tapi ironinya, hanya Tuhan sahaja yang tahu




pejam celik pejam celik
hampir duapuluhlapan hari kita jejak di universiti Ramadhan.
pengambilan diploma Ramadhan bermula satu haribulan hari itu
tamat pengajian insyaAllah tigapuluh hari lepas itu.

masih aku biarkan lafaz itu bermain di telinga.
memang perit bila ia diperkata pada tarikh duapuluhempatbulanlapan.
sakit aku, hanya Tuhan sahaja yang tahu.

aku biarkan keegoan dirinya membuat lafaz itu.
kerana apa, atas kertas aku tiada hak untuk memaksa.
biar hati dia membuat pilihan terbaik.
cumanya aku pesan, 'usah biar kehilangan menjadi lafaz yang tersimpan'

apa aku risau? segala berlaku susah tertulis.
takdir Tuhan aku tak mampu untuk halang.
maafkan lah aku andai terkasar bahasa.
maharani itu tetap di hati cumanya tiada tertulis aku di hati dia.
apa aku punya sekarang?
sebuah diri yang tiada rasa untuk aku bergerak.
mahu mundur, pun susah. mahu maju pun sukar.
terumbang - ambing. itu aku mahu kata.

kan betul aku kata, aku sudah terkena
aku memang terkena.
aku redha.
terima kasih menulis ini.


p/s : perasaan hati aku hanya Tuhan sahaja yang tahu ironinya

4 comments:

  1. doa dari kawan yg jauh. semoga mendapat berkat Ramadhan dan berbahagia di Syawal kelak :)

    ReplyDelete