persepsi diri ada maksud sendiri

perkataan ikhlas tidak perlu dicakap
perkataan ikhlas tidak perlu ditunjuk
terpukau kerana ke-ikhlas-an dia
terjoget atas pelangi setelah hujan berhenti
satu, cerita dibuka langkah dimeterai
mantera dibaca bukan jampi penuh serapah,
ucapan memuliakan Tuhan dan bismillah

dahaga air, lapar makanan, pergi cari sampai kenyang
bermula cantik, bermula ayu, kenapa tidak sampai akhir?
hasrat sampahaku tidak pernah ia berakhir
cepat benar perubahan kau tonjolkan
mana pupus cahaya
mana pergi timba
mana hilang
 syurgawi
jauh langkah jiwa susuri
kau langkah kaki pilih jalan penuh duri

sumpah,
serapah kadang menjadi
mantera,
selalu baca kasi badi
alasan,
itu sebenarnya kau bagi
aku,
pada insan yang hina ini

pernah ku lontarkan pelan kita masa hadapan
pernah ku bawa kamu menjelajah hidup susah
pernah ku bawa kamu berjalan perlahan supaya serasi
pernah semuanya sampai kau bosan
aku sendiri pasti, hidup aku hina
aku dah pasti pada kau, tiada istimewa dalam aku
pernah ku petik bunga mawar sepahkan satu-satu. matinya bunga bila dicabut sama seperti mata.

tidak pernah aku duduk di bawah pelita
perjuangan yang belum selesai, aku menunggu
kelihatan bodoh
kelihatan dungu
kelihatan terejal
sebab lahanatnya
sebab sialnya datang
sebab alasan kau yang simpan
menjadi lafaz tuturan sedih, ungkapan dajal kau kotakkan

penulisan ini bukan menagih rindu, malah dendam tersimpan
lukisan kau jernihkan, sampai terpapat muka terjojol
kejujuran kau simpan, rona mata disusun rapi
semuanya diatur rapi disimpan molek rahsia
malangnya usia seumur jagung, rahsia mudah dibongkar
sepandai-pandai tupai melompat, tanah juga jatuhnya
sebodoh-bodoh aku jauh, ceritanya dalam tangan juga

pernah kau suarakan semua
rupanya dusta

tunduk sujud, duduk menadah tangan,
kembali
aku redha pada ketentuan Illahi
Allah menulis masa depan kita.



No comments:

Post a Comment