matahari berhenti senyum pada manusia


jatuh tak bererti diam, diam tak bererti senyap
senyap tak bererti kaku, kaku tak bererti mati.

hibernasi

berdiamkan diri di hadapan sekalian alam
setelah mulut bicara, akal memikir masa lampau
sungguh nakal anak ini
badan menjangkau besar, tapi berfikiran ke anak - anakan. yang itu tidak perlu dihuraikan

maaf Tuhan,
aku masih anak nakal.

kata orang, matahari tidak akan berhenti senyum selagi kiamat belum menjelang tiba.
benar.
matahari membantu seluruh alam dalam pernafasannya
tapi apa manusia beri pada matahari?

keganasan manusia kini begitu membara tidak lari berwajahkan binatang
rakusan hati kini tidak endah akan kesucian hati
kalau perasaan 'cinta' diberi kepada seluruh manusia,
mungkin tiada lagi keganasan
kerana cinta, manusia lebih bertimbang rasa
kerana cinta, manusia lebih berhati perut
kerana cinta, manusia lebih berdispilin
kerana cinta, manusia lebih baik dari sebelumnya
kerana cinta, manusia lebih mulia dari hina
kerana cinta, manusia lebih pandai dari bodoh
aku tak nafikan cinta penting dalam diri manusia

teramat penting.
benar.
bila manusia tiada perasaan 'cinta' dalam diri,
matahari akan berhenti tersenyum
kerakusan, keganasan merata tempat
tiada lagi keharmonian atas bumi
maka angin akan berhenti tiup setelah menurut perintah Tuannya

aku manusia biasa
maafkan aku Tuhan.
aku masih anak nakal seperti dahulu


6 comments:

  1. yeahh ,, really the sastera one . thumbs up ! .,loike2 !!

    ReplyDelete
  2. kene tanam sifat cinta nie..nnt matahari da xnk tersenyum :(

    ReplyDelete
  3. adwa : haha g tanam cepat. haha :) biar tak ganas2 haha

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum Amirul
    wah berbalam-balam lah kata2 puitis pada entry ni,
    sukar akak nak tebak erti
    namun kala membaca baiti-bait kata
    akak doakan yang baik2 saja
    utk kamu

    ReplyDelete
  5. hahah kak ummu. :)
    waalaikumsalam. haha biasa2 jek. balam2 uh ape? hehe
    terima kasih kak ummu

    ReplyDelete