benci biar sampai mati


yang kelam jadi terang
yang panas jadi dingin
yang keruh jadikan jernih
yang luka jadikan terubat.
tersirat sebuah hakikat.

"budi yang teguh berdiri"

permulaan putih, suci dan jernih
mata air kau, jernih.
masa bermula jernih, bukan semua hitam kita dapat lihat.
seperti bumi sebelum menjadi bandar,
penuh dengan hijau.
titisan embun pagi, udara nyaman dan rimbunan daun segar hijau membasahi menghiasi bumi. seperti jernih itu di kala terang nampak kejernihan apatah malam.

maaf, di sebalik jernih tersimpan sebuah rahsia
maaf sekali lagi, tiada sempurna setiap pelusuk bumi
laluan berliku dilalui
masa itu juga, aku mampu lihat satu sahaja
iaitu keindahan
keindahan aku lihat adalah hasil jernih pada permulaan.
tutup mata pada hitam itu, keindahan berdiri di hadapan

butakan mata, apabila celik,
cermin imbas berwajah di hadapan.
ternyata sukar untuk menutup segala.
walau sudah berusaha menggunakan kejernihan itu, namun masih tidak mampu
lihat pada budi yang teguh berdiri
masih berdiri, tapi budi itu disalah erti oleh kejernihan akibat tompokan kata - kata hitam dari anasir luar yang dipercayai lima saat selepas ditafsir.
persoalan aku, mana akal fikir kau campak?
mudah menerima tapi akhirnya mudah jua kau campak

ditulis semalam apabila berita susuli
keegoan. tersembunyi. di lubuk hati suci. kau pengkhianat hati paling kejam. kau campak darah dari luka kau toreh sendiri pun aku mampu terima. ingat, luka itu kau toreh, bukan aku. masih mahu salahkan aku?
nyata budi seteguh berdiri itu kau tidak nampak sedangkan aku pertunjukkan dari awal.
terima kasih para jernih. memang bijak bermain sulaman indah itu melalui jernih.
aku sudah lali
dengan suara takdir itu
aku masih terkena
masih. terima kasih.


p/s : musim berlalu, lukisan sejarah telah mengukir kulitmu.

8 comments:

  1. farra : haha mane ada indah.terabur tau tak.hee

    ReplyDelete
  2. andai saja sikap dan cara sseorang nampak di dahi, tak lah kita sakit menahan pedih, kan?

    ReplyDelete
  3. cik chopu : betul uh mas idayu. kalau makan murtabak tak ingat orang johor pun susah ugak.haha :P

    ReplyDelete
  4. haha cis cis cis. cheesecake! cheesedale!

    ReplyDelete
  5. haha wek2..sedap ugak dapat cheesecake n cheesedale uh! haha cheesedale bole makan ae?

    ReplyDelete
  6. bulan bulan puasa ni, puasa dulu ek cakap hal makan ni. serius tak menahan dia ni

    ReplyDelete
  7. haha lupa pulak permaisuri makanan nih.pasal makan ape ada hal.haha semua boleh sumbat.haha :P

    ReplyDelete