dari venusia



'esok seperti semalaman yang tak berubah. kaulah tanda tanya. kau tiada titik noktah'

gaya ayu yang berjalan,
senyum ayu yang menikam
ketawa ayu yang pertama membunuh
larian ayu yang jengkel tapi lucu
dari dulu sampai hari ini, belum ada tercalit ayu

sebelum bermula detik pintu terbuka,
kau pernah beritahu yang kekosongan kau sudah cukup untuk menerangi hidup itu
tapi aku tafsirkan ianya sebalik.
dan ianya indah jika kekosongan terang
berganti gembira indah dalam gelap

kau tahu bukan bagaimana untuk senyumkan aku?
kau tahu bukan bagaimana untuk ketawakan aku?
senyum hanya dari kelopak
dan senyum itu bunga yang terhasil dari kelopak bukan?
ikut firasat hati,
izinkan aku gelapkan dunia kau sebentar?
untuk aku beri sesuatu yang bersama ku
yang mereka panggil 'cinta'

"tiada jarak pemisah lagi. tiada tabir sempadan budi aku terima dan jua memberi seikhlas hati. seribu tahun dan sejuta langkah seribu tahun bersinar cinta. kita bertemu di penghujung rindu" - Penghujung Rindu

kau tahu apa perbezaan kau dengan KLCC?
kau simpan cerita ini baik-baik. kerana cerita itu, hanya kita

satu cerita aku padamkan,
sampai lagi satu cerita, untuk aku sulamkan. sampai habis.

ini permulaan. ambil apa yang telah dipijak,
dan junjungnya atas kepala. 
biar mereka menghunus,
biar mereka mendengus
biar mereka mencaci
seperti dulu. ianya masih kita - kita.
sampai monyet boleh tersenyum riang, dan selagi katak masih melompat
ia belum tandus cintanya.
helaian senda, kita bermesra.
masih.


gracias srikandi. 






















2 comments:

  1. Sebelum ini Permaisuri, di ikuti Maharani. Dan sekarang kau sudah punya Srikandi. Taniah, semoga bahagia

    ReplyDelete
  2. Beze aku dgn klcc... klcc tu milik semua orang.. dan aku milik kau seorang sayang..luv u amirul hakim! Saye sayang awk!

    ReplyDelete