di belakang senyum



setiap saat berlalu, setiap detik melangkah. pagi bertemu siang. malam bertemu mimpi. setiap malam yang meratah perjalanan aku, adalah malam yang busuk bagi aku. setiap malam ada sahaja perkara pahit. kadang itu, perkara itu bukan salah aku tapi aku ya kan juga jadi kesalahanku.

rakan - rakan di sekeling kita, aku tahu semuanya bukan mudah untuk kita ramal. kadang itu, salahan ramalan kita membuat kau diratah kejam. mungkin ada sesetengah itu, ratahannya tidak kejam. hanya lembut - lembut sahaja.

ya!

aku bukan sebijak secerdik sepandai seangkatan dengan kau.
memang aku bodoh tapi tidak sebijak engkau.

setiap hari aku lalui,
tidak aku kisah pahit,
manis
tawar
bahkan berdarah.
aku lalu juga.
untuk aku ambil nafas pengalaman baru untuk aku isi dalam kamus hidup aku. apa aku pelajari, setiap berlaku punyai hikmah tersendiri.

hikmah dalam konsep kamus dewan bukan sesuatu yang kita dapat lihat secara langsung. hikmah datang dengan kita sendiri yang rasa kehadiran itu. memang dengan biru mata hitam kita rasa, tapi sakit untuk menunggu hikmah sampai, ada hati lain rasa?

mencari teman seangkatan
untuk risik jadi keluarga
bukan mudah untuk difikir
dibilang dengan jari
pun tidak habis
apa lagi kurang dalam itu?

penerangan yang kurang jelas kadang - kadang buat kita hampa. tapi siapa yang faham kehampaan itu andai keegoan milik sendiri selalu tebal dalam hati.

mungkin pagi ini aku sedang bermimpi.
bermimpi kan syurga hadapan mata.
tapi bila aku cuba jejak kaki,
terasa panas di tapak kaki.
aku nampak neraka di bawah.
bukan dongeng untuk bercerita, tapi yang jerit terpekik, adalah aku. perasaan ketika itu takut sangat.
aku jadi fobia.
mimpi aku kejam.
aku pukul diri aku.
aku lempang pipi aku.
tapi tidak mampu mengubah apa - apa.

aku lupa, aku ini insan biasa
tiada istimewa langsung dalam diri
mudah untuk dicampak, mudah untuk dipersenda.
melihat orang lain gembira, aku mahu ketawa.
tapi siapa insan hina ini untuk ketawa bersaing mereka?

sayu hati, mungkin aku sahaja rasa.
terima kasih.
walau aku tidak mampu ketawa,
aku masih mampu tersenyum.


p/s : di belakang setiap senyum, gelak dan ketawa. kita punyai 1001 cerita berbeza.

6 comments:

  1. ya senyum. teruskan senyum. banyak bibir yg akan turut tersenyum :)

    ReplyDelete
  2. mas idayu : banyak bibir akan turut tersenyum? pelik.haha

    ReplyDelete
  3. apa lah yg peliknya. kalau tengok orang senyum, kita pun kan akan rasa nk senyum. sebarkan senyuman. peace!

    ReplyDelete
  4. hahaha betul jugak. nak menjerit lah tu? haha tumpang tumpang

    ReplyDelete
  5. mengukir senyuman itu salah satu sedekah menurut hadis. jadi, lemparkanlaa senyuman selagi urat pipi mampu menolong bibir menguntumkan senyuman, walaupun hati perit lagi berdarah, tiada siapa tahu disebalik senyuman itu penuh kedukaan. bersabar ye kawan. kau masih ada kawan disisi.

    ReplyDelete