terima kasih kawan - kawan




sudah melakukan, lepas segalanya
walau nombor tiga, bersyukur tiada apa untuk aku fikir. kalah menang biasa lah.
apa yang aku fikir, kepuasan setiap penonton hadir bagi memberi sokongan.
aku sukakan lain dari yang lain

pertama kali persembahan dewan sebegitu rupa
walau nampak kelam kabut sedikit, aku mintka maaf. mungkin lepas ini boleh diperbaiki lagi.
'kalau pun aku mampu buat pertama kalinya dengan sempurna, itu bukan manusia'
aku mintak maaf segala kekurangan, aku buat apa termampu
berkat pertolongan rakan - rakan juga aku mampu untuk laksana
tanpa kawa - kawan, aku tidak mampu

semasa melakukan semua, aku cuba elakkan perkara dingin berlaku. minta maaf andai aku tersalah kata, tersalah beli semua. majlis kita, aku rosakkan perkakas.
bukan manusia ini jadi contoh ketua terbaik.

selepas kejadian, terima kasih atas hamburan beribu pujian.
bukan meninggi diri tapi cuba untuk ubah jadi yang lebih baik kelak.
sememang program kreatif dan kritikal berfikir ini mencabar. alhamdulillah segalanya aku tepis, aku kuis untuk elakkan semua. kita sama - sama berjaya melakukan semua.





kawan - kawan yang kita hendak bukan sekelip mata sampai
tapi kawan - kawan yang perangai kita meluat datang sekarang
usah ketuk minda dengan takuk lama
perangai mereka, biarkan sahaja
apa kita mampu
apa aku mampu
kita teruskan dengan begitu
jujur, aku tidak terasa dengan sesiapa
malah aku gembira kita sekumpulan begini
sedikit itu tidak apa
sekejap sahaja aku lupa, wahai kawan.
maaf lah tindak tanduk kita bukan semua dihargai.
aku yakin program ini sampai ke telinga pemikiran kita walau hayat enam puluh tahun
mudah - mudahan.
berseronok dengan kamu
bergembira dengan kamu
berduka dengan kamu
berceloteh dengan kamu
bermasam dengan kamu
sememang aku tidak pernah lupakan wahai kamu
kamu aku maksudkan adalah mereka
mereka kau maksudkan adalah kawan - kawan.
betul lah, untuk kawan - kawan, sekalung tahniah berbaur beribu terima kasih diiringi sejuta kemaafan
walau hati kita tidak seiring, didik hati kita untuk menerima segala suara
maaf ayat aku tidak berbunga untuk deklamasikan sajak ini.
hanya karutan puisi mampu aku dendangkan.



p/s : subjek kreatif & krital berfikir ini mengajar aku satu kemahiran. :)

2 comments: