#64

mana ada sebelum tidur kita boleh mimpi menarik
bangun esok pagi, mimpi itu jadi realiti
mana ada
kan mimpitakseindahmatamelihat. kan?

Shila Amzah - Deja Vu

Aku bukan lemah tanpa cinta
Hanya tidak mampu sendiri tanpanya
Biarkan aku menangis kerna derita
Dia hadir mengubatkan rindu
Mengajarkan aku erti cinta
Namun semua tidak seindah ku sangka
[Chorus]
Dialah yang aku inginkan
Dia cinta yang kudambakan
Namun semua hanya tinggal mimpi
Terpisahnya cinta
Aku harus melupakannya
Aku harus memadam rasa
Namun hati tidak pernah mampu
Melepas kau pergi
Setelah sedar dari mimpi
Harus ku terus hidup tanpamu
Kini ku pasrah segalanya
Tentang cinta



#63

siapa cakap terlambat?
ia masih awal dan belum terlambat
meminta maaf setiap saat pun boleh,
apa lagi kau takutkan?

senang cerita, pergi

daripada duduk, kau berdiri mencari tempat berteduh
dari situ, kau berpayungkan pokok duit
sampai duit itu bertaburan dan kau mengutipnya penuh sindiran
kau toleh pokok ku di kiri
nyata tiada dedaun duit pun di atas untuk kau berteduh
semuanya berpayungkan kemiskinan

pernah surat sampai utus bertulis
aku mengajar seorang perempuan dengan kemiskinan supaya
dia selesa dengan ku kelak
dia bahagia kelak
dia terpelajar dengan kesusahan

susah sangat ke untuk mengajar?
dan payah sangat ke untuk belajar menerima?
setiap orang punya cara tersendiri
dan cara aku bukan stereotype
bukan sama tapi lain dari yang lain

bijak membaca tidak sebijak akal kalau tuli fikirannya



#62

boleh tak kau nampak semua klu yang aku berikan?
boleh kan kau faham?
bijak membaca tidak sebijak akal kalau tuli fikirannya

#61

kalau bandar itu semakin sejuk, lebih baik kita bergerak
kalau bandar semakin panas, elok kita berpindah
untuk kali terakhir,
sebelum tersenyum semula, kenang masa kita senyum dulu

#60

harga sebuah rahsia dalam dada lebih mahal
dari harga sekeping mahar
bukan nak kata apa, kalau rahsia diberitahu sampai orang lain pun tahu
ia bukan lagi mahal
dan tiada rahsia sebenarnya
semua orang berhak simpan pekung masing - masing

#59

dari awal duduk sampai hari ini
semuanya buat aku tak senang duduk
mendongak pun payah apa lagi menoleh kiri kanan
perkara mudah, tunduk ke bawah
hina kan?

#58

beratnya hukuman itu sehingga aku dilarang untuk 
memulakan sekali lagi
walaupun masih

tiga titik noktah pun belum tentu boleh matikan sepotong kalimah

#57

cinta
pemutusan
kawan
jelik
semuanya mengambil sebanyak masa untuk pulih
dari kecederaan.
walau ianya masih 'cinta'

rakaman aku hanya penulisan

rakaman aku hanya penulisan
bukan cakera padat
bukan kamera ber-mega pixel tinggi
mahupun rakaman ber-definisi tinggi

semua yang aku perlukan,
diari Radhiolama dan sebatang pen untuk dicerca
dalam penulisan pendek

rakaman buku selalu aku mainkan bila punya waktu terluang
aku tidak bosan
walau menghadap beribu baris ayat
lebih - lebih lagi kutuk yan berkias klasik prosa nya

#56

setiap hari aku berjalan, aku berfikir, 
aku cari tempat duduk berangin,
aku menulis segenap penglihatan aku dalam bentuk penulisan

#55

macam mana nak senyum kalau kau yang kusutkan masai itu?
macam mana nak gembira kalau pahit itu kau tuangkan
sampai masam berbau pekung
hinanya si pemangsa

#54

kerana sebutir ayat pusing
kerana kata - kata penyelamat diri
kerana cercaan kotor

manusia mudah melupakan sedekad kenangan pahit manis susah senang

#53

aku berdiri dalam talian
aku berlari dalam balapan
aku duduk dalam kangkangan
pegang satu ayat, 
apa ku buat bukan terhandal bukan terkuat
cuma teguh kukuh sebab baru aku buat.

pegang itu.

#52

dinaik dalam status, 
tudingan itu ke atas aku
apa katanya? cuci tangan sebelum menunjuk pada orang itu?
apa yang belum aku cuci sedangkan hari-hari aku mandi

#51

di talian cinta kita,
tidak semestinya kita akan bercakap dengan insan yang betul
mana tahu, salah panggilan
yang membuat kita untuk memanggil lagi.

#50

anugerah itu, anugerah terindah
takdir itu, sudah ditentukan
pertemuan itu bukan tersangka
perpisahan seterusnya masih takdir penentu segala

#49

kenapa kita perlu meniru cara orang lain?
kenapa kita perlu stereotype?
kenapa kita perlu mencuri idea orang lain?
sampai dalam percintaan pun,
kenapa kita masih nak jadi seperti orang lain?
hanya aku, kau, apa kata kita bina sesuatu yang baru
bahagia kita simpan, hanya kita rasa

#48

semalam tarikh berperistiwa
kau aku jumpa, perjumpaan kita hanya kita - kita
sampai hari ini,
belatnya cubitan kau masih terasa di tangan dan perut
itu yang merindukan-mu

#47

tiada apa yang dibuat
tiada apa perlu dilepaskan
aku cuma tidak mampu mengalihkan pandangan tajam kepada ayumu

#46

perempuan itu ayu!
berfikir sejenak, gelembung awan keluar dari sesawang
'kenapa aku panggil dia ayu?'
sebab sifat semulajadinya buat dia ayu
ditambah si pemakai tudung bawal, tanpa make up, sopannya dijaga, tiada yang terjerut semua longgar pakaiannya, tidak mengenakan seluar jeans dan menunjukkan diri sendiri tiada lakonan

i adore u. 

#45

hari ini Allah tunjuk sesuatu pada aku
walau sedih tak tertahan, namun aku tetap menahan
sabar, tabah
mungkin ada hikmah berlaku

lagu menceritakan

bila dihayati lagu ini
di gubah bahasanya
memahami kefahaman maksudnya
lagu menceritakan hati

#44

antara perkataan fobia aku, 
'I love You'
'aku sayang kau'
semua melibatkan perasaan mudah dikotak katikkan
sebab itu aku lebih gemar,
'I adore You'
'aku meminati mu'

#43


aku melihat diri dalam setiap perkataan yang kau katakan
Kadang-kadang ia merasakan seperti tiada siapa yang dapat faham
Terperangkap di dalam dunia di mana semua orang benci aku
Ada banyak yang aku lalui
aku tidak akan berada di sini jika ia bukan untuk Mu

#42

pada mulanya aku ingin memberitahumu
kerana kamu, hidup aku punyai tujuan
kau telah membantu ku menjadi aku siapa hari ini

dasar pengikut

dari dulu sampai hari ini
dari dua ribu sebelas sampai dua ribu dua belas
dari perdebatan sampai perkenalan
dari senyum tertawa gelak 
sampai gaduh pecah hening senja

aku masih mengikutmu
walau kau sudah berpaling
bukan aku nak tunjuk pada dunia kejinya aku
asalkan buruk baik ku kau dah baca, aku salut
peri pasar dalam rimas mencari rambutan,
mesti kau tertanya masa kan itu soalan?
tentang buruk di hadapan adakah itu zahir?

pusingan lengkap satu ayat dah berpaling satu fikir
satu ayat buruk di hadapan menunjukkan riak baik di belakang
hanya jauhari yang mengenal manikam
begitu juga, zahirnya buruk biar kau melihat
sebelum tragisnya kelak
biar sekarang, biar jumpa penawar sekarang sebelum melarat sampai angkasa depan

cinta kita bagaikan fantasi
menari-nari di tiang pokok
di situ kau, aku dan imaginasi

itu dia!
aku dah nampak permukaan realiti sikit
alhamdulillah

#41

ini perasaan terbaik,
tiada salah laku,
sifar perangai busuk, terduduk di takuk lama
terima kasih walau sekejap

#40

tiada orang lain mampu buat
sedekahkan hati kita yang dianggap tidak berguna
letak pada seseorang srikandi 
walau ia letak di kaki, hati kita masih padanya
nampak tak?

#39

ia akan berakhir
walaupun siang, ia tetap akan berakhir
sejauh mana kita berlari sambil memegang harapan, tapi hanya seutas benang,
mudah untuk pihak sebelah sana melepaskan dengan senyuman
sampai hati kan?

#38

awal tahun hari itu Liyana Jasmay mengikat tali pertunangan
sampai tiada harapan untuk dibendung
hari ini aku berlari,
Shima Anuar, senyum tertawa melihat aksinya
filem 'Hanya Aku Cinta Kau Seorang', Shima Anuar, kau menggoda.
mari bersatu?

#37

keluarkan aku dari kepala kusut
keluarkan semua sesak dalam baju aku
keluarkan pupuskan semua
ia sudah tawar tiada lagi kemanisan

#36

satu malam dan malam berikutnya
terima kasih untuk memori
terima kasih untuk memoir
memoir dan memori aku puisi kan sampai tidak habis seribu malam

mata kerdip

mata yang membikin ketawa bukan bererti dia senyum
mulut yang petah bersuara bukan bererti menggembirakan hati
hidung yang berbau deria wangi tak selamanya terhidu
telinga mendengar enaknya kata - kata bukan semuanya kata manis

tangan membuka segala tingkah laku
diikuti kaki nombor dua
walau tubuh badan fizikalnya berjalan
namun hati masih raja nombor utama penggerak badan
akal bertanya kenapa kita tak ke sini?
kenapa pula kita ke situ?
semuanya atas dasar lulusnya hati

dada memberontak, bukan sebab salah hati
akal pun boleh diletak lima peratus salahnya
sepenuhnya salah kepada gabungan diri.
sendiri

beban kuda itu masih tertanggung dosa tuannya
mata kerdip lambang untuk menangis
sampai hati kan?






























Shima Anuar, mari bersatu?

#35

mungkin hari ini kau sedang gembira
tapi kau lupa bunuhan kau
sentiasa dalam fikir aku
sampai liang lahad aku ingat,
sampai situ jua aku tunggu Tuhan membalas
bukan aku suka berdoa untuk memburukkan dan balaskan orang lain,
tapi
'what you give, you get back' 

#34

hari ini hilangnya semua selera
duduk bawah tepi pokok sebentar,
aku berfikir.
kenapa semua jadi pada aku sekelip mata?
dalam sekelip itu, kawan mudah bunuh kawan

#33

manusia sentiasa pandai cari peluang untuk bernafas
bernafas bukan guna oksigen sahaja
bernafas menggunakan duit, harta, permainan hati
dan merool minda

#32

itu rupanya perangai awak sebenarnya
saya lihat awak dari jauh baik sahaja
saya datang dekat, lebih indah dari febreze, kau wangi
rupanya bila aku berpusing belakang
segala dajal syaitan iblis semua keluar
lahanat

#31

mudahnya manusia nak selamatkan diri masing-masing
sampai sanggup mencerita keburukan
dengan memusing ayat untuk dicerita
kepada si pendengar
lahanat

#30

makan nasi bukan sebarang nasi
makan kaki sampai tak boleh telan
jangan terlalu nak sedap
sampai lupa nikmat dan rezeki mendatang

#29

himpunan persoalan satu dijawab
sikit kan? masih buat mata tersenyum
aku masih berlari untuk soalan seterusnya

#28

berjalan sendiri lebih baik kerana dari situ
kita boleh berfikir banyak
biar kusutkan hati,
biar tiada peneman bernama manusia
kita kenal istilah selamatkan jiwa sendiri
yang sedang jatuh

#27

tidak semua rahsia boleh diberitahu
jika diberitahu pada seseorang, ia bukan lagi rahsia
janggal fikiran manusia

persepsi diri ada maksud sendiri

perkataan ikhlas tidak perlu dicakap
perkataan ikhlas tidak perlu ditunjuk
terpukau kerana ke-ikhlas-an dia
terjoget atas pelangi setelah hujan berhenti
satu, cerita dibuka langkah dimeterai
mantera dibaca bukan jampi penuh serapah,
ucapan memuliakan Tuhan dan bismillah

dahaga air, lapar makanan, pergi cari sampai kenyang
bermula cantik, bermula ayu, kenapa tidak sampai akhir?
hasrat sampahaku tidak pernah ia berakhir
cepat benar perubahan kau tonjolkan
mana pupus cahaya
mana pergi timba
mana hilang
 syurgawi
jauh langkah jiwa susuri
kau langkah kaki pilih jalan penuh duri

sumpah,
serapah kadang menjadi
mantera,
selalu baca kasi badi
alasan,
itu sebenarnya kau bagi
aku,
pada insan yang hina ini

pernah ku lontarkan pelan kita masa hadapan
pernah ku bawa kamu menjelajah hidup susah
pernah ku bawa kamu berjalan perlahan supaya serasi
pernah semuanya sampai kau bosan
aku sendiri pasti, hidup aku hina
aku dah pasti pada kau, tiada istimewa dalam aku
pernah ku petik bunga mawar sepahkan satu-satu. matinya bunga bila dicabut sama seperti mata.

tidak pernah aku duduk di bawah pelita
perjuangan yang belum selesai, aku menunggu
kelihatan bodoh
kelihatan dungu
kelihatan terejal
sebab lahanatnya
sebab sialnya datang
sebab alasan kau yang simpan
menjadi lafaz tuturan sedih, ungkapan dajal kau kotakkan

penulisan ini bukan menagih rindu, malah dendam tersimpan
lukisan kau jernihkan, sampai terpapat muka terjojol
kejujuran kau simpan, rona mata disusun rapi
semuanya diatur rapi disimpan molek rahsia
malangnya usia seumur jagung, rahsia mudah dibongkar
sepandai-pandai tupai melompat, tanah juga jatuhnya
sebodoh-bodoh aku jauh, ceritanya dalam tangan juga

pernah kau suarakan semua
rupanya dusta

tunduk sujud, duduk menadah tangan,
kembali
aku redha pada ketentuan Illahi
Allah menulis masa depan kita.



#26

saya bukan manusia sempurna
tapi saya teruskan belajar
sebelum saya menemukan kejayaan atas peluh

#25

bukan mudah untuk membeli hati manusia
bukan mudah untuk merubah hati manusia
bukan mudah menukar perasaan manusia
bukan mudah ambil daku ke hatimu

selagi jantung berdenyut,
tarik tangan yang sekufu.

#24

aku cuba menulis bila ada kelapangan
mulut yang menyimpan boleh didendamkan
sebab itu, mata aku sentiasa tersenyum

pernah tak, kau baca sambil tersenyum?

#23

hari ini kita berubah menjadi kaya
hari ini kita menang semua
hari ini banyak pendapatan masuk
hari ini bertuah dalam hidup

esok lusa kejayaan atas angin
esok lusa usah kejayaan itu tidak direstu
esok lusa jangan tamakkan kejayaan kita

ramai lagi di belakang yang susah sebagaimana kita mula dahulu


#22

manis itu lumrah hidup
kemanisan itu semua mahu rasa
manis hanya sementara, selai kita pandai menjaga khasiatnya
jika ditatap terlalu lama, manis itu akan hilang

#21

boleh beritahu aku kenapa aku tidak boleh dengan kau?
sedangkan sepurnama sedekad kita bersama
satu pepatah,
'lepaskanmu kerana terpaksa'

#20

setiap perkataan yang disebut
adakala menembirakan dan menyakitkan
mencari akal fikir sebelum melontar melalui mulut

#19

kaki sama dua tapi terajang lain-lain
kencing sama berdiri tapi basuh lain-lain
rambut sama hitam tahi lalat lain-lain

ternyata aku dan kau berbeza

#18

aku hanya cetak rompak, tapi kau asli
aku mudah di tiru tanpa sedari, kau perlukan hak cipta untuk meniru
aku masih menelan muntah

#17

terlampau banyak kesalahan aku
kesalahan lepas termasuk hari ini

aarrggghhhhhh!! jeritan melegakan sedikit sebanyak
jeritan kadang menenangkan fikir.

#16

aku tidak mampu berdiri dalam darah
aku tidak ingat bagaimana
aku lupa mengapa

aku tidak mampu untuk memadam perkara berlaku

#15

merancang kebahagiaan seseorang
dalam bunyi terpaksa
adalah perkara paling perit untuk dilaksanakan
tapi aku perlu.

#14

dan bila nanti kau akan menjadi miliknya abadi
satu yang ku nanti
ingin lihat kau bahagia

#13

hidup belum pasti,
langkah mati yang tak mampu berlari
saat tangan yang digenggam engkau lepaskan

duduk terkurung, bermurung cenderung senyap

#12

konversasi antara kita bukan mengulang kisah sedih
gambar dibakar,
hapus hanyut memoir

tapi ku melepaskan mu

#11

buat unggun api, cerita hantu
seram peluk, geram cium pipi

di situ bukan aku,
di situ bukan kau,
di situ kau isteri, teman baik dan kekasih.

#10

ada orang kata ianya buang masa
ada orang kata ianya menguji kesabaran
ada orang kata ianya menarik
ada orang kata ia perlu banyak kali
ada orang kata ianya pengalaman
ada orang kata ianya menyakitkan
ada orang kata ianya membahagiakan

pandai didik dan pupuk,
cinta itu macam-macam boleh berubah
mengikut kata pencinta berdua

#9

'ku mengharap kan Ramadhan kali ini penuh makna'
belum tentu kita dapat memasuk kapal terbang H1434 Ramadhan akan datang

#8

malam belum berlalu pergi
harap siang hari ini ada malam
sama seperti seterusnya

#7

kadang kita tak dapat tahu pun sebenarnya kawan yang kita rapat adalah orang yang kita cintai
kadang juga orang yang kita belum kenal adalah cinta kita
dan kadang juga, orang yang kita selalu rapat belum tentu mahu hati kita.

#6

'bila kau sayang seseorang, kau akan biarkan dia memilih dan terima apa jua pilihannya. tapi bila kau cinta atau suka seseorang kau akan selalu menunggunya dengan setia dan tulus'
- Hanya Aku Cinta Kau Seorang

#5

manis nya kau dan dia
dalam gambar memberi seribu makna
dua hati bersatu, letak dalam sangkar, jaga molek-molek
biar cinta kamu kekal

#4

seperti bermain dengan nombor,
kita belum jumpa titik terakhir. 
sama seperti hidup,
kita masih bernafas selagi sebelum pejam tak celik

#3

manusia mudah membenci
itu kebahagiaan mutlak hati mereka
yang keji.

#2

cepat benar manusia berubah
bukan satu, bukan dua dan bukan tiga
semua manusia belum jumpai kepuasan maksima

#1

Meski hati tak rela,
bila dunia tak lagi untukku
berlari sejauh mana pun, kedamaian dan ketenangan tak ditemui

selagi kita tak berserah pada Allah