bukan hak kita menentu ukur

bermula semalam jantung terletak di kiri berdegup kencang. bila keputusan diumum, aku lega. mungkin aku tidak sehebat para penerima anugerah dekan sekalian, mungkin keputusan aku biasa - biasa. pada aku, apa yang dikeluarkan, itu rezeki. hasil usaha tapak tangan keringat peluh kau. kata orang, kalau kita berlari sejauh dua kilometer, kita akan berpeluh banyak.

lebih banyak usaha, lebih banyak apa hasil apa kita dapat. terima kasih Maha Esa.
aku bersyukur.

tiga minggu berlalu cukup perit pada aku
untuk mengharungi sebagai seorang manusia bernama amirulhakimmohamad sangat sukar.

di atas kerusi, aku capai bantal berbentuk segi empat tepat. aku baring di atas karpet sambil jari menekan untuk membuka televisyen. waktu petang ketika itu membuat kan aku khayal sejenak. berfikir untuk perlawanan di stadium, kawan - kawan dan komputer.

di kala angin meniup petang - petang, terlelap aku di hadapan kaca televisyen. ketiduran aku sejenak mungkin sekejap tapi keburukan aku lalui sepanjang tiga minggu di rumah.
setiap hari ada sahaja perkara berlaku. bukan menggembirakan tapi mengembalakan. sabar itu sebahagian dari iman. aku lalui segala satu persatu, hari demi hari.

sakit hati
remuk hati
redam hati
renyai hati
darah hati

aku tak tahan. memberontak!
kenapa semua berlaku pada aku?
kenapa nasib bukan sebelah aku?
Ya Allah ujian apa kau berikan pada aku?
pemilihan, kawan - kawan, kata - kata, keluarga, suara sumbang, keputusan,
semua itu menyakitkan hati aku.

dalam mimpi aku kata, aku tidak boleh memberontak.
aku siapa untuk tentukan segala ini.
mungkin ada hikmah
dalam hati aku kata, mungkin ada tapi hikmah yang aku tunggu berubah jadi dugaan
sebab itu aku ambil perilaku untuk hibernasi.
hibernasi aku untuk menyabarkan peribadi aku yang suka memberontak
sabar peribadi. sabar rohani.

bila aku sedar dari mimpi, tangan aku automatik mengurut dada. dalam hati aku terdetik
" cumanya itu adalah mimpi "
memuhasabah diri peribadi sendiri
walau terpaksa menyapu si air mata, aku gagah kan diri aku
segalanya aku hilang.

apa aku inginkan setelah hilang
Yang Maha Kuasa hadirkanlah keindahan dalam aku
kau berikan abadi setelah kenangan buruk aku alami
perilaku dosa, dusta berhubung
khayalan kau memperdayaku

tiada daya untuk aku tempuh
aku biarkan ianya hanyut berlaku dalam diri
hanyut dalam warna - warni dunia
pedihnya aku rasakan
jiwa meronta, orang lain pun dapat lihat
aku gagahkan untuk terus berdiri
nikmat, kebahagiaan, kegembiraan
kelalaian kau memperdayaku lagi
walaubagaimanapun, segala kisah berlaku
harus aku terima
selebihnya hanya berserah pada Yang Maha Kuasa
tiada apa yang aku harap
hanya keindahan abadi dapat ku temukan
yang tertulis itu adalah takdir Dia.
kita usaha habis daya.
selebihnya, "bukan hak kita menentu ukur."



tak ada hidup di depan yang mudah-mudah.
selepas jatuh, bangun, jatuh, bangun.
sampai ke mati.

p/s : choi seung hee, aku rindu kau. :)

No comments:

Post a Comment