puas hati kau?

tergamak kau!
sampai hati kau!
sanggup kau!
hey insan FRaud.nape kau sering jadikan dia musuh kau?
apa die penah buat pada kau?
sampai kau benci sangat!

kau lupa satu perkara.
dia tidak pernah benci akan sesiapa
apesal kau iri hati sangat?
kau lupa
aku dengan dia pernah jadi kami
pernah bersatu
tapi kenapa kau?
iri hati benci khianat
tentang dia?
dia menyusahkan hidup kau ke?
dia kacau kau punya?

hinggakan kau buat sesuatu
yang membuat die pernah menangis
menangis besar kerana kau
hati hawa,
ego setinggi mana,
memang takkan lari dari menyapu si air mata

aku nak tanya kau satu,
puas hati kau dapat buat dia camtu?

kenapa kau lakukan pada dia?
kenapa tak lepaskan pada aku je?
kenapa dengan aku mulut kau madu
tapi sebenarnya ulat perosak!
pencacai!
bukan aku hendak meluah perasaan,
memaki hamun kau tak tentu pasal
aku bicara berdasarkan fakta yang aku terima
sampai hati kau!
kaum sejantina macam dia pun kau hendak jatuhkan jugak?

suatu malam,
aku dengar segalanya.
aku terdiam tak bicara apa2
hanya nafas aku berhembus berulang
setiap kata diluah
setiap ayat disusun
setiap suara aku dengar
diiringi sayup tangis
hingga merah mata
aku tanya kau lagi,
puas hati kau?!

apa dia pernah buat kat kau sampai kau sanggup balas dendam terhadap kaum sejenis kau?

kalau aku kurang hati seumpama kau,
sudah lama aku pukul kau
untung benar aku tidak sezalim itu
balas dendam aku bukan cara jahat
tapi cara halus
kau rasa satu ketika nanti

dengar!
niat aku bukan hendak
puaskan diri aku,
tapi hendak mengajar kau!
mengajar kau erti hidup
erti perasaan
jika disuruh katakan ya,
aku cakap, ya!
perangai kau membuat aku meluat
perangai sial kau akan buat kau binasa!

mintak maaf kerana bahasa aku kasar
mintak maaf kutukan aku terhadap kau.
mintak maaf segalanya
kau perempuan berperangai sial pernah aku jumpa
bermula baik senyuman,
ngilai tawa kau kadang buat aku tergelak,
anggun paras wajah,aku tak pandang langsung
sebab hanya dia tahu kat mana mata aku bila melihat perempuan.

jangan ditanya mengapa andai suatu ketika
kau dapat balasan halus
dalam diri,
dan ketika itu jugak,
kau pernah menganiayai dia
bukan aku hendak kau datang kepadanya
tunduk sujud depan kaki
keluarkan segala airmata
untuk meminta maaf,
tidak sama sekali.
tapi sedarlah,cerminlah diri sendiri
orang kata,

perahu terlajak boleh diundurkan
tapi kata terlajak? badan kau binasa.

perangai kau elok molek kan sikit
rupa paras kau semua dah ada
sampai kebanyakan lelaki terliur melihat kau
tapi satu aku pinta,
perangai kau.
ubah lah.jangan khianati sesiapa lagi.
puaskan nafsu kau dengan cara lain lah.
tak elok ganggu emosi orang

aku akui aku bukan sempurna
tapi aku menyampaikan apa yang patut
andai tersilap langkah,
maafkan aku.
aku hanya pelakon opera di pentas dunia

memang seronok apabila menjadi kurang hati
memang seronok apabila kenakan orang
memang seronok apabila nafsu kita puas
tapi perasaan hati orang kau perlu jaga juga
cermin diri kau wahai FRaud

6 comments:

  1. urm..erm..errr..kau ckp kaum sejenis sape wey?ak ea?ak cam terasa jugk sbb ak kn kaum sejenis ngn dia..hmmmm

    ReplyDelete
  2. pedihnya bukan main lagi. kalau lah insan itu aku, malunya 7keturunan terasa.

    ReplyDelete
  3. kaka : hahaha ade lah.bukan kau lah. :P

    ReplyDelete
  4. mas idayu : memang suka jatuhkan orang laen ae? hey tak paham betul lah ngan manusia iri hati nih

    ReplyDelete
  5. fuh!!!lega..nsb bkn ak..hehe

    ReplyDelete