kena caranya


lepas satu, satu. lepas ini, itu
menulis kosong, biasanya terkesan bila bercakap
nampak sunyi
nampak kelam
nampak kosong
nampak makin senyap
nampak hitam
nampak gelap

andai bacaan diteruskan

mencuba, bercakap, melepaskan perasaan, melunaskan dendam.
menjerit
memekik
pekakkan telinga mereka

baru tidak lagi sunyi
tidak lagi senyap
tidak lagi kelam
tidak lagi gelap
tidak lagi hitam

sebenarnya apabila menjerit, apabila melepaskan sesuatu terpendam, dan selepas itu juga, energi dan kuasa tindakbalas mazmumah keluar, mahmudah tenang masuk dalamnya. sesaat kita senyap, sesaat kita mendengar bunyi kosong, hati kita sedang beransur pulih.

bila bercakap puisi,
bila mendeklamasikannya,
mulut lantang menjerit!
tangan lincah ke hadapan bebas bergerak
seperti menumbuk
memukul sesuatu,
ianya masih halimunan

melepaskan marah itu dengan cara yang betul,
hati aku tenang
menjadi sayu
ucapan pendek tapi berulang,
"alhamdulillah, terima kasih Allah"

1 comment:

  1. kadang kita gembira, sedih, marah, kecewa. seronok kan kehidupan. alhamdulillah, terima kasih Allah :)

    ReplyDelete