sekutu itu kuat berangan


hari demi hari
selangkah demi selangkah
depa demi sedepa
laju semakin laju. aku mencari pelbagai jawapan namun persoalan muncul. setiap kiri dan kanan, aku selak helaian itu, tiada apa aku dapat. tidak lupa depan belakang juga.

kata - kata hati
kata - kata pertuturan aku lindungi semua
agar tidak menikam hati.
manakan sama kata - kata budak si pemakai baju sekolah berseluar hijau berbanding baju kemeja bertali leher merah. jauh bukan?
nyatanya kutu itu memang kuat berangan.

bukannya apa. keserasian dalam diri antara kita dan manusia sekeliling bukan terletak pada suara kita. tapi suara orang suara manusia yang melihat.
memang benar segala negatif dicampak, tapi mesti adanya cas positif.
bukan banyak tapi sedikit sahaja. itu pun kau masih rabun?
pura - pura atau benar - benar?
nah! aku bagi kau lihat dengan mata kasar.
tak cukup, aku bagi lihat dengan mata hati.
katakan
luahkan
lepaskan
apa saja perasaan pada aku

setiap malam hari aku, aku jiwai dengan nada wangi ciptaan aku
aku buka mata, aku luaskan pekung
aku luaskan mata
walau kecewa suntuk masaku, nekad dan tekad untuk meraikannya tanpa bersalah. seperti unggun api yang kita idamkan, menyala semarak galah kita bersorak. begitulah kejayaan.
aku fikir tanpa hirauan
aku fikir tanpa bersalah.

dunia kini ibarat dosej gula
kiri kanan depan belakang semua ada
dan
nyatanya kutu itu memang kuat berangan.


p/s : 'aku minta sebulan dua ini beri aku kekuatan luar biasa untuk menyandang beban aku'

No comments:

Post a Comment