walau jantung di kiri, ia sentiasa benar

persekitaran aku,
jujur bagai tiada makna apabila kita melafazkan.
menurut hati, jujur akan diterima akal apabila sampai tepat pada hati
bila hati menerima, memang baik.
tapi usah diikutkan hati kelak kita mati. mati bukan di liang lahad ditanam setelah dikapankan. bukan itu. mati maksud aku adalah jatuh.

bila berjumpa orang, kita tegur kenalan
tangan bersalaman, mungkin lama tak jumpa. perbualan rancak di awal nya tapi ketika mencapai pengakhiran segalanya berubah jatuh.

tersungkur.
kecewa.

jatuh kenapa?
tersungkur kenapa?
kecewa kenapa?

sebab jujur!

kadangkala di bumi ini, jujur sudah tiada makna lagi.
kadangkala jujur boleh menjatuhkan seseorang bernama sahabat
kadangkala jujur boleh membuat manusia kurang hati dengan kita
mengubah destini hati dari duka menjadi ceria bukan semudah mengikat tali kasut
sukarnya seperti menjawab soalan peperiksaan akhir tanpa belajar apa pun.
sangat sukar.

" kau terlalu jujur. tanpa jaga hati dia "

terus terang aku kata, usah hipokrit dengan diri sendiri
tidak perlu ubah segala. walau kita tidak sempurna sepenuhnya, kita lihat kondisi orang yang lebih aib dari kita. Nauzubillah.
seeloknya berdoa dengan Maha Esa berikan yang terbaik untuk manusia
usaha ke arah kebaikan
selebihnya kau serahkan pada Yang Kuasa

pemberitahuan aku
terus terang aku
jujur aku bukan berniat menyakiti hati
tapi untuk menyedarkan diri yang terlena. kau tidur dalam kelambu. nyamuk sukar mendekati lantaran itu, kau tidur tanpa di kejuti sesiapa.
bagi aku, biarlah aku tidur dikejutkan nyamuk. sekurang - kurangnya darah yang dah digigit aku ambil iktibar untuk buat yang lebih baik.

maaf dari hati kecil kerana mengasari manusia. bukan menggunakan objek tajam berlipat, tapi gunakan lidah tajam bertopengkan lidah. mungkin hati tak dapat terima kejujuran itu.

mimpi ketika tidur, jaga sebaik mungkin.
mungkin hari ini mimpi kita wangi, esok lusa mungkin busuk.
bila kau celik,
" Alhamdulillah. cumanya perkara busuk itu adalah mimpi. "


p/s : "masa akan tetap bergerak, dengan halaju yang sama. dan aku semakin gerun. "

2 comments:

  1. kita selalu nak mimpikan swan, sedang ugly duckling tunggu untuk dimimpikan. mungkin ugly duckling yang kita mimpikan akan jadi swan. siapa tau?

    ReplyDelete
  2. hahaha betul2. ingat senang ke nk mimpikan swan. eh, kalau tidur tak basuh kaki un tak semestinya kita dpt mimpi swan kan?

    ReplyDelete