#102

perjuangan hati kita belum berpenghujung
walau rupa paras kadang jadi diukur
tepuk dada tanya iman
jangan kata sebelum ia akan jadi apa

#101

13/08/2012 semalam bukan sebenar tidak lagi gelora
bagai bersuara tanpa bersua
bermula kaki sampai penghujung sujud

#100

katanya kuih semprit mahu dijadikan berian
tapi penghilangan dengan bahasa barat
buat aku terkedu dalam diam
semua pengorbanan tidak aku tunjuk. biarlah rahsia sepenuh penjuru
tunggu satu hari nanti

#99

'tiada lagi mahu ku tahu tentang kamu' : Bencinta-Faizal Tahir
hati yang sepatah, akan mula berkata petah
walau dalam kelam. 
jahat kan?


#98

percaya tak percaya, kawan mesej mengucap hai
dalam hati aku berseruling,
kawan?
apa guna kawan kalau block kat facebook.
itu kawan kan?

#97

jangan kerut dahi,
tukar niat mulakan dengan bismillah mesti jadi
cuba lagi

kita belum warta

setiap hari soalan sama
bercakap ini, berpusing ini, semua tak kena
dalam perasaan ada satu hitam janggal
memang kekal sampai tidak bernoktah

bukan paduan suara menjadi galeri
tiada seindah kehidupan aku impikan dalam potret
semua keyakinan dah dilunturkan
oleh peluntur mulut kamu
jalanan berduri, berbuah duri
sampai keluar hanyirnya duri dalam kiasan
'bertamu di kalbu bersama sang jengking'

mana kan sama berhantar dan tidak kehantar
lukisan itu belum lagi padam
tapi dah diconteng kesilapan dan kekhilafan
menghembus nafas lega pun belum tentu
dapat muat turun kemaafan
sebelum kehabisan Ramadhan, eloklah bertapa dalam kayangan
penuh keampunan permohonan

adakala hari itu,
permohonan ku ditolak taksub dengan bambino
bukan merungut, bukan mencarut,
tapi setitis bahasa inggeris tidak dibalas dengan lagi
gunung yang menggagah, belum tentu dapat diduga 
apa lagi mata kail panjang sejengkal untuk laut dalam

tempat kita diwarta,
jika belum masanya nama tiba, kita cuba lagi.

#96

kalau kita beli dua, percuma satu.
tapi satu tu mahal
macam mana nak beli? duit pun aku takde
hampeh! lupakan dua percuma satu itu.

#95

terima kasih kerana masuk dalam mimpi kelmarin
harapan masih belum membutakan impian kan?

#94

penat hari - hari begini.
penat dalam terpaksa
penat.

Eye - Izinkan Selamanya namamu di hati



mendengar, sambil mulut ternganga.
wohaa

#93

tiada sebarang kelayakan untuk disayangi
tiada daya untuk berkata
hanya mampu bermimpi senyap - senyap
semua detik pengorbanan yang direncana, habis

#92

tahun kelahiran binatang busuk, 
tak semestinya perangai pun sama busuk.
perangai dinilai dari mata berbeza

#91

lumrah kehidupan,
hari ini senyum petang muram
pagi esok marah malam ceria semula
dalam kesusahan, manusia akan mencuba mencari kegembiraan

#90

bersyukur dengan apa yang ada
jangan sampai suatu hari nanti
dengan sikap mu, kau kehilangan impian

harapan belum membutakan impian

Shahir - Dia Yang Kau Pilih

Setiap baris kata-kata yang ku baca
Bagaikan jalan hidupku
Tiada lurus semua seolah hampa
Haruskah aku sesali

Bagai kisah kita yang surut selalu
Bilakan berakhir

Biarkan aku berundur
Jika itu yang telah pun tertulis
Jalan ku tak panjang
Bersama dirimu

Jadikan dia terbaik
Kerana itu yang telah kau pilih
Biarkan diriku membawa semua
Luka

Setiap kata kau ucap semua dusta
Pernahkah kau menyesali
Tiada tulus semua helah semata
Haruskah aku menanti

Kini kan berakhir
Ku takkan berpaling
Relakan segala


#89

seorang perempuan akan merasai kepuasan hidup
apabila dia menikahi dan melahirkan anak kandungnya
itu kepuasan hidup seorang perempuan
sabarnya perempuan itu menjaga kandungan bayi, terlalu tinggi

#88

pernah kau merasakan,
kau memberi tapi tidak merasakan?
kau sehabis daya tapi dibalas tiada
haruskah?

#87

memang tiada penghalang, 
pertanyaan ku, kau nak rempuh tembok batu itu?

#86

dulu kita angankan cinta terindah
sampai aku lah raja engkau permaisuri
sampai aku bulan kau lah matahari
sejak itu, sampai sekarang, aku dikhianat
lahanat