sukarnya hati srikandi




setuju dengan aku tak apabila aku kata,
'susah nak pujuk hati srikandi'
aku setuju!!

haha

di antara kaum adam dan hawa
hati siapa
ego siapa
yang nyata sukar untuk ditawan?
bila minda set dari kurun lapuk,
semua berkata lelaki lah.
sebab lelaki memang ego tinggi
aku setuju tapi tidak sepenuhnya
perempuan ego,
kau dah rasa tinggi mana takat mereka?

aku akui kelemahan diri aku
ternyata tidak sempurna
aku bukan pemujuk terhandal
untuk menjatuhkan tembok ego perempuan,
nyata aku silap orangnya
cara aku lain.
pujukan aku lain.
kalau tidak kena cara,
maafkan aku
kenali darah hati ini,
kau sudah teroka selama kita kenal
kau fahami aku

wahai insan,
berilah aku peluang terakhir
untuk aku pujuk hati kau
tembok ego kau begitu utuh untuk aku tembusi
aku bisa hilang diri sendiri
tapi aku tak mampu hilang kau dan cinta kau
nafas kau
diri kau
buat aku terigau2
nama kau sudah terpalit dalam hati aku
bukan lubuk aku letakkan,
malah di permukaan hati aku
walau ianya kekal milik Allah,
tidak salah kepunyaan bersama kita berdua
dengan izinNya

wahai srikandi,
rayuanku dan tangisku
mungkin belum cukup untuk jatuhkan
perisai tembok ego utuh kau
berilah aku peluang untuk mendekati kau
walau untuk sehari.
walau untuk sekejap
aku perlukan kau sehingga kini
aku ulang semula
sehingga kini
tanpa kau aku lemah.
teringat kisah kita,

'hanya kau yang mampu takluki hatiku'

kita dalam keadaan dilema.
secara terangan,
hati aku masih pada kau,srikandi.
berilah peluang untuk aku.

jika berterusan begini,
usaha aku lakukan selama ini
hanya tinggal serpihan kaca
benar aku yang membuat semua,
dan aku juga menghancurkan semua
tapi ingatlah,apa yang aku buat
hanya ujian untuk aku menjadi manusia yang manis
manis di atas permukaan bumi
semua orang suka manis.
aku dan kau sangat manis
jangan tambah cuka nescaya payau








p/s : karutan di pagi hari.teringat srikandi hati.terima kasih.

maafkan penyifat



'aku mintak maaf sebab sakitkan hati kau.'
'hey! bosan lah aku dengar pkataan maaf kau tu'

manusia yang sering mndengar perkataan maaf
memang begini ke?
satu persoalan dalam diri aku,

mengapa sukar untuk memaafkan orang lain?

persoalan itu tak dapat dijawab
mengikut ciri jawapan ditepati.
ada yang kata,
lepas maafkan,mereka akan buat lagi
lepas maafkan,mereka insaf?
lepas maafkan,mereka serik?
lepas maafkan aku tak rasa perasaan gembira.

manusia sebetulnya memang tidak cukup sempurna
untuk melakukan sesuatu perbuatan
memang sentiasa salah
dalam percakapan
dalam perlakuan
dalam hati-an
dalam pergerakan
dalam perjalanan
dan
dalam kehidupan seharian

naluri dalam diri aku berkata,
biarlah apa orang nak kata,
mudah maafkan seseorang cukup bahagiakan diri aku

contoh situasi,
pelbagai silap dan khilaf aku buat,
manusia sering tak terima
malah tidak memaafkan.
aku tidak menyalahkan mereka,
itu hak asasi mereka

salah juga andai lepas maafkan,
hukumlah peminta maaf dengan
hukuman manja?
barulah tiada masalah.
tiada perpecahan.
tiada perbalahan
gembiranya mereka

andai mereka buat salah kat aku
pertama aku dengar
'maafkan aku'
tanpa fikiran panjang,
aku maafkan mereka.
bukan niat untuk meninggi diri
tapi itulah kebahagiaan diri
apa mereka buat belakang aku,
aku maafkan.
manusia yang tidak maafkan aku,
terima kasih.
kita belum terpisah

senyum tawa gembira



hahahahahahahahahaha
ramai ketawa begini
ada yang hehehe
berbagai2

manusia
sekali lagi begitu banyak perasaan
bukan hanya dua
sukar untuk senyum?

mustahil!

senyum kan bagus
pada aku, bila senyum,
kita jadi gembira
walau bahagia jauh sekali
asal senyum,
lelaki nampak kacak perempuan lihat cantik

'bila semua orang senyum, dunia tiada penyakit'

benar.
kenapa manusia susah senyum?
buah hati merajuk? haha
romeo pasti pandai pujuk.
tapi bukan aku.
aku mampu senyum melihat rajukan manusia
bernama perempuan.
bila lah aku hendak pandai memujuk perempuan?

'senyum tak perlu kata apa apa.'

betul jugak!
bibir kiri dan kanan memanjang
gigi dinampakkan
senyum lah itu.
bagi pemilik si lesung pipit,
pasti manis senyumannya
geram!
rasa macam nak cubit!
hahaha

selalu gelak,
tunjukkan diri gembira
mudah ketawa,
suka bergurau,
tidak bermaksud mereka suci dari masalah
tidak bermaksud mereka bahagia
tidak bermaksud mereka 'happy go lucky'
biar berlakon,
biar fake,
biar tak jadi diri sendiri
biar mereka pikir lain
biarkan orang kata kita hipokrit
dengan segala senyuman dipamer,
senyuman itulah,
tawa itulah
yang membuat diri manusia bereaksi positif
kan manusia yang bernegatif fikiran?

senyum untuk jadi bahagia
jangan bersedih



tunjuk perasaan



hati
perasaan
jiwa
diri
sendiri
perasan
lebih perasaan

perasaan dan hati dalam diri
tiada siapa tahu.
kita sendiri belum tentu kenal hati kita
minda sudah terkunci,
lalu ditepati.

salah siapa?
salah minda.

siapa minda untuk kita salahkan?
setiap manusia tidak sempurna
usah cari kesempurnaan diri sehingga jatuhkan orang sekeliling
aku bercakap bukan bererti aku sempurna
kelemahan aku ibarat pasir
berjuta malah lebih dari itu

perasaan dan perasan
dua ayat berbeza.
ada baiknya serta buruknya.
aku pilih buruk sebab yang buruk itu
pahit
tawar
hitam
luka
pedih
sakit
hina
kejam
karena minda manusia kotor untuk menilai
hak manusia pahit.
hingga mereka menunjuk perasaan.


jawapan persoalan melalui karutan

perempuan
hebat. ego tinggi.
penarik nafsu serakah
semakin tinggi,bara hati mendidih

pertama mendengar sendiri dari
luahan mulut,
aku terkejut.maaf aku tak serius
bukan niat untuk mempersenda.
bukan niat untuk menyakiti
benar itu aku.

kenapa waktu malam kau?
kenapa aku bole hadir?
kenapa aku ada?
kenapa aku ada dalam khayalan kau?

serbi tentang aku.
manusia biasa yang bangang! bodoh!
tidak pandai berlakon.
diri sendiri sentiasa.
terus terang aku kata, aku tak mahu sakiti hati perempuan lagi
setelah parut aku buat,
sampai luka berdarah
hingga hari ini.aku mintak maaf
aku tau kesilapan aku besar
silap sering buat hati kau silau
silau dengan darah mengalir
hati tak tertangguh untuk luahkan rasa pedih
melalui medium, automatik retina kaca pecah
mengalir air mata
walau perempuan,ego tinggi setakat,
aku bisa sabar walau terluka
terlalu banyak jaga hati,itulah aku
gemuk! hitam! kurang ajar!
bemain main dan kurang serius
itulah aku.
ketidaksempurnaan aku semua dapat lihat
keburukan aku juga sentiasa dipamerkan
agar jelas lebih mengenai aku.
tidak suka berselindung dan terbuka
bukan meninggi diri malah berbangga
tapi pucuk pangkal,

'hati kejam ini sudah tak sanggup membuat parut di hati berlainan nafas.'

biarlah sekadar permainan gelak tawa hari hari
semoga cepat dilupakan potret tawa ini
hari ini gelak, esok lupa.
rilek,sabar itulah kunci.
sikap serius dan perfection diakui memang terbaik
nun jauh aku dengan sempurna
aku sedar ini siapa
yang tak layak berlakon di pentas opera ini.

usah berdalih cakap aku
aku bicara diri aku
biarlah orang benci aku
kerana aku bukan harapan untuk diharapkan
lupakan lenyapkan perasaan untuk aku
kerana kawan kawan jadikan lebih mesra
entri untuk seorang yang berani bercakap
meluahkan segala walau hampir pecah kaca
aku fahami kau
tapi berbalik semula,
jawapan aku tetap sama.

'hati kejam ini sudah tak sanggup membuat parut di hati berlainan nafas.'

khayalan perdaya kau
tapi kau tiada daya untuk tempuh
lalu kau hanyut bersama warna dunia.
usah percaya si penipu ini.
walau kau gagah untuk teguh berdiri
segala nikmat, syurga kononnya,
kelalaian perdaya kau
namun segala kisah berlaku
harus diterima kau
berserah pada maha Esa
tiada apa aku harap hanya dapat ku temukan
keindahan abadi selamanya. :)

gembira kini kau perolehi

gembira melihat semua orang tertawa
gelak geli perut melihat semua suka
alangkah indah dunia tanpa sedih
tanpa lap si air mata
tanpa mahligaimu dari air mataku

bila kau gembira, aku berganda gumbira
bila kau sedih, aku cuba bahagiakan hati kau

bila hati senang, kau suka
gembira yang kau peroleh kini
aku tau tak sama macam dulu
gembira diri aku
semua orang tak dapat capai
semua orang hairan
seminggu aku gembira dengan pendatang baru
mereka semua bilang

aku nih gembira jek?
takde pape masalah ker?
tak penat ke asik gelak?
belon mmg tak serius ker?
macam mane bila dah ade awek?
bila lah nk behenti gelak?

jawapan aku pada mereka,

'aku bahagia'

biarlah apa orang nak kata
biarlah apa orang nak kutuk
biarlah apa orang nak teliti
biarlah apa orang nak ceramah

aku cuma nak cakap,
selamat gembira
bersama keluarga baru mu
bersama kekasih mu
bersama hidupmu
bersama touch kau
bersama pink kau
bersama 'ton'menang kau
bersama molek kau
haha
selama pengenalan dengan kau,
banyak kau beri rasa
tapi tak sebanyak ketika detik
'sembilanbelassepuluhduaribusembilan'

aku rindu detik itu bersama dia.


empunya hati terdesak

manusia mmg tak lari dari nafsu
tapi pandai kawal, terbentuk lah diri itu
usah nak tunjuk diri itu panas
usah nak menarik perhatian dengan fitnah
permainan aku, semua tahu

aku kenal siapa di hatiku

kau tak perlu pertikai
kau bukan mindreader terhebat
kau penarik perhatian
kau pemberi rasa fitnah kat semua orang
kau tipu mereka,kasihan
kau buat seluruh pelusuk bilik percaya kau
kau penggodam hati semua
kau berhati hitam
kau bukan monogirl itu
kau pelari pentas dunia
kau pemikat terunggul
kau menggunungkan kisah kau
dan yang paling penting,
tembok hati aku belum runtuh untuk semua perempuan

tolonglah.
aku merayu kat kau
kau ade hati, kau cari hati lain.
bukan hati aku
kerana hati ini pernah panah hati orang berdarah
kerana hati ini penabur garam dalam luka
kerana hati ini api dalam mancis
kerana hati ini ombak yang memecah peta dunia
kerana hati ini tidak layak untuk mana2 negara perempuan
kerana hati ini sering sakiti orang
dan yang penting
kerana hati ini begitu kejam dan hitam
jauhkan lah diri kau dari aku.
aku kenal siapa aku
aku kenal diri aku.



kesimpulan diri aku, google image nih dah perjelas. :)
kau terasa manis, kau lah yang makan lolipop itu

tolong ingatkan aku



sembilan januari dua ribu sebelas
sembilan malam, ana raffali mng anugerah juara lagu 25.
kolaborasi dgn zahiril adzim sangat mengasyikkan mata penonton.
alunan suara yg disampaikan gak bertambah asyik
melihatnya

' tolong ingatkan aku
kisah kau tersedar
dengan saku penyeluk masa '


persembahan malam itu. :)


ana raffali. :)

pertama kali masuk final dan pertama kali juara
penghargaan yang sepatutnya dijuarai
semoga berjaya di lain hari. :)

"tolong ingatkan aku kisah kita"


hati pedih ape ubatnya?



sudah hampir seminggu gusi gigi aku bengkak.
nak kata salah makan, mustahil
nak kata aku salah cakap, mungkin
ibu kata, gigi bongsu nak tumbuh lah.
hah tu jawapannya
tp aku still sakit gigi.
bengkaknya melarat sampai ke luar pipi.
argghhh aku tahan.
sakit sangat2
perit sangat2
terima kasih Allah :)



cerita gigi, sakit.
cerita hati, pedih teramat
segerombolan fitnah datang

angkara kau!

tapi aku sabar.
sabar dalam segalanya
gig sakit ditambah hati pedih
kau bayangkan andai kau berada di tempat aku
kau balas dendam
hanya beberapa ketika
hanya beberapa saat
hanya beberapa kali aku bernafas!

kau ligat tarik kaki kau,
muka kau,mulut kau untuk bicara dgn aku
bukan sengaja aku rahsiakan
tapi atas dasar hati
orang kata, hati macam besi
jangan diketuk, nanti berbunyi nada marah

kau menipu, tapi aku rasa
kau gelak, aku tau kau dusta.
kau elektrik, tapi aku air.

haha cukup lah hint itu aku bagi
selamat berjalan di kotaraya yg kau selalu tatapi. :)

mimpi aku buruk.

semalam aku tidur seperti biasa
bangun juga seperti biasa
menakutkan sebab mimpi aku sgt teruk.
sakit badan, sakit hati
sakit segala.

aku
ditolak,
dijatuhi,
disakiti,
dikhianati,

hati pedih. aku tinggikan ego,
tapi tak mampu kerana aku bukan peng'ego' terbaik.
aku masih takut mimpi itu.
liyana cakap, itu hanyalah khayalan setan durjana
dia pernah lihat tv pasal mimpi semalam
dia suruh aku sabar.
dia cakap, ada org lagi teruk mimpinya.
terima kasih liyana.



gambar dipetik dari google. :)

suka hati aku nak bicara apa!

blog dibuat kepada aku
aku menaip semua ayat2
kau terasa, kau punya pasal
kalau tepat tekaan kau,kau hebat.
mungkin aku bicara tentang makhluk lain.
maafkan aku.

aku memang jahat.
aku memang suka jaga hati orang
aku memang tak guna
aku memang bodoh!
aku lah semua keburukan.

siapa yang ajar aku semua itu?
kalau bukan kau selama aku idup.
kau hilang dalam kepekatan malam.
kau muncul tika aku kesunyian.
bila kau susah, kau datang tp bila kau senang?
ada kau cari aku?
pengenalan mingguan dengan kau cukup hebat
kau cakap aku ini lah itu lah
sambil menunjuk tanda bagus di tangan kau
senyuman kau tambah penuh sinis.
kau memang luar biasa perempuan


dalam senyap,kau hadir.
kau tanya bermacam2.
risau ke kau kat aku? ahahah
aku tak menyangka kau begitu?
kau masih amek berat pasal aku?
aku rasa tidak. tapi ape salahnya kan?
haha aku rasa nak gelak.
aku nak gelakk.
hahahahahahaha


sukar sgt ke terbuka?


salah andai kita tutup?
memang lah bukan semua perkara perlu kita tunjukkan.
ada kala, ada ketika mesti simpan dalam diri.
aku ni. banyak yg aku simpan.
aku rahsiakan dari semua orang. bukan aku nak sgt pun.
tp semua hak mereka. sikit pun aku tiada royalti.
telah aku bilang awal2.
aku mmg mudah dipijak, dari situ aku belajar erti hidup.
menutup aku tak pernah kata itu salah,
tp hati dan perasaan bukan mainan.
kau sgt mudah berkata2 hingga jika aku layar ke dalam, aku hebat.
hahaha tu je mampu aku ucap.
gelak sinis untuk kau.
aku tak sehebat parameswara menawan melaka
aku bukan superman berkuasa terbang
aku bukan the flash mampu berlari laju.
tapi aku manusia lemah.
pngenalan sebentar dgn kau hanya seperti angin.
impak kau beri, tidak lah terlalu gah
diam.aku malas nk berceloteh panjang.
aku nak kau tau, kau hebat :)


blog aku berhabuk!


haha Assalamualaikum.
aku mintak maaf.lame gile tak update blog.haha
dari cuti sem lepas.sampai dah naek sem dah.huh
biasa lah bz cket.
dah2 aku dah kembali.kepada yang menangisi pmeggian kehilangan ku,
aku dah kembali lah. :)
banyak pengalaman aku lalui.
terima kasih buat aku lebih matang dalam harungi ranjau hidup.


nada penari cinta



hujan-ku mahu kau tahu


aku tak mampu nk bersuara
dia datang setelah seminggu bertapa
aku terima dgn hati terbuka
terkejut
tergamam
terkesima
semua ada.seminggu ramai tenangkan aku
aku kerja part time kat hotel selesa pasir gudang
memberi kelegaan
melupakan kisah lalu
tp perit bila diingat kembali
mmg sukar nk melupakan

aku percaya.
aku terima qada qadar nya
mgkin ini pengalaman
aku amek positif side sahaja
kalau pkara sebegini tak berlaku,
aku tak mungkin menimba sedemikian
bukan senang nak hadapi sorang2
kawan2 ada aku guna sebaik mngkin
terima kasih semua

aku tak cerita pada semua
dia kata dia pun tak,
aku igt ayat abg dia
'jgn igt ko dpt sejemput dari dia
ko nk lebih'
haha kau igt aku takut ayat kau
nak langgar beradab sikit
jgn ikut pintu belakang terjah
tikam belakang aku.

yep.dia sgt play safe
berhati2 setiap pegerakan.
aku tak nafikan, nada kami skrg
sangat2 low
bukan mudah nk trus high.
awk paham la sikit
bukan sengaja sy tak tepon awk
even awk ckp sy jenis tak pndai amek hati awk
oke,sy akui.
tp salah ke sy buat cara laen?
da selalu sangat kalau
lepas bergaduh perang besar,
tepon memujuk memaafkan
mmg itu benar.tp salah ke sy nk stereotype
aku tau ape aku buat
cara aku mmg berbeza.
sbb uh org susah paham aku
bkn aku nk menonjol
tp hubungan kita
awk an nak keunikan.kelaenan.
kepelikan.awk sabar je

aku hairan.tergamam
nape dia cari aku balik?
aku bukan la tbaik utk dia
sy nasihatkan nih sbg kawan awk
bkn sbg boy awk
sy, amirul hakim.kosong.
takde isi sumting special pun.
sy miskin.sy kurang segala
tak cukup semua.
perkara buruk sgt byk dalam diri
sy hina.sy tak mmpu bhgiakan awk.
sy tak sempurna
kat luar sne rmai lagi sempurna
sy bukan mintak simpati
terus terang sy katakan
sy tak kaya.sy tak kaya budi bhasa
sy tak kaya segala
sy mudah macam boneka.puppet
sy tak merdu.hilang seri hilang seru
segalanya kosong.
tp sy masih diri sy.itu je. :)
kalau awak terima sy
kerana terpaksa
kerana 'senang tinggal susah cari'
kerana nak jg ati sy,ati sume pihak
kerana simpati dan kasihan
sy tak kesah.itu hak awk
tp awk tau buruk baek kesan semua kan?
sy bukan percaya awk kosong
sy bukan buta.tp buat2.
awk paham sy kan?
sjauh mana sy tak tau.
sbb sy percaya.sy nampak
tak gune ag idup kalau tak dteruskan
sbb sy percaya ada hikmah
buat ssuatu perkara dgn mujahadah
mgkin jalan ini terbaik,mungkin tidak
pelbagai persoalan akan trjawab
kalau kita berani lalu jalan yg berliku

aku bukan B-Daman
aku bukan idaman semua
aku insan biasa sahaja
istimewa langsung tak ada
aku akui.aku sedar aku tak bagus sgt
aku tak nak kutuk.
mulut manusia? mampu aku kunci
satu persatu?
mustahil.haha aku masih aku
aku masih di sini
aku masih amirul hakim
kau nampak sebgaimana aku,
tu lah aku.
itu lah personaliti aku

forza italia



haha peduli kata orang
dari euro 2000 aku da sokong italy
tak igt ke world cup 06?
saat paling manis mengucup trofi
berprestij itu kan? :)



ketika itu sangat gemilang
sebab apa?
sebab ada penyarung jersi no 10
haha abg aku uh.
aku minat dia
cara permainan dia best
aku ske dia
dia francesco totti



aku rasa world cup kali nih
ITALY tak menang lagi
tp kalau rezeki ada.tak ke mana
sebab totti takde.haha

korang tau kan, italy da 4 kali
genggam piala uh
belakang brazil yg da kucup 5 kali
negara samba sgt hebat
aku tak nafikan
kali ini kat south africa,
negara kelahiran eropah sukar
nk kucup piala ini.sebab kajian
yg aku kaji, negara eropah mnjuarai piala ini
ketika acara bermain di eropah sendiri
so,di afrika selatan,bukan kelebihan.
tu tanggapan pendapat aku.
haha tapi aku tetap sokong italy
aku tak bole nak ramal juara
sebab di afrika selatan, berbagai perkara boleh terjadi
yg tak dijangka kan berlaku.
:)
forza italia

result di umum




waaah gelabah beb bila tau arini 10 jun
berdebar segala degupan jantung
paru2 dalam hati berlegar2 dalam dada
keje kat hotel pagi td
aku ngan itey da mule risau.
semua benda tak keruan.
tp rilek beb.haha mental kuat
mmg cmtu.wee wee

smpai je kat umah.geram dalam ati
line bz gile.sangat sibuk,
nk kata lampu merah, ijau je
tangan da pnat untuk refresh page uh
tak masuk gak. UiTM oh UiTM
kata dah maju.kembangkan lah sistem anda
:) please.
takkan lah nk suruh kami
mahasiswa buat demonstrasi jalanan
bawak sepanduk mencarut mngutuk UiTM?
hee kami bukan useless mahasiswa

hey bile lah dpt tgk result nih
prasaan cuak gementar jadi marah tau tak
ahah tp aku tak marah.sbb macam sem lepas
aku cek esoknya.
nak buat mcm mane.
itulah UiTM.

Ya Allah.berikanlah aku yg terbaik
berikanlah result terbaik.
aku terima dgn ati terbuka.
aku da usaha.aku terima hasilnya
terima kasih segalanya.
aku bersyukur. :)



suka ini lagu 'fynn jamal - 150 juta'





Untuk kali keseratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
“Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?”
“Apa kau buta, apa kau pura-pura suka”

Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu

“Dia mungkin bengis seperti singa”
“Tapi dia nangis tonton cerita Korea”
“Dia mungkin keras bila bersuara”
“Tapi dia jelas, jujur apa adanya”

“Aku lagi kenal dia”

Dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis, aku ini pula dawai besi

Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku, sambil berkata

“Sayang mungkin baran tak kira masa”
“Tapi sayang tahan kalau salahnya saya”
“Sayang mungkin saja keras kepala”
“Tapi sayang manja bila kita berdua”

“Saya kenal sayang saya”

Buat apa dicerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata

Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada

Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi senja
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada

Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja, kau saja boleh rasa

rahsia kita berdua



trimas arienna afiqah
.
beliau sruh dgr lagu ini
ternyata sangat menarik muzik akustik
:) lirik pun mendalam.
hampir tepat dgn insiden
aku dan dia
terima kasih,sahabat


haha cabutan bertuah



RM50 untuk dimenangi, Join sekarang!



farhan anjurkan ini contest
aku join je.haha
weh saudara farhan,
aku da buat 3 step uh.
:) aku da letak link kat blog aku
tgk lah.wee wee

akim - janji




Cubalah kau mengerti
Perasaan hatiku
Ku cinta kamu
Hanya itu aku tahu

Dan takkan terulang lagi
Silapku yang dulu
Meninggalkanmu
Untuk kedua kali takkan berlaku

Aku akan selalu
Menjaga dan mencintaimu
Aku janji padamu
Takkan menduakanmu

Dan takkan terulang lagi
Silapku yang dulu
Meninggalkanmu
Untuk kedua kali takkan berlaku

Aku janji padamu
Akan mencintaimu

Takkan menduakanmu




hey nama dia same dgn nama aku
tp aku ada 'amirul' dia ada 'afiq'
haha yg penting ada 'hakim' kan?
wee wee tekenal gak kau
tp aku tenakal cume belum tekenal.
haha