tapi ironinya, hanya Tuhan sahaja yang tahu




pejam celik pejam celik
hampir duapuluhlapan hari kita jejak di universiti Ramadhan.
pengambilan diploma Ramadhan bermula satu haribulan hari itu
tamat pengajian insyaAllah tigapuluh hari lepas itu.

masih aku biarkan lafaz itu bermain di telinga.
memang perit bila ia diperkata pada tarikh duapuluhempatbulanlapan.
sakit aku, hanya Tuhan sahaja yang tahu.

aku biarkan keegoan dirinya membuat lafaz itu.
kerana apa, atas kertas aku tiada hak untuk memaksa.
biar hati dia membuat pilihan terbaik.
cumanya aku pesan, 'usah biar kehilangan menjadi lafaz yang tersimpan'

apa aku risau? segala berlaku susah tertulis.
takdir Tuhan aku tak mampu untuk halang.
maafkan lah aku andai terkasar bahasa.
maharani itu tetap di hati cumanya tiada tertulis aku di hati dia.
apa aku punya sekarang?
sebuah diri yang tiada rasa untuk aku bergerak.
mahu mundur, pun susah. mahu maju pun sukar.
terumbang - ambing. itu aku mahu kata.

kan betul aku kata, aku sudah terkena
aku memang terkena.
aku redha.
terima kasih menulis ini.


p/s : perasaan hati aku hanya Tuhan sahaja yang tahu ironinya

jangan usik baju itu


'kalau ada jodoh, nanti kita jumpa lagi eh?'

ayat amy atau mia sarah memang menarik
ditambah mimik muka yang comel lagi cantik
berkenan aku pada dia. amat sangat. mengenai kisah sekali lagi lakonan sam dan lisa surihani amat terbaik. walau pada keseluruhan menyata kurang tetapi bagi aku, ada mesej mendalam untuk kita tatap
terima kasih pengarah sekali lagi

melihat sekali lagi bersama rakan - rakan sekali melekat, lagi itu tidak tanggal
setiap peristiwa berlaku semua ada momentum sendiri.

'dalam satu hari, saya hilang segala - galanya'

sedih dengan kata itu.
aku dapat rasa walau sekejap apa dipertonton
terasa sekejap, tersentuh hati, sebak dada itu biasa.
tutup semua dengan sekali lagi.

kusut dalam hati,
apa kita rancang bukan semua menjadi sekali lagi
dan sekali lagi kedatangan kali ini bersama kayu betindihkan rimbunan paku untuk menetak aku sekali lagi. sebelum ini tidak cukup untuk kau lakukan pada aku?
penikam belakang, aku tidak dulik apa hamburan kata - kata dusta kau pada kejernihan itu.
tapi apa aku kisahkan, maruah aku kau calar buta - buta.
takkan diam - diam aku biarkna berlalu sekali lagi.
mahu mata bertentang mata, marilah
aku tidak akan mulakan atas kerana adat.
kau sentuh dahulu, sapu dari aku menyusul.

maaflah aku punya banyak pengalaman dalam kes seperti ini. tetapi jika itu kau pinta, marilah berhadapan dengan aku. bertentang mata.
mustahil kau takut.
siapa aku untuk tentang kau.

ingat!
kau jemur baju kau pada aku, aku sidai baju aku.
kerana rakan, bertelagah
kerana rasa benang itu boleh didirikan, kau tidak putus asa.
dengan itu kau sanggup
aku jawab sahaja dengan senyuman, silakan datang

semuanya kerana sekali lagi berlaku
sebelum ini berlaku mungkin aku biasa - biasa sahaja
tapi bila sekali lagi dan sekali lagi berlaku, aku tunggu sahaja tindakan pergerakan kau
baru aku boleh menyusul.
usah kata aku tidak berani.
marah aku kau tak pernah rasa.
memang aku penuh dengan gelak tawa,
jangan usik baju aku.

terima kasih kawan.
sekali lagi.
dan aku maafkan kau.



p/s : layangan mood tidak menentu sekali lagi tiba.

benci biar sampai mati


yang kelam jadi terang
yang panas jadi dingin
yang keruh jadikan jernih
yang luka jadikan terubat.
tersirat sebuah hakikat.

"budi yang teguh berdiri"

permulaan putih, suci dan jernih
mata air kau, jernih.
masa bermula jernih, bukan semua hitam kita dapat lihat.
seperti bumi sebelum menjadi bandar,
penuh dengan hijau.
titisan embun pagi, udara nyaman dan rimbunan daun segar hijau membasahi menghiasi bumi. seperti jernih itu di kala terang nampak kejernihan apatah malam.

maaf, di sebalik jernih tersimpan sebuah rahsia
maaf sekali lagi, tiada sempurna setiap pelusuk bumi
laluan berliku dilalui
masa itu juga, aku mampu lihat satu sahaja
iaitu keindahan
keindahan aku lihat adalah hasil jernih pada permulaan.
tutup mata pada hitam itu, keindahan berdiri di hadapan

butakan mata, apabila celik,
cermin imbas berwajah di hadapan.
ternyata sukar untuk menutup segala.
walau sudah berusaha menggunakan kejernihan itu, namun masih tidak mampu
lihat pada budi yang teguh berdiri
masih berdiri, tapi budi itu disalah erti oleh kejernihan akibat tompokan kata - kata hitam dari anasir luar yang dipercayai lima saat selepas ditafsir.
persoalan aku, mana akal fikir kau campak?
mudah menerima tapi akhirnya mudah jua kau campak

ditulis semalam apabila berita susuli
keegoan. tersembunyi. di lubuk hati suci. kau pengkhianat hati paling kejam. kau campak darah dari luka kau toreh sendiri pun aku mampu terima. ingat, luka itu kau toreh, bukan aku. masih mahu salahkan aku?
nyata budi seteguh berdiri itu kau tidak nampak sedangkan aku pertunjukkan dari awal.
terima kasih para jernih. memang bijak bermain sulaman indah itu melalui jernih.
aku sudah lali
dengan suara takdir itu
aku masih terkena
masih. terima kasih.


p/s : musim berlalu, lukisan sejarah telah mengukir kulitmu.