acara akhir di sekolah

penat hari ini menyaksikan acara akhir sukan di ex-sekolah ku. nawaitu di hati bukan hendak lihat siapa olahragawan mahupun olahragawati, tetapi hadir atas alasan berjumpa teman lama termasuklah dimasuklah cikgu2 yang pernah bertungkus-lumus memerah keringat mencurahkan ilmu yang penuh di dada demi masa depan anaknya. haha panjangnye alasan ku.
selang sebaris perenggan baru koma > pn.Syukriyah, pn.Wardah, pn.Hamizah, pn.Hartini, pn.Noorsham, pn.Maslinda, pn.Hafizah Basiran, pn.Mahani dan ramai lagi. ini kerana cikgu2 atau teacher2 di situ sgt2 ku kenali dan mengenali ku seadanya. haha terasa rindu yang bertambunan tadi dapat dilepaskan dan memanjat kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana memberiku peluang atau chance bertemu/meet/berjumpa mereka. terpancar kegembiraan yang tidak dapat ku luahkan dengan kata2 mahupun menaip mesej. huh
selang sebaris perenggan baru koma > di kesempatan tadi juga, ku sempat juga bertemu kawan2 lama yang sudah lama tidak bertemu mereka. hendak ku sebut terlalu ramai, hendak ku tangisi tapi mengapa? hendak ku diamkan tak mampu kerna ku bukanlah seorang yang pendiam dan ape lagi lah aku merapek nih! haha.
perenggan akhir, yg penting ku ingati mereka dan tangan bersalaman hati memaafkan (tapi kenapa??) maksudku, yg penting di sini mereka masih mengingati ku dan ku mmg tidak pernah lupakan mereka. d=)


*kak yah : kau tak jumpa kak yah ke? kak yah rindu sgt sama kamu wahai tukang kebun!

No comments:

Post a Comment