realiti meranapkan impian tidur

semasa celik, semasa pejam dan semasa celik semula
aku ada impian
impian ketika tidur, berbeza jurang dengan impian ketika celik
tidur berlatar belakang alam fantasi
manakala celik aku harus berdepan realiti.
menempuh hari hari sukar memang rabak

benarkah dunia memupuk sial?
mungkin benar.

andai itu benar, aku pertaruhkan kita berangkat ke syurga.
dunia kini tidak adil.
dunia kini kejam
dunia kini berat sebelah.
tapi aku si kecil hina, tidak mampu menghina dunia.
pentadbiran dunia, manusia yang jaga. Maha Kuasa mencipta alam semesta untuk mencari ilmu penuh dan bekalan untuk Kelak di Akhirat
tapi dunia kini tetap salah.

menyalahkan dunia yang tiada salah, bukan dapat apa pun.
manusia yang mentadbir
mereka kan berkuasa.

aku kecil hina, mungkin tidak nampak walau si melihat memakai kaca mata berskala jumbo. bukan menghina pentadbiran kau, tapi pengurusan lambat. cekap ke begitu? jika manusia itu benar - benar layak, kurnia lah dia dengan tanggungjawab itu. bukan hendak meninggi diri, tapi terkilan kerana tanggungjawab itu tidak diberikan lantas tiada mengalir segala rasa untuk berbakti kepada kau. bukan sombong bodoh tapi pegang lah pada etika dan peraturan.

bukan mengungkit segalanya tapi realiti aku harungi.
aku tahu aku sedang terkena.
paling tidak, berilah aku peluang.
andai aku bukan pilihan kau, kenapa rakan segembira aku pun tidak dapat juga?
adakah kami di anak tiri kan?
jika aku tidak dipilih,
berilah kepada sahabatku.

tiada rezeki secara positif. terima kasih. aku terima dengan redha walau berat hati untuk mengangguk kepala tanda setuju. jantung di sebelah kiri sentiasa menggeleng - geleng melihat keputusan itu.

kata orang, ikut hati mati. ikut rasa binasa. ikut nafsu, lesu.
walau jantung di sebelah kiri, ia tetap benar.

benar.
tampar balas dunia menampar kita
sombong benar. bodoh.
haram kita sekecil memang tak terkesan
kerana tak terlekat pada dahi
maruah aku bukan maruah kau
bernafas pun lelah kerana dunia dipijak tidak lagi realiti
aku masih terkena. masih.



p/s : gambar nih kau nampak cantik dengan muncung sedepa kau.

10 comments:

  1. amboi romantik lagi budak nih ,haiyaa :))

    ReplyDelete
  2. ceyh , pic tuh takleyh belah .
    muncung itik !

    wakakakaa

    ReplyDelete
  3. hahaha tu pic membe aku. die mmg comel dok! haha

    ReplyDelete
  4. Dtg singgah sini.. Wahpnjg2 semua entri..pndai bermain dgn bhasa betul..huhu

    ReplyDelete
  5. wah, rajin menulis mcm ne.
    pndai guna bahasa. hehe.
    =)

    ReplyDelete
  6. hahahahah ape lah syazana nih.wek2. :P

    ReplyDelete
  7. hahahahaha tak sweet pun lah nurelle

    ReplyDelete