luka anjelik dari venusia


selama aku simpan dengan kau.

haha tetibe bermula begini. dish.
sentap sekejap.
haha

aku menaip untuk menghembus segala tersimpan dalam kepala hati, isi paruparu
meluahkan segala untuk si pemakan strawberry yang merasa kepedasan di lidah.haha kalau berjoget, jangan temui aku kerana aku tiada jawapan untuk dipertuturkan tapi aku punya hati untuk kau pijak wahai saudari. :)

bermula ketika memasuki gading
kau bermula innocent
tiada kenal siapa kau siapa aku
perkataan demi perkataan dibicarakan
ternyata kau punya pendirian memikat hati aku awalnya.
dengan rasmi aku tidak punya siapa untuk berkongsi
tiada sapa ketika itu walau burung merpati dekat di sini
burung merpati boleh terbang bebas
ke mana dia hendak pergi, pergi lah. tiada hasrat untuk menghalang dari pergi. aku biarkan dan menunggu suatu ketika yang manis untuk bersama.

kau lebah pada mulanya.
ternyata kertas putih kecil pemberianku mulanya merisik hati kau sedikit demi sedikit
kau nyata sedih dengan perilaku teman lelaki kau
aku hairan, kau punya kuasa untuk memerintah dan memilih.
mengapa masih mahu simpan sehingga mengalir air mata, menahan otot badan untuk menahan sakitnya
kau perempuan hebat.
bermula simpang itu, aku berhasrat akan membuat kau segembiranya
sebagai kawan.
ulangan ku adalah sebagai kawan.
tiada niat lebih dari itu kerana kau punya dia walau aku tidak punya sesiapa
akrab kita, tidak ada beza dengan belangkas walau tidak di dalam kaca.
di luar botol kaca, kau satu denganku
menjaga kau di luar botol, itu kerja ku
tak sanggup aku biar bersendirian walau kau sudah biasa dengannya

sebenarnya pernah sekali kau bilang, kau sanjungi aku
aku faham.
tapi kau punyai dia
sekali lagi

tapi kau punyai dia

aku serba serbi salah kerana aku takut
takut untuk merampas hak segala pihak
bukan itu jenis aku.

aku mahukan ketulusan bukan kesimpatian kau
kau sanggup permainkan aku
sehingga pernah aku sedih sebab kau
sebab ape?

sebab

aku pernah terjatuh dekat kau
malang ape aku cakap seolah respon kau bukan pada aku
kau katakan hati kau untuk aku,
tapi aku tidak rasakan itu sebagai tanda untuk kau ucap 'ya'
haha
bodohnya aku ketika itu.
sedar aku kerana kesilapan kau

kau sering mengatakan diri kau bodoh
kenapa kau nak cakap macam tu?
salahkan diri sendiri sedangkan kau banyak sekutu di belakangku
aku tahu aku bukan untukmu
kau pernah bicara kau hendak setulus hati
bila hati dah tulus,
kau mudus hati aku ibarat sekeping hati hina

kau berkokok, tiada siapa segerombol dengan kau,
tapi bila aku siasat
ternyata kau banyak bermain dengan perasaan aku
aku percaya kau tapi dipermainkan kau dalam masa yang sama
kau hanya bercerita tentang tutup botol sahaja,
tapi keseluruhan botol, ada kau cerita?
air mata mengalir ternyata dapat mengaburi mata aku yang rabun
kau pandai
sebab itu kau perempuan hebat

perkutukan kau aku heran kerana itu membina diriku.
ternyata, apa kau buat walau kau mengelak,
kau hanya meminta simpati dari aku.
aku hendak bertanya, jika kau aku jadi satu ketika itu,
aku merana kerana apa kau kata semua dusta.
bukan aku hendak menghina kau,
tapi aku hendak berterus terang,
diri aku bukan boneka
kau bicara depanku, tiada siapa berkenen kenen dengan kau
tapi sebenarnya bila aku dapat tahu terlalu ramai sekutu yang kuat berangan di belakang kau. walau ditulis teman tapi mesra dan eksectra tapi apa guna jika kau dan aku jadi satu.
aku ditipu hidup hidup
umpan mentah seperti dicampak dalam laut
aku seperti ikan yang hanya pikirkan makanan
berpusu pusu mencari makanan itu.
sebab itu langkah aku terhenti sehingga kini.
andai aku teruskan, mungkin penipuan kau lebih banyak di belakangku
aku tidak tahu apa kau buat di atas sana, tapi aku punya bakat untuk siasat sendiri.
mengapa aku buat sedemikian rupa, aku hendak pastikan kau kosong, tapi sebenarnya kau penuh dengan sekutu yang kau sanjungi lebih seratussepuluhperatus dari aku.
panggilan satambahyang kau mungkin bermakna,tapi terlalu ramai kau berkokok panggilan itu. bukan untuk aku seorang tapi di belakang kau.
aku ulangi, aku bukan boneka untuk itu.
aku hendak serius dengan kau, tapi perangai kau yang hendak ramai ramai, maafkan aku
mana satu pilihan kau yang tidak pasti, itu lah kau.
biarlah aku undur diri

dahulu kau kata kau buat tiang agama, tapi kini? aku lihat kau semakin jauh
tolonglah bantulah diri kau.
aku ulang lagi, aku pernah terjatuh dengan kau.
tapi kau yang tidak serius dengan aku.
sebab apa, ucapan kau bukan untuk aku sorang.untuk ramai sekutu kau.
bahasa kasarnya.
aku mahukan kau kosong, tapi kau penuh.
fahami maksud itu.
aku perjelas ini untuk kau ketahui isi hati aku. sedih kerana aku bukan seorang kau tempatkan di hati tetapi ramai lagi. itu yang membuat aku terasa dengan kau.
pedih aku aku tutup, aku balut dengan senyuman aku yang tidak berapa menawan
bukan aku hendak mengaku aku baik.

tidak!

aku mengaku aku jahat! aku hina!
biarlah aku undur diri dahulu.
kau tahu, hati aku bagaimana, tapi kau permainkan.
tidak mengapa kerana kini kau sudah bahagia berteman dengan ramai SEKUTU dengan kau. melihatkan teman tp mesra dan venusia bertambah bad serta sekutu youtambahnidanKL kau itu, ternyata kau punya teman dan hatikau banyak untuk orang lain. tidak lupa untuk yahoomail kau itu.
terima kasih kerana memberi aku perasa.
aku mintak maaf dari dunia hingga akhirat.
maaf aku mungkin hina, tapi biarlah kita ambil pengajaran.
ingat tiang agama. usah lalai dalam gembira kau.
aku bukan baik untuk menasihati, tapi aku mengingatkan diri aku sendiri juga.
perkataan 'setia' aku nak kau fahami dalamnya
pilih jalan yang kau nampak cahayanya.
walau gelap kau kata, jangan biarkan gelap.aku pernah bukak lampu, tapi aku tak mampu kerana ramai lagi insan sekutu kau yang ingin memberi kau lampu dalam gelap kau.
maaf aku sedih ketika menaip ini.
pengakuan aku biarlah dianggap hina
hina aku menunjukkan aku benar benar.tapi kau.
maafkan aku sekali lagi.
kesalahan aku mungkin tak dapat ditebus lagi.
aku cuba sedaya upaya.

berkenal dengan kau membuat aku gembira
bergembira dengan kau, aku bersyukur
kerana hasrat untuk buat kau gembira tercapai
apa yang tinggal kenangan, hanya sedih di sisi.
semoga kau berbahagia dengan sekutu kau kini.
terima kasih.



p/s : caller ringtone lagu ku tahu kau rindu awesome!