madah hiris hati


sakit dineraka kan manusia
tidak langsung berhak perlakukan
pedih insan di bawah mereka rasa
orang atasan rasa?
orang luar melihat senang berlaku
ambil kasut ini, diri di atasnya
sejauh mana langkahan dipijak, lebih jauh dari bau itu pergi
angkat tangan tanda hormat.

dunia bercampur aduk
kiri kata lain kanan tidak sependapat
mengakui itu, diletak tubuh badan selingkar tengahnya
mengawal kedua lebih sukar atas hadirnya perkataan
hasut
kasta
iri
hasad
semua perkataan sial itu keluar
pedih untuk memiliki
pilihan harus dibuat

gendang hati berbunyi sakit bila kita hiris hatinya
dalam hidup serba aduk
serba berat sebelah
yakinlah peluang memilih masih ada
melepaskan energi kuasa bercakap sememang sukar
terlalu sukar berkeputusan

lembut hati selalu hendak berada lembah sakit itu
untuk merasa hunusan pisau tajam itu
berbalik diri sendiri,
keyakinan untuk bertahan tidak lagi manis
harapan buang dalam keruh
sememang semua simpati tidak berlandaskan harapan

sekali sekala tolehan ke belakang
melihatkan pengalaman lepas,
menurut fakta kelahiran pisang
tidak mungkin dua selepas.

maaf dari hati
walau tawar pahit tidak seindah syurga
tangga neraka awal diberi.
padamkan bayang cinta itu
tutup lah gerhana, litup semuanya
usah lepaskan dudukan itu terbiar tangis
bangun melangkah
peribadi masih ada cuma mahu kekalkan momentum

segala keputusan dibuat
hampa hati sudah pasti,
pandang depan dan terlihat
pelangi gemilang destinasi pasti

bukan dikata tidak sedar diri
bukan dikata meninggi diri
bukan dikata bodoh dalam pelangi cinta
cumanya harga cinta beribu nilainya
buta hati untuk diri menilai
benar peribadi buta harga cinta manusia

pendam hati tanpa kasih, aku mampu berdiri.

kunyah dengan hina



dua tiga hari kebelakangan ini,
kehidupan aku terumbang ambing. semua berpunca ke tidak betulan pengurusan masa yang salah. pengurusan kalung hati ini juga aku tak rasa ianya teratur.
cuba menjadi tenang dalam segala masalah

berjuta angin busuk, halilintar besar datang menjenguk.
aku biarkan mereka masuk dengan harapan bawa bekalan
benar bekalan mereka bawa semua bekalan sisa - sisa.
melihat pun susah payah, lagikan aku mahu menatap

niat dalam hati, berehat selama lima hari untuk menenangkan fikiran
tapi racauan kecil aku anggap ganggu diri aku
bukan mudah untuk menangkis segalanya
kerana hanya cekal dan betul - betul tabah mampu laksana

sial datang ketuk pintu.
dibuka aku persilakan masuk
dia datang tanpa diundang benar
mana pintu dia langgar
sudah aku nasihat
penat mulut aku bersuara, datang sial,
datang hari kemudian.
beri aku rehat untuk neutralkan minda raga aku semula
terima kasih pada kawan ramai membantu
tanpa mereka, aku layu.

malam duapuluh berapa aku lupa
bermimpi dan bicara tentang pilihan hidup
kiri kata lain kanan cakap lain
akui memang diri ini penakut.
biar aku takut sekarang
biar aku kecewakan sekarang
biar aku bunuh kejam sekarang
sebelum aku bunuh secara halus kotak hati nipis itu

ya!
aku kejam sebagai manusia. tiada secebis nilai moral untuk dicontohi.
aku sedar diri sendiri
perilaku aku, tiada hati lain mampu kawal
cukup sekadar sedikit aku tunjuk
cukup sekadar pisau itu hanya menghiris
usah resah jika hati itu ditembak kejam!
benar sakit itu sekali, tapi pedih menanggung?
dari hari boleh jadi selama.

kerana, kalau difikir hati orang, sampai bila
kerana kalau difikir orang, cis! takkan sampai ke mana.
manusia itu punya mulut
sering sahaja diminta untuk suap seperti bayi ke anak - anakan.




p/s : kerana bahasa yang kau pinjam dari iblis itu telalu indah bunyinya

tag dari espiranza

dari espiranza. haha

**3 perangai orang yang paling korang tak suka??
rajin, baik, puji

**bila stress, korang suka buat apa??
minum susu ais

**apa perancangan hidup korang??
esok bangun pagi celik mata baru fikir

**kenangan yang paling korang tak dapat lupakan??
mandi pukul 4 pagi

**selain keluarga, siapa orang yang paling korang percaya dan kenapa??
sepupu sebab rapat

**suka memasak tak??
tak. tapi pandai

**tempat yang paling korang teringin nak pergi melancong??
italy

**lagu apa yang buat korang tersenyum bila korang dengar??
bau - anggun

**boros atau berjimat cermat dalam berbelanja??
boros

**suka makan western food tak??
suka

**benda yang paling jahat/nakal korang penah buat dalam hidup??
terpijak semut

crazy games

Hello readers and all bloggers.Eceh,macam ada orang nak baca blog saya ni :)
Okay first of all nak ucapkan terima kasih kepada wan nurzalikha cause tag me to this game.
Awesomeeeeeeee !! Credit to creator of this game. HAHA

Then, follow the rules down there :

  • You must post this rules
  • Each person must post 11 things about themselves in their journal
  • Answer all the question that the tagger set for you in their post and create new 11 question for the person you tagged to answer
  • You have to choose 11 people to tag and link them to the post
  • Go to their page and tell them you have tagged Her/Him.Tak de tag-tag balik!No stuff in the section about "YOU ARE TAGGED IF YOU ARE READING THIS"

This Crazy Game begin now !




11 THINGS ABOUT ME
  1. susu ais minuman
  2. amirul hakim b mohamad
  3. sembilan belas dua belas sembilan puluh satu
  4. bongok
  5. baik kelapa
  6. lelaki
  7. otak otak!
  8. gemok
  9. bodoh
  10. tiada istimewa
  11. boleh berdiri

NEXT, ANSWER THE QUESTIONS OF WAN

  1. 1. Buah hati a.k.a couple anda buat masa sekarang?
  1. NS

  1. 2. Orang yang anda tidak dapat lupakan sehingga kini?
NA

  1. 3. Bagaimana kalian menghadapi stress?
  1. minum susu ais

  1. 4. Kita mula kenal masa bila ye?
  1. uitm jb

  1. 5. Apa yang best sangat bila ada bf/gf?
  1. cubit dia

  1. 6. Pernah tak orang anggap anda seorang perampas?
  1. tak

  1. 7. Cuti-cuti ni buat apa je kat rumah?
  1. sapu rumah, mop lantai, buang sampah, cuci tandas

  1. 8. Suka melancong atau bercamping?
  1. suka!

  1. 9. Tempat mana yang paling anda ingin pergi sejak azali?
italy

  1. 10. Apa warna faveret korang eh?
  1. putih

  1. 11. Last but not least, pandai masak tak ?
pandai.

All the question must answer perfectly,HAHA.Sorry lah yang kena tag.Layan Crazy Game ni.Syookkk !

11 PERSON TO TAG TO :
espiranza
eka kaka
susue
lemas
kotak
telur
kelapa
basi
jadi
santan
segar