aku ada bunga ajaib


aku ada bunga ajaib
diberikan sang pari pari
untuk diri sendiri
tapi aku takut gunakan

aku ada bunga ajaib
dewi kata untuk aku
kenapa cuma aku mampu?
kerana kau ada bunga

aku ada bunga ajaib
aku cuba menghidu harum
ternyata tiada apa jumpa
semakin hati semakin hairan

aku ada bunga ajaib
fikir sama dengan lain
aku lupa suatu perkara
dewi pari yang beri

aku ada bunga ajaib
semua orang jakun melihat
mereka kata aku berkuasa
aku hamba jawab aku

aku ada bunga ajaib
dewi datang kata lagi
hajat diperkenan hanya aku
semua untuk aku seorang

aku ada bunga ajaib
panik dalam diri
semakin bertambah bertimbun persoalan
konspirasi diskriminasi untuk aku

aku ada bunga ajaib
hajat untuk aku suarakan
dimahukan semua sejahtera aman
sebab ketipuan dunia busuk

aku ada bunga ajaib
manusia berpusu - pusu datang
jumpa aku supaya membantu
hati tanya, kerana apa?

aku ada bunga ajaib
mereka meminta untuk guna
didedah cerita sedih belaka
memang dunia tidak adil

aku ada bunga ajaib
si polan datang lintas
curi bunga dari aku
malangnya si polan kaku

aku ada bunga ajaib
benar ianya untuk aku
tapi aku mahu keadilan
untuk semua manusia bumi

aku ada bunga ajaib
gunakan untuk stabil dunia
ekonomi politik sosial semua
untuk harmonikan jelata rakyat

aku ada bunga ajaib
untuk merubah sikap manusia
dari gigih kepada putus asa
supaya tiada perang lagi

aku ada bunga ajaib
mencurah air mata perempuan
meminta bantu si mangsa
terseksa hidup neraka dunia

aku ada bunga ajaib
menghunus pada awan berkata
saksama pada muka bumi
dengan keadilan setiap manusia

aku ada bunga ajaib
pari pari datang bertandang
mengapa aku tidak guna
manfaat kelebihan untuk fizikal

aku beri bunga ajaib
yang kau beri awalnya
"bahagia itu pada setiap pagi
yang tidak Tuhan biar kau mati"

4 comments:

  1. nyata kamu bukan kumbang yg rakus kan :)

    ReplyDelete
  2. Untuk apa untuk menjadi rakus? Hati ini sering diajar untuk tenang diri sentiasa.

    ReplyDelete