negatif layak untuk aku


campak batu dalam air.
satu bulatan semakin besar akan terhasil
ranap akhirnya tapi secara neutral, semakin menjadi besar semakin dilupakan lalu hilang bulatan itu

bukan itu untuk diperdebat

satu saat untuk aku kata,
aku minta maaf
maaf dari hati
sememang ini dewan diisi oleh majlis kita. maaf aku sibuk dalam segala hal. bila ada hikmah katanya, insyaAllah dengan izin Maha Esa. sibuk aku hari ini tidak bererti aku akan sibuk sekalian hal. ada hal tertentu untuk aku.

jam menunjukkan 4 pagi tapi mata masih sibuk melilau
kepala memikir apa akan berlaku seterusnya
luar biasa atau tidak perkara itu
aku tidak tahu - menahu kerana semakin kerap aku fikir, semakin kelam dan buntu pemikiran itu.
kerana yang datang bukan satu dua,
tetapi berbaris di belakang satu dua di awal itu.

sekali lagi, sebelah positif memang tiada dalam aku
cerita yang di canang oleh orang itu, harus kau dengar. kerana diri sendiri tidak mengerti sikap sendiri. orang melihat, orang perkata mungkin ada kebenaran. tapi jangan melampaui batas. sabar aku memang infiniti tapi biarlah.
dengan satu kata,

aku terima segala

masa bergerak tidak tinggalkan jejak. tapi pergerakan aku diperhatikan jejak di belakang. luar biasa semua ini. hendak monitor diri aku, silakan. kita lihat siapa mula dahulu, siapa ranap kemudian.

di GEGO, memang RANAP apabila fynn jamal memulakan itu
sungguh menggugat hati dengan persembahan
gelap, dia, kehadiranku langsung ditambah kumpulan statik.
walau fizikal aku jauh dari persimpangan, aku masih kerap berfikir.

berfikir apa akan berlaku esok
masa depan.
segalanya dalam perancangan.
maaf segala jejak, aku tinggalkan setiap titisan warna untuk aku ingat perkara berlaku.


p/s : satu hari, perkataan aku akan semakin dilupakan, dan dari sini, aku imbas segala memori sedikit demi sedikit.

1 comment:

  1. semakin masa berlari, semakin tak kenal siapa amirul hakim ni.

    ReplyDelete