#10

ada orang kata ianya buang masa
ada orang kata ianya menguji kesabaran
ada orang kata ianya menarik
ada orang kata ia perlu banyak kali
ada orang kata ianya pengalaman
ada orang kata ianya menyakitkan
ada orang kata ianya membahagiakan

pandai didik dan pupuk,
cinta itu macam-macam boleh berubah
mengikut kata pencinta berdua

#9

'ku mengharap kan Ramadhan kali ini penuh makna'
belum tentu kita dapat memasuk kapal terbang H1434 Ramadhan akan datang

#8

malam belum berlalu pergi
harap siang hari ini ada malam
sama seperti seterusnya

#7

kadang kita tak dapat tahu pun sebenarnya kawan yang kita rapat adalah orang yang kita cintai
kadang juga orang yang kita belum kenal adalah cinta kita
dan kadang juga, orang yang kita selalu rapat belum tentu mahu hati kita.

#6

'bila kau sayang seseorang, kau akan biarkan dia memilih dan terima apa jua pilihannya. tapi bila kau cinta atau suka seseorang kau akan selalu menunggunya dengan setia dan tulus'
- Hanya Aku Cinta Kau Seorang

#5

manis nya kau dan dia
dalam gambar memberi seribu makna
dua hati bersatu, letak dalam sangkar, jaga molek-molek
biar cinta kamu kekal

#4

seperti bermain dengan nombor,
kita belum jumpa titik terakhir. 
sama seperti hidup,
kita masih bernafas selagi sebelum pejam tak celik

#3

manusia mudah membenci
itu kebahagiaan mutlak hati mereka
yang keji.

#2

cepat benar manusia berubah
bukan satu, bukan dua dan bukan tiga
semua manusia belum jumpai kepuasan maksima

#1

Meski hati tak rela,
bila dunia tak lagi untukku
berlari sejauh mana pun, kedamaian dan ketenangan tak ditemui

selagi kita tak berserah pada Allah

semalam bodoh sampai hari ini

  • Semalam,
    Baru aku celik mata
    Baru aku celik hati
    Baru aku celik jiwa

    Semalam,
    Baru aku nampak pelakon
    Bermain watak depan mata
    Bukan, depan sahaja
    Dalam hati juga

    Semalam,
    Penghinaan itu, cemuhan itu,
    Tohmahan itu, dah diganti dengan
    Kemuliaan.
    'Air mata jadi pemata' betul kata Iklim

    Semalam,
    Selamat tinggal kesengsaraan,
    Selamat tinggal penderitaan,
    Selamat datang hari ini
    Selamat datang hari senyum.

    Semalam,
    Isnin sampai ahad,
    Bertemu isnin semula.
    Hendak berterus terang, mulianya hati belum tenteram,
    Tiada makanan nak disuap,
    Tiada sup nak dihirup
    Dah dikemam, semua dah selamat dikebumi

    Semalam,
    Manusia datang jadi seseorang
    Tapi saya tak peduli,
    Janji hati keriangan.
    Bulu mata itu palsu, aku tahu kau tak silau lihat harta.

    Semalam,
    Manusia dijadikan tidak sempurna
    Manusia dilahirkan berakal fikir
    Manusia boleh memilih banyak jalan
    Simpang kanan kiri semua ada kelebihan
    Pengenalan itu, elakkan rampasan

    Semalam,
    Kita berjalan dalam lorong gelap
    Tangan berpegangan,
    Kembali terjalin, tepi laut.
    Udara nyaman, sebalik pasir terlakar tapak kaki sebelah tapak sulaiman
    Minda menyisih mata terbeliak bawang,
    Masa mengenal jangan fikir ego seorang.

    Semalam,
    Kita jadi jahil.
    Hari ini,
    Kita sedar ianya kerugian
    Kesempatan tidak mengenal keikhlasan.

harapan dah butakan impian

  • terang impian dimatikan,
    butakan itu hanya sejarah lampau.
    Tuhan saja yang tahu fikiranku.
    tiada muntah dalam cinta,
    tiada jilatan dalam sekam.
    maaf separuh jalan,
    gunung masih bertanda noktah.
    penuh peperangan
    sangkaan tak tepati mentari

    harapan dah membutakan impian.
    tutup cerita.
    tutup radhiolama.
    tiada kosmik, tiada melankolik
    gigitan realiti lebih bisa dari menggigit.

sebentar

  • Sebentar,
    Mulut yang manis
    Tak perlu minta dikeluarkan suara
    Pasti gula terasa di telinga
    Bukan setakat gula, kicap manis pun terjuir.

    Sebentar,
    Jasad yang bernyawa tapi hampir mati
    Terdampar di situ
    Kenapa bila ditanya?
    Rupanya masih menunggu saat jawapan
    Saat ini.

    Sebentar,
    Himpunan persoalan satu dijawab,
    Sikit kan? Masih buat tersenyum
    Gemersah kerlipan mata,
    Adanya kerdipan jujur.

    Sebentar,
    Kenapa tak tanya mereka sudi
    Kenapa tak tanya apa yang dibuku
    Kenapa tak tanya siapa terpaku
    Kenapa tak tanya nama pak pacak
    Dan semudah itu, jawapannya petikan jari,
    Maharani.

    Sebentar,
    Terdengar lagu Drama-Cerita Dia
    'Bila ku tunggu jawapanmu masihkah aku ada di hatimu. Saat ini'
    Hanya pungguk yang sanggup jadi 'pak'
    Menunggu tepi lelah,
    Bermati pacak khemah, bawah mentari
    Perempuan lalu di hadapan, sedikit belas untuk lap peluh pun tiada rasa.

    Sebentar,
    Kau ingat lagi,
    Seindah lafaz, secanggah kata, seperguru dengar, seperkasa tulisan,
    Semuanya tak tertanding satu ayat,
    Ke awangan tinggi hendak dicuit, bawah setaraf langsung tidak diramas.

    Sebentar lagi,
    Bengang bila dilancang,
    Selagi kuning masih bertukar hijau.
    Usah bermimpi baju atas paras lengan,
    Saat luka kecil beri besar kesan.

    Perilaku pertahankan kata, tulisan pertunjukkan cinta, kerdipan mata minta didukung. Sampai seberang sana.
    Rangkul aku sampai kita bersebelahan jiwa.

lumut habis ditanam nama

mudahnya meratah ayam bila sudah masak
semudah menelan isi ikan tanpa tulang
mudah juga meludah tepi jalan
mudah kerbau itu berlari dalam mata tertutup

kala jengking boleh bersatu dengan ular?
setiap geri semuanya tak sama
langkah kiri
langkah kanan
semuanya meludah jalan sama
kenapa masing-masing ego sedangkan tinggi kelapa
keduanya tak sampai

kuda beban?
masih dalam perjalanan
membawa lembu mati
membawa hurungan lalat
membawa sekelumit puspa
mustika kanda bukan sekadar bahasa jiwa. apa yang diucapkan tak sama dengan perasaan hati. hati dan perasaan masih bukan sebahagian untuk di-sukma-kan. semusim berubah, asalnya direkod dalam suatu cakera hitam

padat
pejal
kukuh
biar semuanya tidak bergerak
dalam gumpalan awan, cinta tetap abadi
supaya kau tahu ludahan itu masih boleh dijilat dalam masa terdekat
gambar itu
lukisan itu
semuanya disimpan peram
disimpan kelu

mengharum nama, mewangi nama sejauh itu tidak dikisar jadi lumut.

kuda beban

Dengan satu sajak, aku gulung benteng yang mengepung. Dengan sebaris madah, aku sepikan semua riuh. Ku hapus semua gelojoh buat suaraku meluncur mewah.
Mikrofon depan mulut
Suara tak terpacul keluar
Diam
Bisu
Tak mengapa

Kalah dan gagal suatu kosa-kata membawa maksud berbeza.
Kalah kita jatuh
Gagal kita pedih

Semua langkah dah dikunci, semua pintu dah ditutup
Apakah aku memuncak kegilaan?

Jantanmu sekarang di mana?
Kelmarin bicara kau yang menggaung benua
Didihkan sendiri api yang kau bara
Larilah jika boleh
Hendak ku lihat jantan sikapmu
Selepas segala tumbuk telah ku alih.

Dunia, kau sombong.
Aku tidak mahu keluar dari diriku,
Kemudian rupaku selalu biru begitu
Atau ada tanda melumuri kalbu
Atau juga yang kau jadikan bahan hatiku

Kita panggil segala cita yang bertebaran
Dipercik cahaya pada ombak merenjis dada
Selesainya datang selepas hanya permulaan langkah berkata.
Kita berhadapan dengan kenyataan membongkar iman
Benarkah keberanian kita cukup merebut janji segunung atau kekurangan kita hanya cukup untuk bermenung. Kita belum sampai penghujung jalan yang hijau. Boleh kita berpaling atau bertemu selisih
Kepuasan kerana hancur atau bangun kerana teguh.

Satu nikmat hidup memulai dari satu pengenalan
Kerana tiap kita kuda beban yang terus berkeliaran liar.

cukup jangan tambah lagi

Nasib begini datang
Seorang berjiwa datang,
Seorang menangisi senang.
Cuba untuk aku hiris hati melalui sinisan hujung jari

Lahir hidup manusia mencari terang
Mungkin menyerang melalui jalan yang hujungnya hilang. Tertembung tingkah-laku kelam usang. Berlarian berselisihan. Manusia terasing sentiasa terasing.

Larut hidup manusia mengenali cinta
Cinta darah, cinta degup paras dada
Terlanggar permintaan sendiri mengasing
Terpaksa memisah kerana bicara dunia sudah lain
Tak peduli, semuanya diterus terang
Ketakutan yang mencekik tengkorak memusingkan kiblat bertolak

Manusia sekarang didera kenyataan yang terentang lancang
Nafas pusaran menyengkang langsung menyumbang sumbang
Adakah keputusan hati telah tertahan kerana menelan sikap?
Tiada berani mengucapkan niat yang paling lantang.

Tidak guna mesra pada kata
Yang diucap antara hati dan dera. Dada setelah hanya merumuskan buih selera. Lega hanya menyusun tiap retak hati mereka.

Manusia ini menghadapi hatinya berwilayah curiga
Daerah yang bererti adalah paling sepi
Kita ketinggalan sendiri meraung keliling sehingga senja meratapi
Bahawa kita harus bertolak kerana kehadiran di sini
Kehadiran tidak dimintak!

Bukan niat hidup mesti meratap hati
Kita diberi bekal untuk perjuangi segala akal
Kita akan kembali tapi selesainya lebih bererti
Daripada terus hidup kesimpulannya hanya mati
Biarkan aku menjadi penanggung sepi.

bebal boleh senyum

orang kata, berpijak di bumi nyata 
adalah jalan kaki dengan kaki ayam
dua puluh tujuh yang sentiasa murung
semalam kau ceria.
semalam kau gembira
tapi perasaan itu tercarik,
pijak tubuh aku, masih belum boleh gembira
terajang guna lutut, masih belum
pancing aku dari awan ke atas
pun masih belum igauan itu
fikir fikir, banyak kali
teringat azam dahulu,
teringat coretan dahulu,
begini

" Shaharul Mohamed, nanti aku teman kau kat banner eh? "

pejam celik, dah lima semester berlepas.
biarpun sekali ini,
biarpun ia terakhir, alhamdulillah.
dapat jugak aku teman kau kat banner
aku berbangga dengan kau, kawan.
angkat tangan kanan,
baru aku sedar, aku berpijak di bumi nyata.
berfikir semula,

" bebal boleh berjaya kan? tapi usaha kena setaraf Gunung Fiji. kan? "




besok masih ada cuaca

Ah hati ini terlalu panas.
Menggertak geram-menggeram sahaja
Hendak kupatahkan saja segala ranjau
Segala rasa membuak
Buat aku terkoyak.
Tapi arah mana hendak ku gerak?
Entah mahu aku meratah melanyak?

Diam.
Tutup mata.
Mari sini telinga, aku bisik
Lahanat.
Tertanya
Kenapa keliling disini tak kasihan
Manusia berjantung hati perut bukan?

Tiada satu erti pena mengiris
Memuntah kata sejuta jadi tiris
Hunus segala rasa, tajam kan kutukan aku
Sebab aku bosan dengan penahanan
Dengan timbangan kurang jalan

'Kan hidup bukan asal makan,
Mati bukan asal nafas tertahan'

Untuk tidak peduli pada sekatan
Untuk tidak hirau pada tahanan
Mahu mara menembus malam membutakan,

Hari ini cuaca buruk
Tapi besok ada cuaca
Besok aku koyak segala derita.

dodoikan mimpi ngeri

Manusia.
sentiasa berfikir. kadang semuanya kolot. kadang juga semuanya busuk dan terkadang semuanya tahyul belaka.
aku juga manusia.

lelaki dalam aku
hati dalam aku
perasaan dalam aku
akal dalam aku
Allah ciptakan aku dalam aku

semua terjajar depan mata, aku pedulikan
semua aku setujukan cahaya itu
untuk berpengkalan pengalaman dalam kotak hati
semuanya tak pernah terlintas,
tak pernah terfikir. bunga kembang bertali hati, bunga kembang di kemuncak akal, ada duri menusuk tajam. sekeras itu, darah terjerumus.

semekar engkau, masih dalam hati ku
aku sentiasa tersasar, semuanya karam.

duduk terdiam tepi bucu, berfikir sesuatu kehilangan.
mimpi terkenang menikam aku.
sial.
lahanat.
semua aku makikan caci dalam hati

aku cuma mahu menungkan, betapa sungguh bodoh diri ini.
segalanya aku terima.
itu ertinya hukuman.
peha aku dimainkan sampai tak bertapak kaki untuk berdiri. tapak sulaiman pun masih berjalan, inikan pula pelangi kaki patah.
irama lagu berwarna hari-hari namun tak seindah dulu
senyuman dilemparkan sesiapa faham turut duka.
itu masih hukuman.

sebelum tercapai hajat,
tali sekecil senipis benang mampu diikatkan dalam pesan itu
jangan terduduk diam
bangkit, bangun
sekalung doa setiap hari masih bernama
setiap hembusan busuk masih ke arah itu

ambil jari telunjuk, acukan peluru itu ke arah dada
memang benih busuk itu aku yang tanam
aku bersalah semua.
tiada cela dalam manusia itu.
tiada terniat,

ahhhh

berat sungguh dugaan kau berikan Ya Tuhan.
sabar meniti hidup
celaka yang berhari, esok masih waras yang ada
cari dalam semak belum aku jumpa permata itu, rupanya permata itu telah lama disimpan.
kunci pintu hati,
ketat-ketat.

biar muntah keluar, mimpi ngeri aku mampu,
"cintaku sampai ke muntahmu"

lagu aku pamerkan untuk tangkis benci.
aku hipnosis dengan mu, 'perempuan kalis peluru'




ombak hidup, semua tombak panah hati.


mimpi terkenang buat aku terbuang
mimpi terkenang buat aku terkuat
mimpi terkenang buat aku bersabar
walau pun tersingkap cinta,
kita belum pasti penghujung.

diri ini penuh luka,
yang belum pernah diubati
meski ada pengganti seiras rupa.

sebenarnya, aku kehilangan diri sendiri
aku terkurung dalam gelak tawa itu
syurga yang kita mimpi masih aku terkenang
semua itu bersemangat untuk aku papah

biar, aku masih gagah
walau dilambung ombak hidup
aku masih bersabar menunggu
tiada salah, semuanya dah dibalas
benar, terlalu banyak ketawa kita akan banyak sedih.

aku kehilangan bayang-bayang sendiri
aku terkurung dalam kelam
gelap
suram
kelam
hitam
aku masih memapah semangat itu
racun bisa tentang cerita silam
buat aku senyum

akan kah tersingkap kah cinta yang kita dodoi bersama di mimpi ngeri?