tidak punya pesona lelaki

mata susah untuk tidur. mungkin banyak masa aku dihabiskan dengan tidur hari ini?
aku hanya habiskan masa di luar sahaja. ternyata kurang tidur.

waktu penenangan diri sebenarnya bukan mudah. berjalan keluar bersendirian. tiada berteman kawan. mungkin gembira tika keseorangan namun kesepian melanda. lebih dua jam beraksi sendiri, ternyata segalanya dapat aku luahkan. aku lepaskan.

aku jerit sekuat hati
aku baling batu sejauh mungkin
aku berlari sehingga keringat jatuh
aku bernafas tanpa kawalan nafsu
aku melonjak kemarahan
aku lepaskan segala perasaan tika beraksi sendiri

di halaman besar, di padang aku lepaskan segalanya. mungkin sukar untuk aku temui ketenangan tanpa lautan. aku tabahkan hati untuk beraksi di padang. mungkin itu lebih sempurna dari apa difikirkan. sejenak bersendirian. berfikir kejadian, terima kasih Ya Tuhan.
maafkan aku selama ini.
aku manusia hina.
tidak ada pesona lelaki melayu
tak hebat personaliti tak hebat peribadi
tak bermulut manis, tak berakal cendekiawan
aku baru sedar petang tadi
semua di atas itu aku



p/s : pejam mata untuk esok yang belum kelihatan. :)

4 comments: