kalau aku jadi perempuan itu


kalau aku jadi perempuan itu,
bila pertama kali aku ucap sayang,
aku akan sayang sampai bila - bila.

kalau aku jadi perempuan itu,
memang nampak buruk depan mata,
tapi aku minta penjelasan.

kalau aku jadi perempuan itu,
penjelasan yang diberi aku simpan
aku tulis dalam diari. supaya aku tidak lupa.

kalau aku jadi perempuan itu,
janji aku kata, akan aku kota
walau sukar depan mata aku.

kalau aku jadi perempuan itu,
aku akan belajar untuk kenal hati dia
untuk masa depan aku mungkin.

kalau aku jadi perempuan itu,
tidak aku samakan apa aku milik
dengan lelaki lain
kerana apa,aku sudah punya dia.

kalau aku jadi perempuan itu,
akan aku turunkan ego aku
supaya aku tidak marah - marah dengan dia.

kalau aku jadi perempuan itu,
aku akan cuba buat terbaik
untuk pertahankan hubungan dibina lamanya.

kalau aku jadi perempuan itu,
aku akan belajar sesuatu.
iaitu terima buruk baik dia seadanya

kalau aku jadi perempuan itu,
aku mahu sabar aku atasi sombong ini
ada panas baran yang patut aku ubah.

kalau aku jadi perempuan itu,
mustahil aku akan pergi
jauh ke bukit sebelah.

kalau aku jadi perempuan itu,
hitam yang aku lihat
akan aku cuba ubah menjadi hijau
dengan persetujuan bersama

kalau aku jadi perempuan itu,
bila bertelingkah, aku fikir semula.
kenapa perlu ada konflik antara kita?
bukan kah kita punya banyak jalan?

kalau aku jadi perempuan itu,
sekali tersenyum, pasti esok lusa masih senyum
kadang, hari ini senyum tapi esok muram

kalau aku jadi perempuan itu,
aku tidak merungut mengada - ngada
diminta belikan telur busuk itu

kalau aku jadi perempuan itu,
hari indah aku akan sentiasa tersenyum lebar
dan mimpi aku seindah biasa.

kalau aku jadi perempuan itu,
malu dan busuk dia, kita sama - sama jaga
kerana kami tidak sempurna.

kalau aku jadi perempuan itu,
muka menawan akan aku perjuangkan
untuk terus damba hati dia.

kalau aku jadi perempuan itu,
aku bersyukur dengan takdir terlakar
dan aku harus belajar untuk pengalaman itu.

kalau aku jadi perempuan itu,
aku akan cari di mana lubuk hitam
untuk aku letak putih aku.

kalau aku jadi perempuan itu,
rasa yang kau beri,
akan aku asingkan untuk dimuat dalam memori.

kalau aku jadi perempuan itu,
aku sedar diri aku cuma perempuan.
aku manusia penuh khilaf.
aku tidak sempurna
aku banyak cacat nya
aku cuma yakin, dengan adanya kau
tulang rusuk dari itu aku mampu sempurnakan kita berdua.

menerima seseorang dalam hidup bukan perkara mudah malah ia boleh jadi mustahil apabila memperoleh satu kejutan jangkaan.
menjaga dan mendidik hati kita untuk manusia yang sama punya celaka seperti kita.
proses hidup kita ada berjuta langkah untuk kaki pergi.

12 comments:

  1. fuyoooo..terbaik la belon!!!besh2..10+++ bintang ak bg..hekhek :p

    ReplyDelete
  2. haha mana ada lah kaka. grr grr

    ReplyDelete
  3. kalau ada perempuan sesempurna itu, itu pasti kalau kamu jadi perempuan itu.

    ReplyDelete
  4. haha tak lah mas idayu.saya mana boleh jadi macam perempuan itu.hehe ;0

    ReplyDelete
  5. haaa susah kan. kalau lah semua jadi macam tu, takde lah kes cerai wujud kan dalam dunia

    ReplyDelete
  6. kalaulah saya jadi lelaki itu pulak pasni? hehe

    ReplyDelete
  7. cik chopu : haha betul. ala apa pun berlaku, semua hati yang kawal.

    ReplyDelete
  8. cik jannah : haha kalau awak hendak jadi lelaki itu, saya harap lelaki itu utamakan akal dan hati waras sebelum bertindak. :)

    ReplyDelete
  9. haa..bila nk buat entry 'sebab ak laki itu' plak?..:p klu ade roger2 la..:D

    ReplyDelete
  10. amy a. : hahah kalau nak tau, sikap lelaki itu semua berkait dengan atas.cumanya nak suruh perempuan itu jadi seperti itu. :)

    ReplyDelete
  11. zulhilmi : haha tabah bahat haha

    ReplyDelete