kunyah dengan hina



dua tiga hari kebelakangan ini,
kehidupan aku terumbang ambing. semua berpunca ke tidak betulan pengurusan masa yang salah. pengurusan kalung hati ini juga aku tak rasa ianya teratur.
cuba menjadi tenang dalam segala masalah

berjuta angin busuk, halilintar besar datang menjenguk.
aku biarkan mereka masuk dengan harapan bawa bekalan
benar bekalan mereka bawa semua bekalan sisa - sisa.
melihat pun susah payah, lagikan aku mahu menatap

niat dalam hati, berehat selama lima hari untuk menenangkan fikiran
tapi racauan kecil aku anggap ganggu diri aku
bukan mudah untuk menangkis segalanya
kerana hanya cekal dan betul - betul tabah mampu laksana

sial datang ketuk pintu.
dibuka aku persilakan masuk
dia datang tanpa diundang benar
mana pintu dia langgar
sudah aku nasihat
penat mulut aku bersuara, datang sial,
datang hari kemudian.
beri aku rehat untuk neutralkan minda raga aku semula
terima kasih pada kawan ramai membantu
tanpa mereka, aku layu.

malam duapuluh berapa aku lupa
bermimpi dan bicara tentang pilihan hidup
kiri kata lain kanan cakap lain
akui memang diri ini penakut.
biar aku takut sekarang
biar aku kecewakan sekarang
biar aku bunuh kejam sekarang
sebelum aku bunuh secara halus kotak hati nipis itu

ya!
aku kejam sebagai manusia. tiada secebis nilai moral untuk dicontohi.
aku sedar diri sendiri
perilaku aku, tiada hati lain mampu kawal
cukup sekadar sedikit aku tunjuk
cukup sekadar pisau itu hanya menghiris
usah resah jika hati itu ditembak kejam!
benar sakit itu sekali, tapi pedih menanggung?
dari hari boleh jadi selama.

kerana, kalau difikir hati orang, sampai bila
kerana kalau difikir orang, cis! takkan sampai ke mana.
manusia itu punya mulut
sering sahaja diminta untuk suap seperti bayi ke anak - anakan.




p/s : kerana bahasa yang kau pinjam dari iblis itu telalu indah bunyinya

2 comments:

  1. bila manis kunyah perlahan, bila pahit terus ditelan. bukan semua mampu kunyah yg pahit kan.

    ReplyDelete