut rasa binasa. ikut nafsu, lesu.
walau jantung di sebelah kiri, ia tetap benar.

benar.
tampar balas dunia menampar kita
sombong benar. bodoh.
haram kita sekecil memang tak terkesan
kerana tak terlekat pada dahi
maruah aku bukan maruah kau
bernafas pun lelah kerana dunia dipijak tidak lagi realiti
aku masih terkena. masih.



p/s : gambar nih kau nampak cantik dengan muncung sedepa kau.

memperbetul ludahan

apabila mencuba sesuatu yang terbaik, namun gagal
ketika inginkan apa yang di mahukan, gagal sedemikian
apabila lelah tapi jasad tak mampu untuk tidur
ketika lapar teramat namun tiada terdaya juga untuk makan
sebaliknya diri tercengkam dalam kelam
dan air mata mula mengalir
apabila kehilangan sesuatu yang kita tidak mampu untuk memutar semula
dan ketika kita mencinta seseorang setulus hati tapi sia - sia
ibarat kita curahkan makanan, kau lemparkan di tong sampah
atau mungkin lebih buruk?

yakin dengan Satu
lampu terang akan bawa kita pulang
lampu terang akan nyalakan tulang kita
dan kita mampu membantu diri sendiri




untuk kau,
"sedikit ludah terpalit pada aku ibarat gam gajah yang sukar untuk aku cabut. ludah kau kecil tapi pengisian terlalu dalam sukar untuk aku tembusi."

kelihatan malam berganti pagi. situasi berlaku setiap masa. pergerakan dari masa tak mampu kita hentikan. namun, mata kasar aku masih terpaku tidak boleh melelapkan mata.
baring di kamar. berangan itu penting. tiupkan lilin itu. gelap gelita segala.
selamat malam.

hilang kawalan masa



The Times - Hilang Kawalan
sukar bagiku menilai kamu
dalam airis mu ada syurga
mestikah aku membenci kamu
peribadi mu ku percaya

putus asa
hilang kawalannya
putus asa
kitakah puncanya

sukar bagi mu menilaikan ku
baris lagu ku ada makna
mestikah kamu mendustaiku
teman baikmu selamanya

putus asa hilang kawalan nya
putus asa kita kah puncanya

terima walau di ludah bunga

hilang kumbang seekor, datang kumbang baru.
aku mahu timbulkan satu persoalan?
kumbang pandai memikat ke?

andai kumbang pandai memikat. pemujuk hati. setia. beruntunglah siapa menerima kumbang itu. tapi siapa yang dapat? adakah bunga?

orang kata, 'bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor'
benar kata pepatah tu. tapi andaikan aku terbalik kan,

'sebab bunga bukan sekuntum lah yang kumbang mahukan'

tetapi bunga yang memaki hamun kumbang selepas kumbang sanggup bergadai seluruh raga kumbang, bunga itu satu dalam sejuta ke? kalau takut dilambung ombak, usah tampal batu bata tepi pantai. sendiri makan, diri kita rasa pahitnya. wahai bunga, kasihan aku melihat kumbang kau atau erti kata lain, bekas kumbang kau. kenapa kau benci dengan tingkah laku?

bukan niat sebelahkan pihak

sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula baru bersama beberapa ketika. asam garam kehidupan, perang dingin, perang mulut, itu perkara biasa. kasihan melihat kumbang.

nasihat aku

usah balas makian dilemparkan
usah balas tahi ditaburkan
usah balas cili dicampakkan
usah balas periuk api ditanamkan
usah balas segalanya dengan perilaku buruk

lelaki kalau baran anginnya satu badan.
kawal nafsu. jaga perilaku.
doa yang terbaik. kumbang terima segalanya.
selebihnya serahkan segalanya pada Maha Kuasa.

aku cuma menasihat.
aku bukan sempurna
nasihat untuk kumbang macam kau,
terkena dalam diri aku jugak.
iktibar kita ambil, pagar kita hias teladan. kalau salah maafkan dirinya. bunga bukan tahu apa - apa. bunga yang hanya tahu gembira, tidak kenal erti sedih, bukan itu untuk kau. aku berani pertaruh. bunga yang sanggup terima kumbang seadanya
itulah patut kumbang bersyukur.
cakap terima kasih

cukup. aku memang kejam.
ludah kau tajam.



untuk kawan aku yang tak perlu dilabel siapa. :)
aku harap kau boleh senyum sebab kau lelaki.

rapatkan kejauhan

Jangan takut untuk apa pun
Jangan malu tetapi tidak pernah percuma
Kehidupan untuk menyembuhkan patah hati dengan semua yang mampu
Tinggal hidup sehingga tanpa henti
Melihat di luar apa yang orang lain melihat
Aku cuba untuk menyembuhkan patah hati dengan semua yang aku mampu

Adakah kau tinggal?
Adakah kau tinggal pergi selamanya?
Bagaimana cara hidup tanpa yang aku cinta?
Waktu masih menukar halaman dari buku itu terbakar
Tempat dan waktu selalu di fikiran.
Aku punya begitu banyak berbicara tapi kau begitu jauh
Rencana dari apa masa depan terus kita capai
Bodoh kebohongan bertambah tua
Nampaknya kita begitu tak terkalahkan
kebenaran ini begitu dingin
Sebuah lagu terkini, permintaan terakhir
Sebuah bab yang sempurna dikebumikan
Sekarang dan kemudian aku cuba untuk mencari tempat di fikiranku


bukan mudah menerjah kaca di telapak kaki. :)

berangan yang aku impikan

berangan susah nak buat tau. perlu ambil masa beberapa tahun untuk khatam kisah berangan itu.
perlu ke?

setiap kali baring,
setiap aku golek atas tilam berangan adalah perkara pertama aku impikan
pernah aku berangan untuk memiliki macam macam
itu lah. seandainya

mimpi seindah mata melihat,

aku manusia pertama akan sentiasa tidur dan mencari segala mimpi indah.
pelbagai anganan ku sentiasa jauh dari lapangan dan kotak pemikiran. dan mungkin yang tak tercapai dari akalku. haha hendak mencapai sesuatu perkara tersangatlah bukan mudah.

apa aku inginkan tidak pernah tercapai

malah aku sering ditolak ketepi dan nasib pahit menimpa sentiasa. itulah diri aku. suatu petang, bila selesai melipat sejadah, katil lah menjadi tempat permainanku. peniduran ku selama beberapa ketika didatangi mimpi bukan bukan. bersulam dengan itu, kisah kami bercelaru. kerana kesilapan kecil, keterlaluan berfikiran jauh, kami berantakan seketika.

aku berfikir secara manual. secara rasional, ada kena mengena dengan apa aku angankan dan mimpikan kot. takkan lah kerana sekecil bata kita begini cara? hati ini tak boleh terang andai perlakuan kita begini.

kawan berkata, usahlah pecaya mimpi itu. pedulikan beliau di situ.
tapi benar.

lagi sekali,
aku dah terkena. sedang.


p/s : aku mintak maaf segala kesilapan tingkahlaku buruk yang buat kau kecewa

nasib pahit aku telan

manusia yang nak menjatuhkan memang ada.
tak perlu label siapa pun dia.

ada.

dan memang saat kena rasa nak berambus dari hidup yang sesak.
tapi kalau hidup mudah-mudah dan tak ada manusia rupa itu.
tak ada antara kita yang sedar Yang Kuasa ada.

aku tak rasa sakit, tak perlu merasa pedih atas onar orang terhadap kita jika kita adalah benar
adat hidup
ditendang diterajang bila tak nampak berharga
dijulang digilap bila diperlukan bersedialah
cuma jangan cepat mengalah.
hidup bukan kerana sanjungan, mati bukan kerana kejian. Kalau marahkan nyamuk,janganlah dibakar kelambunya.
Nanti tak pasal-pasal satu rumah musnah. "Dalam seorang dua yang menyakitkan hatimu,
masih ada ramai di sini yang suka kehadiranmu." Jangan kerana satu insiden yang menyakitkan hati, anda terlupa untuk melihat 'the bigger picture' yang rupanya lebih banyak keindahan dari kecacatannya.

sekarang kini,
andai mahu berjaya
andai mahu duduk di atas
andai mahu dijunjung
andai mahu disanjung
andai mahu dipandang mulia
andai mahu dilihat berketrampilan, berwawasan
andai mahu ditengok hebat
andai mahu dilihat beza dari yang lain
andai mahu dihormati segenap masyarakat
andai mahu di hadapan 26 juta masyarakat
andai mahu dilihat kelakar,

"apa yang anda perlu buat ialah
jatuhkan atau pijak rakan/kawan
atau sesiapa yang anda rasa pencabar atau lebih dari anda."

Busuk hati.

Aku dah terkena. Sedang.



terima kasih atas kuota. :)

rungkai guna akal namun tak temui bahagia

apa kau rasa bila nasib bukan sebelah kita?
apa kau rasa di anak tirikan?
dan apa kau rasamilik kita hak prang lain?

marah?

eh tak ada guna lah kalau kau yang tak punya kuasa untuk mentadbir semua! haha semua terjadi kat aku. sebab itu, datang lah masalah kepada ku, larilah kebahagiaan dalam hidupku. haha menepis masalah bukan mudah.

bertimpa-timpa. macam setiap pagi seorang makcik ke perigi untuk menimba air dengan niat untuk mandi. kesian kan? apabila air yang dibawa balik ke rumah terjatuh di tengah jalan? mengarut kalau aku bole menepis masalah itu sekelip mata.

terpaksa.

itu kata dalam badan. kata hati, memang itu yang kita perlu buat. senyum? orang dah tak pandang muka kita, apatah lagi melihat dengan mata kasar mahupun halus. terima kasih sahaja lah. haha aku ambil inisiatif untuk menepis masalah satu persatu. rahsia aku susun rapi-rapi dan molek-molek semoga bom aku tanam tak siapa kesan!

benar, apa kita hajatkan, tak akan sekelip mata kita capai. usaha berterusan. tapi jika dah sehabis daya usaha, tawakal. redha dengan penerimaan. aku terima segalanya. terima kasih Allah. walaupun nasib bukan sebelah aku. mungkin ada hikmah? itu naluri aku yang suci cakap. kalau naluri busuk aku kata? haha biasa lah.

bukan terpilih. itulah aku.
sedih dengan diri sendiri?

teramat.

tapi tak bisa. sebab, diri kita, usaha kita.
kenapa nak sedih dengan apa kita dapat kan?
berat sebelah dikenakan memang sakit. sakit di bahu, mana ada orang sanggup ngendongkan untuk aku? haha berat sebelah kuputusan itu!

aku mampu apa?

marah?

haha jangan marah. ingat tau, kerana mulut badan binasa. aku tahu itu semua. habis kenapa nasib bukan sebelah aku? sabar. mungkin ada hikmahnya. kau akan jumpa kelak. aku cari segenap kesalahan, mungkin diri sendiri tak punya kuasa untuk melihat tapi mata kasar orang lain?

aku memang keji.
aku mengaku.

nyalakan lampu, padamkan lilin.
terima kasih air mata kerana aku sapu kau sekali lagi.


kemaafan dendam yang terindah

sibuk lah masalah

sibuk betul kebelakangan ini. segala masalah aku terima. aku hadap dari masa ke semasa. aku cuba rungkai, tapi tak beupaya.

masalah melanda selalu
tabahkan hati untuk teruskan hidup.
sudah biasa kena dengan semua ini.
terima kasih pada semua

pada semua yang menambah masalah
pada semua yang merumit masalah
pada semua yang terlibat dengan masalah
haha

gelak hadap ini semua

sebab aku tak mampu

haha

terima kasih
mencari dalam gelap memang sukar
nyalakan lilin terangkan lampu untuk aku
aku bernafas dalam lemas. :)