senantiasa menang

luntur!
lebur!
hancur!
jatuh!
tapi hati kau tak pernah macam tu
satu aku nak ucapkan,
aku respek peribadi kau
kau buat seperti biasa sejak dahulu kala
sentiasa menang dengan pencabar kau yang satu itu.
haha
gelak aku bukan menganjing
tapi gelak sebab aku mnggunung pujian terhadap
KAU!

kadang2 aku terasa diperbodoh
dipermainkan
kenapa lah aku nih susah sangat hendak
kau berlembut dengan aku?
susah sangat ke kita hidup dalam keadaan aman?
perlu ke perbalahan sehigga meragut jiwa
aku tahu jiwa kau yang diragut takkan pernah luntur
sukarnya hati
sukarnya ego
andai kau di tempat ku?
pencabar berlainan jantina melakukan
perkara ini,
apa akan kau buat?

mampu kau bersabar?
mampu kau bertahan?
hendak ditinggalkan sahaja?
biarkan dia?
beri masa yang sebanyak?

aku pilih lembaran jalan untuk bersabar.
bukan minda telah set,
bukan sejenis begini,
tapi untuk melunturkan hati
manusia memang sukar

insan seperti kau,
aku sekali lagi respek.
aku kagum peribadi kau.
seperti lagu 'baldu biru'
sesuci seperti itu.
tidak kau teringat saat manis?
kenapa tak diterjemah dalam kisah kita?
perkataan celaru
tangis yang beribu
rindu mesti dihantui,
tapi tetap yang didamba adalah?
cinta.
walau malam terus kelabu,
kau dah tahu kan?
sembilu dah tusuk
dalam.
sakit.

4 comments:

  1. tak dapat menafsir apa kisahnya. haih kalau la hati boleh tampal plaster 20sen kan.

    ReplyDelete
  2. ni mesti tgh kecewa dengan sang gadis..ngeee :P :P

    Ego kah beliau?

    Tegar kah beliau ?

    hanya belon yg tau :P

    ReplyDelete
  3. cik chopu : hahaha nak tampal ngan plaster? baek tampal ngan coolfever.hehe

    ReplyDelete
  4. hahahahha kak ummi...biasa aa.msti ade je masalah :) tegar? mungkin.haha rilek suda.

    ReplyDelete