cerita nenek aku simpulkan, pulanglah.



setiap hari nenek itu menangis
setiap hari nenek hendak pulang
pulang ke mana? pulang ke kampung.

bisik kecil hati,
"cucu, nenek nak balik kampung, boleh?"

tapi nenek tak mampu bersuara
nenek boleh berisyarat sahaja
tetapi nenek itu diherdik
katanya, nenek nanti berseorang
usah sibuk hal nenek

nenek takut

takut kenapa bila ditanya?
nenek takut pembangunan pesat di kota.
nenek takut asap tebal masuk badan nenek.
nenek bising bingitnya bunyi di kota.
nenek takut kerana anak zaman sekarang berlumba mengejar kekayaan.
nenek takut perlumbaan itu pemenangnya adalah duit, bukan pahala.
nenek risau, anak cucu tiada adat melayu Islam dalam diri lagi.
nenek sedih cu.

biarlah nenek pulang
ayam
petai
jering
udara kampung semua menunggu nenek
nenek nak pulang, cu.
maafkan nenek.


pelayaran aku selama hampir 3 tahun hampir tamat
usah dikira bagaimana permulaannya,
tapi nilailah bagaimana kita akhirinya.
aku sulamkan juta juta kenangan kerana apa yang aku bawa pulang hanya baju siap untuk dipakai
bila teringat, aku kesat air mata.
maafkan aku untuk semuanya.





kena caranya


lepas satu, satu. lepas ini, itu
menulis kosong, biasanya terkesan bila bercakap
nampak sunyi
nampak kelam
nampak kosong
nampak makin senyap
nampak hitam
nampak gelap

andai bacaan diteruskan

mencuba, bercakap, melepaskan perasaan, melunaskan dendam.
menjerit
memekik
pekakkan telinga mereka

baru tidak lagi sunyi
tidak lagi senyap
tidak lagi kelam
tidak lagi gelap
tidak lagi hitam

sebenarnya apabila menjerit, apabila melepaskan sesuatu terpendam, dan selepas itu juga, energi dan kuasa tindakbalas mazmumah keluar, mahmudah tenang masuk dalamnya. sesaat kita senyap, sesaat kita mendengar bunyi kosong, hati kita sedang beransur pulih.

bila bercakap puisi,
bila mendeklamasikannya,
mulut lantang menjerit!
tangan lincah ke hadapan bebas bergerak
seperti menumbuk
memukul sesuatu,
ianya masih halimunan

melepaskan marah itu dengan cara yang betul,
hati aku tenang
menjadi sayu
ucapan pendek tapi berulang,
"alhamdulillah, terima kasih Allah"