ketidakwarasan


aku deklamasikan kelmarin
perit aku heret, aku papah debu itu
sampai pulang.
setibanya bersedia, ungkaplah segala
ucapan berbaur makian akhirnya
getar hati. getar.
manakan mampu aku halang kerana derita
derita sendiri, masing yang rasa
'kubur masing masing'

mulanya penuh kaca
tapi sedikit terhempas, ianya pecah
berhasil serpihan kaca
bila mulutnya disampaikan, automatik
debu dikisar itu hasilnya

aku sapu semuanya,letak atas kain
aku papah penuh duka
aku bawa penuh hiba
semuanya hilang

aku kini menjadi gila
dan aku terima pendapat semua
harapan aku seorang si hina
aku berani janji
kau destinasiku

keluarga kami


aku masih mencari
ketenangan sukar untuk dimiliki
segala sial datang minggu kelmarin
membuat resah hati bergelora

bermulanya perebutan antara dua tarikh
yang disangka kosong disangka tidak
dipilihnya aku atas sebab tertentu
sudah tentu keduanya ingin pilih
malangnya hanya satu sahaja

secara tidak langsung
hati pensyarah telah disakitkan
persoalannya mana nilai murni?
keluarga aku dicaci dimaki dihina keluarga lain
walaupun kita tidak sekandung,
usahlah khianati keluarga aku
dari mana asalnya aku,
dari situ letaknya hati kepada keluarga

bertambah mulia kalau kita saling
kerana ketidak cukupan kami menambah
baik pada kelemahan anda mungkin
bukan kata kami sombong
keluarga kami kebanyakan di awan luar
di pasir pantai bersepah
tetapi masoih punya hati satu.
bukan macam anak angkat keluarga lain
semuanya masih mengharap susu disuap
mahu dekat tidak jauh
mungkin kesusahan keluarga aku susah dicerita
kerana pasti ada yang menangis

berdiam diri, mungkin sebagai abang,
aku usahakan yang termampu dan terbaik
untuk keluarga aku
keluarga dari pertama kali
pertama tahun 2009.

pendek kata,
ringkasnya,
usah usik kami, kerana keluarga ini tidak bodoh.
cumanya penilaian yang salah buat ia ralat

karutan puisi lebih mudah


berdiri di kaki ini
melihat seluruh hidup kiri dan kanan
permulaan tahun baru
masing punya rencah sendiri
masing punya estetika sendiri
masing punya tata sendiri
asal gembira percik dalam hati mereka
bersujud mengucap tahniah hebat.

menjelang tengah hari jasad ini
meninjau segala terjadi
ada saja yang tidak kena bila hampir petang
tengah hari pun masih ada sial datang
sabar dan masih
selepas ini dan seterusnya,
aku akan cuba berdiri di kaki ini
mengarang puisi sumbang
catitan mengarut untuk dicerita
melalui karutan puisi lebih mudah bukan?

maka jadilah aku mengerti
gambaran begini meluaskan perhatian
ke dalam diri
makin mengasihi
alam dan jagat ini
dan aku masih bersama puisi.