besok masih ada cuaca

Ah hati ini terlalu panas.
Menggertak geram-menggeram sahaja
Hendak kupatahkan saja segala ranjau
Segala rasa membuak
Buat aku terkoyak.
Tapi arah mana hendak ku gerak?
Entah mahu aku meratah melanyak?

Diam.
Tutup mata.
Mari sini telinga, aku bisik
Lahanat.
Tertanya
Kenapa keliling disini tak kasihan
Manusia berjantung hati perut bukan?

Tiada satu erti pena mengiris
Memuntah kata sejuta jadi tiris
Hunus segala rasa, tajam kan kutukan aku
Sebab aku bosan dengan penahanan
Dengan timbangan kurang jalan

'Kan hidup bukan asal makan,
Mati bukan asal nafas tertahan'

Untuk tidak peduli pada sekatan
Untuk tidak hirau pada tahanan
Mahu mara menembus malam membutakan,

Hari ini cuaca buruk
Tapi besok ada cuaca
Besok aku koyak segala derita.

1 comment:

  1. kalau aku bisa koyak segala derita, alangkah indahnya hidup. Akanku buang kudis, nanah dan darah yang terpancut.Tapi, aku tidak punya kuasa, kerana aku manusia biasa.


    Love your writing abg lolon.
    Check out my side.
    Ryeha buat blog baru.
    Lama sudah disposal.
    hee :)

    ReplyDelete