permulaan aidilfitri kali ini


enam hari selepas mendengar perkataan itu, hari aidilfitri bagi aku tidak bermakna. terdiam dan kaku. itu sahaja yang bermain di fikiran. atas alasan apa dia begitu? kenapa mangsanya cuma aku? hendak marah, bukan lah cara terbaik. sejak malam duapuluhlima, aku cuba untuk tabahkan hati.

tapi sayangnya,

'hati aku belum cukup tabah untuk berdiri semula'

waktu terus pantas berlalu
masa cepat berlepas
apa yang datang, selalu pergi
apa akan datang, sudah berlalu
pantas sungguh semuanya
hampir tidak merasa nikmatnya
sebab apa?
sebab hati aku kurang
kurang hati untuk merasa nikmat hari itu

aidilfitri kali ini memang aku sudah pasti ianya terlampau muram dan suram untuk aku. tapi apa kan daya, terpaksa aku pura - pura untuk gembirakan hati ini. mereka kata kenapa, aku jawab lah dengan jawapan gelak melalui mulut aku. haha

aku sedar
setiap berlaku punya hikmah
aku tidak menyesal
bukan langsung. tipu benar.

raya aku, aidilfitri aku kali ini aku mulakan dengan menghirup udara luar. untuk apa? untuk menenangkan diri aku sendiri. untuk cuba melupakan apa berlaku walau bukan mudah.

teringat pesan sahabat, setiap apa berlaku, senyum sentiasa untuk dapatkan sesuatu kegembiraan ciptaan kita.

aku cuba lagi
untuk tabahkan hati
rendahkan diri
memohon maaf.
tapi atas nekadnya, tekadnya hati,
mahupun buasnya pujukan singa mampu makan hati itu.

aku berjalan dalam sepi,
terkenang tepi kamar sendiri
tapi hitam dan gelap aku lihat
aku tidak mampu berfikir
segala neuron yang bersambung semuanya putus
putus sebab tidak mampu berfikir
lantaran itu, hitam aku dapat lihat.

maafkan aku dalam segala sudut.
aku ulangi sekali lagi
'hati aku belum cukup tabah untuk berdiri semula'




p/s : muntah pahit dalam mulut

4 comments:

  1. ujian tu sentiasa datang. langkah seribu pun belum tentu dapat lari kan. rilek, anda kan hero. hero mesti gagah.

    ps: peniru. baju raya hitam. peace!

    ReplyDelete
  2. wah....mmg entry sedap d bace...talent o composing.btw.just now.had follow u.hopefully,u follow back at http://hafrawiegeek.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. cik chopu : hero pun kadang ada yang pengecut dan mudah putus asa. entah lah.

    wek2.kita kan memang warna baju serupa.haha

    ReplyDelete
  4. hafrawiey : haha biasa - biasa je pu.terima kasih. dah ikut kembali.

    ReplyDelete