jawapan persoalan melalui karutan

perempuan
hebat. ego tinggi.
penarik nafsu serakah
semakin tinggi,bara hati mendidih

pertama mendengar sendiri dari
luahan mulut,
aku terkejut.maaf aku tak serius
bukan niat untuk mempersenda.
bukan niat untuk menyakiti
benar itu aku.

kenapa waktu malam kau?
kenapa aku bole hadir?
kenapa aku ada?
kenapa aku ada dalam khayalan kau?

serbi tentang aku.
manusia biasa yang bangang! bodoh!
tidak pandai berlakon.
diri sendiri sentiasa.
terus terang aku kata, aku tak mahu sakiti hati perempuan lagi
setelah parut aku buat,
sampai luka berdarah
hingga hari ini.aku mintak maaf
aku tau kesilapan aku besar
silap sering buat hati kau silau
silau dengan darah mengalir
hati tak tertangguh untuk luahkan rasa pedih
melalui medium, automatik retina kaca pecah
mengalir air mata
walau perempuan,ego tinggi setakat,
aku bisa sabar walau terluka
terlalu banyak jaga hati,itulah aku
gemuk! hitam! kurang ajar!
bemain main dan kurang serius
itulah aku.
ketidaksempurnaan aku semua dapat lihat
keburukan aku juga sentiasa dipamerkan
agar jelas lebih mengenai aku.
tidak suka berselindung dan terbuka
bukan meninggi diri malah berbangga
tapi pucuk pangkal,

'hati kejam ini sudah tak sanggup membuat parut di hati berlainan nafas.'

biarlah sekadar permainan gelak tawa hari hari
semoga cepat dilupakan potret tawa ini
hari ini gelak, esok lupa.
rilek,sabar itulah kunci.
sikap serius dan perfection diakui memang terbaik
nun jauh aku dengan sempurna
aku sedar ini siapa
yang tak layak berlakon di pentas opera ini.

usah berdalih cakap aku
aku bicara diri aku
biarlah orang benci aku
kerana aku bukan harapan untuk diharapkan
lupakan lenyapkan perasaan untuk aku
kerana kawan kawan jadikan lebih mesra
entri untuk seorang yang berani bercakap
meluahkan segala walau hampir pecah kaca
aku fahami kau
tapi berbalik semula,
jawapan aku tetap sama.

'hati kejam ini sudah tak sanggup membuat parut di hati berlainan nafas.'

khayalan perdaya kau
tapi kau tiada daya untuk tempuh
lalu kau hanyut bersama warna dunia.
usah percaya si penipu ini.
walau kau gagah untuk teguh berdiri
segala nikmat, syurga kononnya,
kelalaian perdaya kau
namun segala kisah berlaku
harus diterima kau
berserah pada maha Esa
tiada apa aku harap hanya dapat ku temukan
keindahan abadi selamanya. :)

9 comments:

  1. hahahah ape yang nk ditakutkan.
    :) keburukan sy semua orang tau. hee

    ReplyDelete
  2. wahh ayt anda! saya perlu belajar lagi untuk jadi lg jiwang karat plus berkarat2.

    ReplyDelete
  3. wan : eeh budak nih.ayat sapa ag jiwang??? hah! kamu uh yg telebih2.ayat di atas nih biasa2 jek.ishh

    liyana : takyah lah tak tau nk ckp pape.hehe nape sedih?

    ReplyDelete
  4. sedih baca apa yang kau tulis *nangis*

    ReplyDelete
  5. lah? nape kau sedih? sakitkan ati ae? sori.tp kau jgn rsau.bukan untuk kau. :)

    ReplyDelete
  6. haha taulah bukan untuk aku. chill je la. buat pe nak nangis-nangis

    ReplyDelete
  7. hah tau pun kau.ehehe rilek suda. :)

    ReplyDelete