tiada pernah

tiada pernah aku merasa gembira
bila tiada insan tersayang, insan yang menantiku sentiasa
di hari konvokesyen nanti.
ibu, damailah kau di sana. 
al-fatihah

cinta tiada penghujung


teman pengganti pun tidak teran,
nama sentiasa kupinggit satu
jika memang menjelma angin
lantas kau merasa sejuk itu.

'tiada seorang perempuan pun yang dapat menggantikan tingginya ibu dalam hati aku'

pengorbanan ibu dari satu hari embrio dalam rahim
sampai keluarnya tangis itu, sampai hari ini
nafas yang belum terhenti, sebelum satu aku jayakan
lapan kau idamkan, semuanya terhenti dalam perjuangan

ibu, perjuangan itu terlalu besar sampai semua titis air mata
semua tidak pernah luput untuk mengingatkan ibu
sampai satu tahap perbuatan keji,
akan dibalas dengan derita sampai 'ditelan batu belah batu bertangkup'

hari yang mulia, Jumaat bercampur Aidiladha
kau pergi dengan aman, tenang roh diangkat, 
sampai satu tahap, kaki yang tiada jejak atas daratan
gagahan hati untuk berdiri,
hati meronta, 'bonda tolong jangan pergi'
semuanya diredhakan.
dengar suara takbir berlaung, hati aku mendayu. semuanya kaku.
mati dalam senyap, hilang dalam bayu.

rasanya tak cukup sebuah episod untuk mencerita
pengalaman suka, duka, tangis, tawa bersama ibu,
seribu satu helai karangan pun belum matang untung menulis kesimpulan,
apatah lagi menulis isi tersirat sebelum tersurat

busuk hati, ayat keji, buang jauh - jauh jangan sampai dibenci
pesan bonda paling tinggi darjatnya aku genggam
budaya kita pegang, jangan dihilang
cantiknya ukir lukisan, kekalkan jangan marba-kan
sepih hati, usah bersedih sampai melalak.
lantunan bahasa kasar, biar dikiaskan sanskritnya.

kami keluarga biasa
kami bukan berada malah diraja
kami hidup berjuang
kami berteraskan sederhana
ibu tak pernah ajar kekayaan
ibu tak pernah ajar keberlagakan
ibu tak pernah ajar biadap
semuanya bersantun
semuanya berhemah
semuanya bertulisan
semuanya baik - baik sahaja

tiada titis air di pipi untuk aku alirkan
semuanya aku redha pemergian itu, 
anak yang takkan berhenti,
kini sedar dari mimpi, maafkan anakmu bonda
walau pun 'cukup' bonda jeritkan,
ianya masih jauh untuk menelan realiti

'ikut telunjuk bayang - bayang akhirnya diri terluka'
jeritan batin biarlah dikemam, balasan hipokrit keji diamkan
dalam satu masa hati terdetik, 
Tuhan Maha Adil. 

dirgahayu ibu tenang di sana.
ya Allah, kau tempatkanlah roh arwah ibuku, Habibah bt Thukiman
di kalangan orang beriman. insyaAllah.

semangat ibu, aku galas di bahu belakang, aku gagahkan untuk melangkah sekejam sejauh mampu.