Hyperact - Harapan



terhantuk dalam gelap, menimbulkan seribu persoalan
tetapi terbatuk dalam bacul menjadikan bebal nombor atasan.

#150

Payah pening tarik si puma
Sayanglah kekah hanya seorang,
Susah senang naik bersama,
Payung dibuka biarlah badang.

#149

Jangan bermegah pada apa yang ada
Cukup lah sekadar apa sahaja
Jangan di tunjuk biar di simpan saja
Tunjuk kan ia jika di perlu kan jua

#148

padi bersilang jata yg satu,
fisabilillah ini ku hayati,
susah senang hati bersatu,
taat ku janji setia menanti

#147

berbukit berganang sungai di sampan,
laksana pedang menanti menang
usah di canang sekadar ukiran,
janji dikenang padamu ku juang.

#146

Salam bersulam petik brbunyi
Salah mengulas diri di tikami
Ingat panji kata abang mu ni
Jangan biarkan ia memakan diri

#145

Madah berhias madah berkias
Madah sekilas madah sepintas
Gagah melibas gagah berkeras
Usah terguris tadah beralas

#144

biar hanya dalam kayangan
biar lahir dari bayangan
suatu hari pasti di tangan
siap sedia akan ku nantikan.

#143

gunung daik bercabang tiga belum aku cabar tiangnya
hanya menunggu tenda biru dikibarkan
dari situ, kau bersedia dipinangkan

#142

manisnya manis bila hasrat untuk pertama kali 
tidak kesampaian
apabila ia memulakan dengan orang lain

#141

aku berdiri di sini bersama hujan
harapan untuk hadirnya mentari petang jauh sekali
hanya mampu berharap ada lagi pelangi senja

#140

belum ada mimpi sempurna membelai malam ku
semuanya mimpi yang bicara perit dan pahit

#139

bila kita dah benar - benar terjatuh pada hatimu
bunuh kisah lalu mu

sejati

aku takut aku kalah
akan runtuhlah empayar
siapa pengganti diriku 
semua masih goyah

teruskan legasi ku walau cacat pada mulanya
aku sanjung tinggi kemuliaan 
walau tidak diiktiraf
aku takut aku kalah

aku takut kalah,
hilang nyawaku dalam gelap
sehabis baik aku buatkan, namun tetap aku takut kalah

ambil pistol kecil bukan berisi peluru kapur
acukan pada ku, tujukan ianya tepat di kepala
sampai kau benar - benar ingin melihat kepergian
tarik picunya, tekan simbolnya sampai aku rebah
keluar darah

namun muka dan identitinya tidak didedahkan
atas kesulitan dan kepalsuan yang jinak
benar kata pepatah,
"terlajak kata boleh berundur, terlajak kata badan binasa"

laut dalamnya tiga kilometer hendak diduga
rupanya umpan dan mata kail hanya panjang sejengkal
sebelum buaya dalam air tenang memakan anda
lebih baik duduk diam belajar yang setimpal

bukan bermadah, tiada helah
pengorbanan senyap adalah menyelamatkan nama "sejati"

#138

hari ini malang lagi
setiap perkara aku buat semuanya disalah ertikan
semuanya dikatakan penipu
diam. senyap.

#137

macam mana nak gambarkan perasaan melalui tulisan?
kalau cuma hanya hati dan perasaan yang merasa
dan yang terbang cuma sayap itu.

#136

hati kita ini milik Allah
Hari ini kita benci, esok sayang pulak.
fikir la dengan bijak sebelum buat keputusan mengenai hati. 

#135

"A relationship is not based on the length of time you spent together, it's based on the foundation you built together." - Colbie Calliat

#134

mimpi semalam menggambarkan aku keseorangan diri
akhirnya.
mereka berkahwin dengan jodoh masing - masing
terfikir,
biar lah aku sendiri. menikmati hidup selai belum pupus.
lihat, hati aku batu kan?

#133

malam tadi aku bermimpi
serabut mimpi itu pasal perkahwinan sana sini
kau dia dengan si polan dan si polan
akhirnya aku sendiri. hanya gembira melihat mereka berkahwin.

#132

fitnah bukan sahaja dapat memburukkan wajah seseorang
malah, dapat menjatuhkan negara damai

#131

aku melangkah
aku bergerak
aku bangun
aku berdiri
semuanya sebelum memulakan perjalanan
akhirnya tiada satu pun percaya dan tiada satu pun betul. bodoh.

#130

mereka datang dan pergi hari - hari semuanya diam
sampai tiada modal untuk memulakan bicara
semuanya mati, kan?

#129

manis sangat ke asmara tu sampai boleh mabuk?
sampai sekarang, hati aku masih kurang
heartless dalam bahasa inggeris

#128

"Bakal mertua : "Anak makcik belajar tinggi kat oversea dulu. Makcik taknak letak harga. Tapi biarlah berpatutan. Selalunye yang belajar tinggi dalam lingkungan 20ribu. Tapi inilah satu-satunya anak perempuan makcik. Harap faham-fahamlah ye.. ".

Bakal menantu : "Saya paham maksud makcik. Tapi saya harap makcik pun pahamlah ye. Kalau terlampau tinggi, terpaksa ditangguhkan nanti. Biarlah dicepatkan
, biar jauh dari maksiat "..

Bakal mertua : "Kalau kamu tak mampu, anak makcik ni bukan tak laku. Ada berderet lagi yang tengah tunggu. Kalau harga rendah, nanti apa pulak orang cakap."

Bakal menantu: "Kalau makcik nak jual anak makcik macam jual kereta, kita buat macam ni. Sekarang jugak saya bayar DOWNPAYMENT 2ribu. Saya bawak balik anak makcik, malam ni saya TEST DRIVE dulu semua.. Kalau barang dalam semua bagus, jangan cakap 10ribu.. 12ribu pun saya berani letak. tapi kalau dah LEMAU, ENJIN pon tak bagus, anak makcik sekali dengan deposit tu makcik boleh simpan!

*perkahwinan tu bukan perniagaan" -tiru dan tampal

#127

menepuk tangan berbeza dengan menepuk bahu
perniagaan sekarang bukan berdasarkan suka sama suka
bawah meja pun, perniagaan itu terbuah.

#126

tangan disambung ke kaki,
dari mula sampai akhir hayat, manusia sentiasa berfikir
sebab itu bercampur positif dan negatif

#125

hidup ini terlalu pendek. anggap setiap pertemuan adalah pertemuan terakhir.
senyum selalu, bergembira dalam mengembara bersama manusia

#124

dah bersemut hari itu
baru kau datang untuk membuang semut itu
mintak maaf, ianya kebiasaan KU

#123

bila seseorang itu tidak mahu bersama,
harapan menjadi layu kan?

#122

manusia yang meng-agung-kan cinta manusia
begitulah obses dan taksubnya pada cinta itu
apa yan kita tahu, 'jodoh itu rahsia Allah'

Colbie Caillat - I Never told You



Like if you and your boyfriend broke up and you are listening to this song because it sounds like your relationship with.

#121

mengingat perkara lepas tidak salah
selain mengulangi perkara jahat yang lepas

#120

tiada seindah bicara bawah purnama selain khayal
tiada secantik tumbuhan selain kehidupan

#119

hari - hari menemui sukar
hari - hari meneliti sedih
mentaati gembira, namun masih hari - hari merana

#118

pintu taubat masih terbuka
dalam impian gendang terpalu
mencoret luka kenangan silam yang kesal

#117

air mata masih terkeluar mengingatkan 'masa lalu'
namun ia terlalu jauh untuk aku tempuh
pandang depan, mulakan langkah gembira
untuk menjajah 'masa depan'

penjajahan janji

"aku pegang janji aku" - Alang Budiman

bukan sebarang ayat yang dicakap, sampai bertahun lama janji itu dikota
mungkin caranya berbeza, bahagianya berbeza,
kawalan amarah perasaannya diluar batasan,
dan aku menyimpan amarah sampai tenat migrain ke sakit kepala

8 jam berlalu lepas, 8 jam berlalu sekarang dan 8 jam akan datang,
bukan terhandal, bukan menilik, cuma senyum walau belum pun melangkah
itu yang paling dekat sebenarnya
dan yang paling jauh adalah menoleh belakang
benar semuanya sampai tersenyum titisan itu

melihat lakonan pentas dalam filem pun air mata ini menitis
apatah lagi melalui dalam perkara batasnya pendirian
kemakmuran belum menjamin kebahagiaan hidup
begitu juga kesenangan belum mematikan langkah mencari senyum

kan aku dah kata,
'aku pegang janji aku, aku tunggu'
caranya pasti berlainan
cumanya maksud 'chori - chori chupke - chupke'
memberi satu amaran dalam bentuk kebaikan

hidup bukan dalam filem,
hari ini kita 21tahun 1 hari, esok kita 21tahun 2 hari dan seterusnya
dalam lakonan filem,
hari ini kita 21tahun 1 hari, esok kita 30tahun 1 hari
mana hilang 9 tahun penjalanan?
sebenarnya lama penjajahan kita waktu itu, bukan?
kenapa disingkatkan sampai tiada kejutan?

kita berlakon dalam arena yang mengawal adalah Tuhan
terima takdir, dan teruskan penjajahan

#116

" urusan dunia tetap berjalan walau hati saya sakit " - perempuan kalis peluru

#115

semua perbuatannya memaafkan, membiarkan dan lawak bodohnya,
semua aku simpan,
aku sanjungi, aku hargai tapi cara berbeza

#114

" saya tak pernah harap perhatian, kasih sayang dari sesiapa sebab benda itu menakutkan. sekali kita terbuai, tak boleh nak patah balik " - Perempuan kalis peluru, 
aku sanjungi kau

#113

Imam Ghazali mengumpulkan seberapa ramai anak muridnya,
lalu bertanya, benda apa yang paling jauh dengan kita?
banyak jawapan diterima antaranya bulan, bintang, dan matahari
tapi jawapan sebenarnya adalah 'masa lalu'
walau pelbagai kenderaan kita naiki pun, ia takkan dapat bawa kita
ke 'masa lalu'.

#112

banyak aku pelajari dari filem 8jam
terima kasih mengingatkan aku, terima kasih
semuanya aku hargai, cuma diri aku yang bebal

#111


dari Johor ke Perak,
orang yang tidak mengikutiku,
tiba - tiba tahu mengenaiku
padahal dia tahu semua cerita.

#110

katanya dalam bahasa inggeris,
aku dilarang sama sekali
rupanya datang mesej bersalur suluhan
apa maknanya, kuih semprit?

#109

mana janji dalam puji?
mana pergi semua kasih?
mana hilang biskut dalam coklat?
dari situ, kelat itu aku telan.

#108

'Tuhan jika benar ini jodoh, biar aku lawan untuk jodoh ini'
tengok keliling kiri kanan, siapa je yang ada
siapa je yang setia

#107

baru kau sedar selama ini perbuatan kau menyakitkan hati
semua orang kan?
Tuhan Maha Adil, sebab tu aku diam bukan membalas

#106

tak perlu hilangkan sejuta rasa,
dalam perasaan setitik hitam masih belum pergi.
jangan risau, aku masih berdiri

#105

datang Darul Hanan Pasir Gudang,
buat hati aku sebak
melihat manusia kurang bernasib baik. 
semoga mereka dilimpahkan kurniaan rezeki, insyaAllah

#104

kuih semprit itu hampir sampai,
walau burungnya berlalu pergi,
dekat dahan aku tinggalkan. semoga kau bergembira

#103

memang lah, tiada makna kalau tiada fakta
tapi sampai langit, kita bukti.
diam.

anak jantan minta uji

orang kata,
dalam cantik ada duri
dalam kucing ada manis
dalam malu ada perkasa
dalam kuat ada lembutnya
dalam dua dunia, ada seorang juwita
datang memahat batu mengguna tukul

orang kata itu rezeki
berbalik pada dua percuma satu,
mana mungkin dapat membeli kalau wang tidak berdalir
kata - kata manis dari seorang lelaki
mampu membeli hati wanita, itu romeo
juliet senang tertawan, itu wanita

ada dah dekat, ramai yang berbatu
cuba lagi, aku menunggu tiap kali gagal

tiada dekat fikiran jauh
melayang menjadi menang, bukan senang untuk jadi juara
kita belum fasih, masih belum
kebelakangan ini aku beku, diam terduduk
asyik bermimpi berjuta kenangan walau belum sepurnama
dari perdebatan, sehingga hebat hari ini
ia bertahan sampai dia dengar lain

tidak, siapa cari pasal?
orang kata kalau gadis kota tidur tepuk bantal,
orang gaji pun boleh hafal,
apa lagi kita nak kata,
situ kita dah diwarta dalam erti kata lain,
kita bersatu

orang kata, tiada lagi cubitan
tiada lagi gigitan
tiada lagi merah - kemerahan
akan menimbulkan keresahan dalam mersana
memang berkali mersana datang
sampai satu tahap kita menjerit sepuas hati
aku cuba lagi
jadi lelaki untuk seorang perempuan

mimpi itu masih menerajang hati
sampai gagal, aku cuba lagi walau kau pergi.

#102

perjuangan hati kita belum berpenghujung
walau rupa paras kadang jadi diukur
tepuk dada tanya iman
jangan kata sebelum ia akan jadi apa

#101

13/08/2012 semalam bukan sebenar tidak lagi gelora
bagai bersuara tanpa bersua
bermula kaki sampai penghujung sujud

#100

katanya kuih semprit mahu dijadikan berian
tapi penghilangan dengan bahasa barat
buat aku terkedu dalam diam
semua pengorbanan tidak aku tunjuk. biarlah rahsia sepenuh penjuru
tunggu satu hari nanti

#99

'tiada lagi mahu ku tahu tentang kamu' : Bencinta-Faizal Tahir
hati yang sepatah, akan mula berkata petah
walau dalam kelam. 
jahat kan?


#98

percaya tak percaya, kawan mesej mengucap hai
dalam hati aku berseruling,
kawan?
apa guna kawan kalau block kat facebook.
itu kawan kan?

#97

jangan kerut dahi,
tukar niat mulakan dengan bismillah mesti jadi
cuba lagi

kita belum warta

setiap hari soalan sama
bercakap ini, berpusing ini, semua tak kena
dalam perasaan ada satu hitam janggal
memang kekal sampai tidak bernoktah

bukan paduan suara menjadi galeri
tiada seindah kehidupan aku impikan dalam potret
semua keyakinan dah dilunturkan
oleh peluntur mulut kamu
jalanan berduri, berbuah duri
sampai keluar hanyirnya duri dalam kiasan
'bertamu di kalbu bersama sang jengking'

mana kan sama berhantar dan tidak kehantar
lukisan itu belum lagi padam
tapi dah diconteng kesilapan dan kekhilafan
menghembus nafas lega pun belum tentu
dapat muat turun kemaafan
sebelum kehabisan Ramadhan, eloklah bertapa dalam kayangan
penuh keampunan permohonan

adakala hari itu,
permohonan ku ditolak taksub dengan bambino
bukan merungut, bukan mencarut,
tapi setitis bahasa inggeris tidak dibalas dengan lagi
gunung yang menggagah, belum tentu dapat diduga 
apa lagi mata kail panjang sejengkal untuk laut dalam

tempat kita diwarta,
jika belum masanya nama tiba, kita cuba lagi.

#96

kalau kita beli dua, percuma satu.
tapi satu tu mahal
macam mana nak beli? duit pun aku takde
hampeh! lupakan dua percuma satu itu.

#95

terima kasih kerana masuk dalam mimpi kelmarin
harapan masih belum membutakan impian kan?

#94

penat hari - hari begini.
penat dalam terpaksa
penat.

Eye - Izinkan Selamanya namamu di hati



mendengar, sambil mulut ternganga.
wohaa

#93

tiada sebarang kelayakan untuk disayangi
tiada daya untuk berkata
hanya mampu bermimpi senyap - senyap
semua detik pengorbanan yang direncana, habis

#92

tahun kelahiran binatang busuk, 
tak semestinya perangai pun sama busuk.
perangai dinilai dari mata berbeza

#91

lumrah kehidupan,
hari ini senyum petang muram
pagi esok marah malam ceria semula
dalam kesusahan, manusia akan mencuba mencari kegembiraan

#90

bersyukur dengan apa yang ada
jangan sampai suatu hari nanti
dengan sikap mu, kau kehilangan impian

harapan belum membutakan impian

Shahir - Dia Yang Kau Pilih

Setiap baris kata-kata yang ku baca
Bagaikan jalan hidupku
Tiada lurus semua seolah hampa
Haruskah aku sesali

Bagai kisah kita yang surut selalu
Bilakan berakhir

Biarkan aku berundur
Jika itu yang telah pun tertulis
Jalan ku tak panjang
Bersama dirimu

Jadikan dia terbaik
Kerana itu yang telah kau pilih
Biarkan diriku membawa semua
Luka

Setiap kata kau ucap semua dusta
Pernahkah kau menyesali
Tiada tulus semua helah semata
Haruskah aku menanti

Kini kan berakhir
Ku takkan berpaling
Relakan segala


#89

seorang perempuan akan merasai kepuasan hidup
apabila dia menikahi dan melahirkan anak kandungnya
itu kepuasan hidup seorang perempuan
sabarnya perempuan itu menjaga kandungan bayi, terlalu tinggi

#88

pernah kau merasakan,
kau memberi tapi tidak merasakan?
kau sehabis daya tapi dibalas tiada
haruskah?

#87

memang tiada penghalang, 
pertanyaan ku, kau nak rempuh tembok batu itu?

#86

dulu kita angankan cinta terindah
sampai aku lah raja engkau permaisuri
sampai aku bulan kau lah matahari
sejak itu, sampai sekarang, aku dikhianat
lahanat 

#85

bahagia idaman?
rasanya semua dah di jahanam kan?
sebab tu sampai hari ini,
   aku masih tiada rasa
   aku masih tiada hati
maaf.

#84

hari ini aku tolong orang,
esok lusa semoga kau ingat untuk tolong aku balik
bukan aku harap pertolongan, cuma tak nak kau susah

#83

menjadi juruteknik komputer, dalam diam mampu meningkatkan kemahiran
dalam membina kekuatan dalaman
dalam muhasabah diri senyap - senyap
sampai satu masa, kita pendam lumat

#82

dah tiada detik segar tertinggal dalam taman impian
dah tiada, semuanya hancur
jahanam kan?

#81

hakikat cinta sejati?
kebabian apa ayat di atas
semuanya lahanat sampai satu masa jahanam

jahanam

semalam keletihan, bangun pagi keriangan
hari - hari puasa dalam Ramadhan buat hati segar bugar
bukan apa, cuma bersemangat dalam keadaan
terduduk dalam bilik air,
berfikir sejenak,
rupanya hati aku masih belum tenteram.
terkenang, tentera berdarah datang memanah busur api hati
patut lah hati ini tidak tenang sampai beberapa episod

membuka kitab balik lama, teringat detik - detik kenangan
sepanjang jalan taman impian kita daki,
sampai satu tahap, satu fasa aku kecewakan kau dengan perbuatan
jeritan kau, sakitnya aku dengar
aku rasa kesakitan itu.
sebenarnya banyak aku nak beritahu, tapi semuanya aku simpan

cahaya berlalu depan,
mata aku tak silau.
keyakinan untuk meneruskan berjalan
masih berterusan walau sakit berdedai
hingga hujung nyawa, meritokrasi nyawa akan sejahtera
bergerak dalam bahtera peperangan

'sudah lumrahnya insan tak lepas kesilapan
maafkan dosa ku,
lupakan detik hitam.
sejarah yang berlalu, jadikan pengajaran.'

bait lirik itu memberi seribu makna
dalam pendarahan, aku pertahankan kesetiaan
jangan jahanamkan impian

#80

biarkan selamanya aku begini
biarkan perkara lepas menjadi pengajaran
sampai masa kita kembali

#79

aku berjalan tidur bangun semula fikir balik 
kitar semula perasaan semalam,
bertanya kembali?
adakah ianya belum tamat? aku rasa ia sudah habis?

#78

andai cubitan tidak mampu memerahkan badan,
cuba lah sesuatu baru. iaitu gigitan
ianya masih merindukan mu

#77

banyak aku dah kecewakan kau
sampai suatu saat kau cakap sia - sia
sampai suatu masa kau kata, buang masa
sampai tangan aku kau lepaskan
sampai bila?

#76

hari - hari berjalan seperti biasa
tersepak batu sampai tersadung,
aku masih pergi mengejar cita - cita

#75

jalan yang aku lalui bukan terlalu sempurna
sampai kau mahu pimpin tangan aku ikut serta
maaf jalan aku berliku

#74

pangkat paling atas,
aku cuba beranikan diri untuk memberitahu
aku mahu luputkan segala rutin harian
maksudnya aku mahu berhenti kerja

#73

hari ini khamis bersamaan duaharibulanlapan
pelbagai persoalan bermain dalam kepala
aku cuba huraikan satu persatu, 
nyata keputusannya adalah 'dilemma'

#72

kadang - kadang aku sedih melihat keadaan itu
walaupun sebenarnya hari - hari aku lalui
dan sedang lalui keadaan susah itu
tapi aku bersyukur kepada Allah
kerana meletak ku dalam keadaan sederhana

#71

berdiri melihat kerenah manusia
hati aku tertarik pada seoran perempuan duduk sambil melayan anak kecil 
yang baru pandai berdiri.
ternyata manis keadaan itu.

#70

berjalan berjuta batu, memandu, 
datang tempat ku, marilah.
jangan risau, tempat ku di sini. datang bawa sekumpulan orang kampung
dan aku tidak gentar.

#69

ketuk tingkap datang masuk pintu,
aku mengalu-alukan kedatangan kamu
walau niat jahat, aku buka-kan pintu itu untuk kau

#68

perempuan itu hari - hari ada di kiri ku.
setiap masa mencuri pandang
dari jauh, senyum pun cukup kan? walau kita tidak kenal.

#67

setiap hari aku jumpa orang yang berbeza
pelbagai latar belakang buat aku lebih mengenali manusia
perwatakan berbeza, nilai berbeza, budi berbeza dan bahasa berbeza
duduk sambil tergelak sinis

#66

sudah tiada apa yang boleh aku harapkan lagi
cumanya satu hari nanti 
hari itu akan mengetuaiku ke jalan kejayaan

#65

susah sebenarnya kalau seseorang jatuh cinta pertama
hendak melupakan cintanya itu
kerana ditinggalkan dan punyai kekasih baru
aku selami perasaan kau. sakit kan?