#157



kail kita yang panjang sejengkal jangan lautan dalam kita duga
hati kita yang mudah carik, jangan hati singa yang kita duga
dalam perawan yang belum kembang,
belum pudar dari sakitnya racing. 

semalam aku silap



semalam aku silap,
terjahan dalam hati rajuknya sampai hari ini
jasad yang di import tak sama dengan dibeli

semalam aku silap,
burung yang kita sangka jadi teman bicara
semalam mampu menjadi garuda paling bengis antara singa

semalam aku silap,
hati yang belum diterajui, diusik dengan canda ganas
tiada berubah, tiada terubat, semuanya sudah lepas

semalam aku silap,
hantar kedai hati untuk merawat pun belum tentu doktor setuju
melihat keegoan di samping lemas tapi belum kemas sebab buntu

semalam aku silap,
berpesan tanda ingatan, tiada wujud lagi.
teringat pada seseorang pun masih dipersalah lagi.

seorang perempuan matang berkata lantang,
'berfikir dahulu sebelum buat. pakai otak anjing. kau memang bodoh'

bisikan lembut, 
ditepis professional,
cara matang.
kenapa berlari andaikata ianya mahu diselesaikan penuh?

otak anjing ini yang bodoh
tuding jari pada otak anjing ini
dan beritahu semua orang, kau tak silap. tapi aku yang silap.
semalam.



#156



berpaling untuk mendengar instrumental 
adalah jalan terbaik dari mendengar hard metal.
ia belum terhenti di sini.

sebelum ia



sebelum ia berlaku
sudah diri berfikir tentang kebaikan dan keburukan
sebelum ia berlaku
sudah aku fikir pro dan con nya
sebelum ia berlaku
sudah aku fikir masa lampau

semasa ia berlaku,
hati dalam yang mampu jerit
'cukup, jangan tambah lagi luka di hati'

cukup, jangan dusta lagi
cukup, jangan khianat lagi
cukup, jangan permain lagi
cukup, jangan syakwalsangka lagi

selepas ia berlaku,
biar aku bawa diri untuk lenturkan sempurna
selepas ia berlaku,
biarkan diri sendiri menjadi kawan terhebat
selepas ia berlaku,
aku melihat masa hadapan

walaupun kabur, pria yang sentiasa menjadi penanggung sanggup berdepan musibah.
mungkin ada hikmah.
mungkin.


dari venusia



'esok seperti semalaman yang tak berubah. kaulah tanda tanya. kau tiada titik noktah'

gaya ayu yang berjalan,
senyum ayu yang menikam
ketawa ayu yang pertama membunuh
larian ayu yang jengkel tapi lucu
dari dulu sampai hari ini, belum ada tercalit ayu

sebelum bermula detik pintu terbuka,
kau pernah beritahu yang kekosongan kau sudah cukup untuk menerangi hidup itu
tapi aku tafsirkan ianya sebalik.
dan ianya indah jika kekosongan terang
berganti gembira indah dalam gelap

kau tahu bukan bagaimana untuk senyumkan aku?
kau tahu bukan bagaimana untuk ketawakan aku?
senyum hanya dari kelopak
dan senyum itu bunga yang terhasil dari kelopak bukan?
ikut firasat hati,
izinkan aku gelapkan dunia kau sebentar?
untuk aku beri sesuatu yang bersama ku
yang mereka panggil 'cinta'

"tiada jarak pemisah lagi. tiada tabir sempadan budi aku terima dan jua memberi seikhlas hati. seribu tahun dan sejuta langkah seribu tahun bersinar cinta. kita bertemu di penghujung rindu" - Penghujung Rindu

kau tahu apa perbezaan kau dengan KLCC?
kau simpan cerita ini baik-baik. kerana cerita itu, hanya kita

satu cerita aku padamkan,
sampai lagi satu cerita, untuk aku sulamkan. sampai habis.

ini permulaan. ambil apa yang telah dipijak,
dan junjungnya atas kepala. 
biar mereka menghunus,
biar mereka mendengus
biar mereka mencaci
seperti dulu. ianya masih kita - kita.
sampai monyet boleh tersenyum riang, dan selagi katak masih melompat
ia belum tandus cintanya.
helaian senda, kita bermesra.
masih.


gracias srikandi. 






















#155



gerhana yang kita cari bukan dalam genggaman
gerhana itu panas
malapetaka yang kita cari sentiasa digenggam
sesalan kita dapat, malapetaka berdiam diri
sebab itu, malang tak berbau

tak mudah untuk kita
dalam persahabatan, menangis ketawa
terbongkar satu rahsia, tak semuanya dapat dibongkar
dalam masa tercalit,
terbukti. ramai pengikut.
termasuk dalam diam.

namun, dalam seksa kita masih senyum.



#154



bunyi gendangan itu dalam hati masih terbuak rasa suka
suka pada kau

walau kita belum bersemuka, 
walau kau belum melangkah untuk meninggalkan,
hati aku dah mula rasa sebak.

#153




tiada tergamaknya dalam hati untuk mengimbau sempadan
pergi pulang ke sempadan lama
kerana sempadan baru kita sedang meneliti.

#152



kita belum menjelajah seluruh hati manusia. mana mungkin kita kenal manusia itu keseluruhan. usah mengikut hipotesis awalan kerana pasti di tengah jalan ada pemboleh ubah yang mampu manipulasi, bertindak balas dan malar untuk merubah pengenalan hati tersebut. 

#151



'kalau cinta berakhir musnahlah segalanya
kalau kau pergi dulu tiadalah ertinya' - Dua Insan Bercinta

sewaktu belakang




dalam tiga langkahan, kita menoleh kiri dan kana
mimpi yang dirungkai, tak sama dengan jajahan hati
hari ini jadi penentu sejarah
hari ini jadi hari siulan
dan hari ini masih dalam sejarah
kita yang memandang dalam ribuang pelangi
pasti tertarik dalam satu pelangi yang datang
ianya pada waktu petang

walau langkahan ku sebelum ini dikhuatiri
walau pijakan aku selama ini dimusykili
walau senyuman aku sejurus ini diragukan
selepas ini aku yakinkan kau
dengan pulangan berbaloi.
semuanya dalam genggaman,
izinkan dan tempatkan satu ruang untuk aku diami
dalam masa yang sama untuk aku mengilai
dalam terbang, kita berimaginasi

masuk dalam satu pintu,
kita dendangkan lagu damai. di situ hanya masing-masing. hanya kita.

skrol


Legasi BM111, batch 4 UiTM Johor Bahru kami teruskan sampai ke genggaman skrol. tahniah kawan - kawan!