mudahnya kau


apa manusia tahu?
apa manusia mahu?
hanya kesenangan dan kekayaan. itu sahaja yang bermain di minda. bagaimana dengan aku yang miskin? bodoh? lagi hina? aku kan orang jahat. korang ingat aku tiada perasaan ke? ya! memang dari fizikal, buruk kau boleh nampak. pernah aku kata, aku bukan menunjuk kebaikan untuk keegoan diri.

mudahnya maruah dijatuhkan
secebis kata - kata pun cukup
tak perlu banyak
kerana apa, cermin diri belum lagi.
sudah pandang diri orang lain.
tak sampai sepuluh saat maruah boleh dijatuhkan. menyebabkan pergaduhan yang melaratkan. bukan melaratkan sahaja, malah memudaratkan juga. kasihani diri itu. aku bukan penagih simpati dan kasihan dari mana - mana.

sampai hati kau
sampai hati

kau mahu kegembiraan itu, tapi kau hanya tahu kegembiraan sendiri bukan kegembiraan bersama. kenapa tiba - tiba aku dipersalah? aku tak mahu tuding siapa - siapa. memang benar salah aku, tapi bertimbang rasa lah untuk aku. bukan aku sahaja, cumanya orang lain pun kau bersikap sedemikian.

pernah kau berjalan sendiri
tersepak batu
lalu kau tersadung,
terluncur atas jalan itu
siapa kau salahkan? batu?
kenapa batu jadi mangsa?
bukan ke akal fikir kau yang menggerakkan kaki ke arah batu itu

jangan aniaya orang sehingga tahap maksimum untuk kau kejar kebahagiaan kau seorang. bukan menyuruh untuk menjaga hati dan perasaan orang, tetapi faham sedikit sudah memadai.

pesanan aku,
siapa diri kita, lihat kawan kita.

2 comments:

  1. pentadbiran hati, lagi susah ditadbir dari mentadbir sebuah negara. kan? busuknya hati, busuklah hasil. kadang kita terlalu ikut hati, sehingga lupakan akal. sedangkan akal dah tadbir kita sejak dulu.

    ReplyDelete
  2. hahaha betul lah mas. itu yang mereka tak perasan. bukan apa, kalau semua perkara ikutkan hati? yang kena diri sendiri tak apa, padahnya pada orang lain.

    ReplyDelete